Penthesilea adalah Ratu Amazon dalam mitologi Yunani. Beliau adalah puteri kepada Ares dan Otrera serta saudara perempuan kepada Hippolyta, Antiope dan Melanippe. Kisah Penthesilea merupakan salah satu hikayat pahlawan wanita yang paling epik, lebih-lebih lagi pada babak kemat!annya di tangan Achilles yang penuh dramatik.

Penthesilia merupakan anggota sebuah suku pahlawan wanita legenda, iaitu Amazon. Wanita-wanita Amazon merupakan pahlawan yang amat berdedikasi hinggakan mereka dipercayai memotong salah satu payudara mereka agar dapat menggunakan busur panah dengan lebih efisien. Benar ataupun tidak hal ini masih lagi dibincangkan oleh ilmuwan.

Penthesilea begitu mahir menggunakan senjata. Malahan, beliau juga seorang yang bijak dan jelita. Dalam beberapa sumber, beliau disebutkan sebagai pencipta kapak-p3rang. Ketika berburu pada suatu hari, Penthesilea secara tidak sengaja terbvnuh saudara perempuannya yang bernama Hippolyta dengan menggunakan sebatang lembing.

Hal ini menimbulkan rasa duka yang beramatan buat Penthesilea hinggakan beliau berhasrat untuk m4ti. Pun begitu, sebagai seorang pahlawan Amazon, beliau hanya boleh m4ti secara bermaruah di medan tempur.

Penthesilea (1862) oleh Gabriel-Vital Dubray (1813-1892) di istana Louvre, Paris


Pemerintahan Penthesilea sebagai Ratu Amazon berlangsung pada tahun-tahun berlakunya P3rang Trojan. Suku Amazon tidak menyebelahi mana-mana pihak secara khusus dalam p3rang ini dan Penthesilea sendiri berusaha seupaya mungkin untuk menjauhi konfik tersebut. Namun ketika Achilles membvnuh putera Trojan yang bernama Hector, dan sesudah saudara perempuannya terbvnuh secara kemalangan, Penthesilea mengambil keputusan untuk berangkat ke Troy dan mencampuri pep3rangan tersebut.

Di medan p3rang, Penthesilea bukanlah seorang ratu yang duduk di barisan belakang sambil menyaksikan tentera-tenteranya bertempur m4ti-m4tian. Akan tetapi, beliau adalah seorang pahlawan sejati. Diceritakan bahawa beliau menggempur tentera Yunani bagaikan kilat yang menyambar, membvnuh ramai musuh.

Beliau juga disifatkan sebagai seorang pahlawan yang lincah lagi gagah. Penthesilea berusaha untuk membuktikan bahawa suku Amazon adalah pahlawan terkemuka di situ. Beliau juga berhasrat untuk membvnuh Achilles demi menuntut bela atas kem4tian Hector, di samping beliau sendiri berhajat untuk terbvnuh dalam pertempuran itu.

Walaupun Penthesilea merupakan seorang pahlawan yang gagah, nyawanya berakhir di tangan Achilles. Achilles menyaksikan beliau bertempur melawan tentera-tenteranya dan tertarik hati melihat kegagahannya. Sambil berlawan, Achilles berusaha untuk mendekati Penthesilea.

Walaupun beliau berasa tertarik dengan Penthesilea dengan niat untuk bertarung dengannya, beliau kemudiannya jatuh cinta dengan ratu Amazon itu sebaik sahaja berhadapan dengannya. Namun begitu, keadaan sudah pun terlambat untuk melunaskan perasaan cintanya itu.

Selepas menewaskan Penthesilea, Achilles mendakap tubuhnya sebaik ia rebah jatuh ke bumi. Seorang pahlawan Yunani yang bernama Thersites mencemuh Achilles kerana berbuat sedemikian terhadap tubuh Penthesilea. Diceritakan juga Thersites mencungkil mata Penthesilea dengan pedangnya. Tindakannya itu menaikkan berang Achilles yang langsung sahaja memenggal kepala Thersites.

Berikutan kem4tian Thersites, suatu pergaduhan pun tercetus. Diomedes, sepupu kepada Thersites bertindak mengambil jasad Penthesilea dan mengheretnya menggunakan pedati sebelum menghumbannya ke dalam sungai. Jasad tersebut kemudian didapatkan semula oleh Achilles. Beliau kemudian menyemadikan jasad Penthesilea selayaknya.

Dalam beberapa cerita, Achilles dikatakan melakukan perbuatan nekrofilia ke atas jasad Penthesilea. Dalam legenda lain, dihikayatkan bahawa Penthesilea mengandungkan putera Achilles sesudah m4ti.

Achilles mendakap Penthesilea selepas membunvhnya

Seorang pemuisi Rom purba yang bernama Virgil menulis tentang Penthesiliea:

“Penthesilea yang gagah, (sambil) pengikat pinggang emas dililit di bawah dadanya yang terdedah, (beliau) memimpin barisan p3rang Amazon dengan perisai ringannya yang berbentuk bulan sabit… (beliau sememangnya) seorang pahlawan wanita, srikandi yang cukup berani untuk memerangi kaum lelaki.”

Virgil menggunakan perkataan Bellatrix untuk memerincikan Penthesilea dan dikhabarkan bahawa hal ini menjadi inspirasi buat JK Rowling untuk menamakan watak Bellatrix Lestrane dalam siri Harry Potter.

Kisah perihal Penthesilea tidak diceritakan di dalam Illiad. Illiad berakhir dengan pengebumian Hector, iaitu sebelum suku Amazon tiba di Troy untuk menuntut bela atas kem4tiannya. Kisah berkenaan Penthesilea diceritakan di dalam epik Aethiopis.

Riwayat hidup dan kem4tian Penthesilea penuh dengan dramatis. Beliau digambarkan sebagai seorang pahlawan wanita yang gagah dan berani, serta seorang yang begitu terkesan dengan kem4tian saudara perempuannya, Hippolyta. Perasaan dukanya itu menompok bersama dengan hasratnya untuk menjadi seorang pahlawan terkemuka yang m4ti secara terhormat di medan tempur.

Perasaan-perasaan ini membawanya ke Troy, di mana kem4tiannya di sana melemahkan Troy dan menimpakan kehuru-haraan di dalam kem tentera Yunani berikutan kem4tiannya itu memberi kesan yang besar terhadap Achilles sehingga beliau melakukan tindakan-tindakan yang mencetuskan pergaduhan sesama sendiri.

Sememangnya, Penthesilea pada akhirnya m4ti secara terhormat di medan p3rang sepertimana yang beliau inginkan, lebih-lebih lagi di tangan seorang pahlawan legenda seperti Achilles.

TERJEMAHAN:

M R Reese. (23 September 2014). The Dramatic Life and D3ath of Penthesilea: Queen of the Amazons. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/myths-legends/dramatic-life-and-death-penthesilea-queen-amazons-002104


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.