Kemunduran berbahasa asal mereka dimusnahkan Inggeris dalam tempoh yang lama, 600 tahun, tetapi boleh dipecahkan kepada tiga peringkat utama;

Bahasa Inggeris dipaksa ke atas rakyat Ireland sejak penjajahan Inggeris sekitar kurun ke-12, iaitu sejak 1171 Henry II. Koloni Inggeris terus menerus menekan penduduk tempatan melalui paksaan dan kekerasan untuk membenarkan mereka hanya bertutur dan berurusan di dalam Bahasa Inggeris selama enam abad lamanya.

Kawasan Utara Ireland asalnya dapat bertahan dengan tekanan tersebut kerana terdapatnya benteng semulajadi dalam bentuk gunung ganang dan tanah tinggi, menghalang Inggeris dari menguasai kawasan tersebut, sekaligus memelihara hak mereka untuk terus bertutur di dalam Gaelic.

Namun akibat kekalahan mereka di dalam Perang Sembilan Tahun (1593-1603), kelompok bangsawan, tuan-tuan tanah atau ‘Earls’ berketurunan O’Neill dan O’Donnell semuanya lari ke Sepanyol dan Perancis dalam apa yang digelar sebagai ‘Flight of The Earls’, meninggalkan rakyat dan ranah mereka terus dikuasai Inggeris. Bahasa Inggeris sekali lagi dipaksa untuk menusuk ke pedalaman dan kawasan tanah tinggi Ireland. Satu-satunya pilihan berbahasa yang ada.

Akhirnya, kerana seluruh negara Ireland sudah dalam penguasaan, pengaruh dan penjajahan Inggeris, saki baki penutur Gaelic dalam kalangan Irish terus berkurangan dan terhapus apabila pada 1831 Sekolah Kebangsaan Irish sendiri membentuk keseluruhan kurikulum bersepadu Ireland di dalam Bahasa Inggeris.

Proses Anglisisasi yang lebih hebat digerakkan apabila berlakunya ‘The Great Famine’ atau krisis ‘Kebuluran Besar’ dari 1845-1849, apabila ibu bapa Irish yang tinggal di Ireland sendiri yang didoktrin untuk memandang tuan Inggeris mereka, menyokong penuh pendidikan Inggeris kerana mereka melihat bahawa hanya orang Inggeris sahaja yang kononnya boleh membawa mereka keluar dari kebuluran dan kesempitan hidup, meningkatkan status sosiobudaya mereka.

Itulah dia. Selama 600 tahun orang Irish terus melawan dan merasa dipaksa juga ditekan dengan kekerasan untuk bertutur dan berkomunikasi hanya dalam Inggeris, hingga akhirnya dalam tempoh singkat, timbul generasi yang melihat bahasa asal mereka kolot dan tidak berguna lagi, lantas memandang tinggi bahasa asing lebih dari bahasa sendiri.

Hanya selepas kesedaran timbul, kebangkitan semula IRA misalnya, baru mereka terjaga dari tidur, untuk enggan terus rela dan redha bertuankan Inggeris. Baru dalam tempoh 20-40 tahun kebelakangan ini sahaja kesedaran mengangkat Bahasa Gaelic, bahasa asal masyarakat Irish diterapkan semula dalam masyarakat Irish.

Namun sekalipun diangkat sebagai bahasa rasmi, Gaelic masih lagi janggal untuk dipertuturkan dalam urusan harian di Ireland moden hari ini.

Hairan juga apabila ada satu negara kecil, yang sejarahnya lebih kurang sama dengan Ireland, dipertuan dan diperbodohkan Inggeris suatu ketika dahulu, kini kembali bakal dipaksa penguasanya dan akan dituntut untuk mempelajari Bahasa Inggeris, hanya dengan alasan bahawa konon rakyatnya tidak akan boleh maju dengan bahasa asal mereka sendiri.

Peta ini menunjukkan betapa berkurangnya penutur ibunda Bahasa Irish.

Kasihan dan malang sekali.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.