Bagi pengusaha bar tapas Antonio Castro dan empat rakan kongsinya, mereka menyangka bar Cerveceria Giralda yang diuruskan itu sekadar bar biasa. Walaupun wujud khabar angin bar tersebut dibina di atas lokasi sebuah hammam, mereka menyangka ia dipengaruhi oleh seni pembinaan neomudejar[1] atau seni bina kebangkitan Moor[2] yang menjadi inspirasi arkitek Vicente Traver. Traver menggunakan pengaruh senibina tersebut untuk membina bar dan hotel di lokasi tersebut pada awal 1920-an.

Pada musim panas lepas, Castro dan rakan-rakan kongsinya merancang untuk meneruskan kerja pengubahsuaian dan pemulihan Giralda. Kerja ini sepatutnya dilakukan lebih awal tetapi terpaksa ditangguhkan akibat pandemik Covid-19. Waktu tersebut juga merupakan waktu paling sesuai memandangkan pihak berkuasa Seville sedang sibuk menaiktaraf jalan-jalan tempatan.

Bagi memastikan kerja-kerja pengubahsuaian tidak menjejaskan nilai sejarah bangunan, mereka dibantu oleh pakar arkeologi Alvaro Jimenez. Seperti Castro, dia juga tahu tentang latar belakang Giralda termasuk cerita ia dibina di lokasi sebuah hammam tetapi menganggap ia sekadar legenda tempatan. Tetapi semua itu berubah pada Julai lepas apabila mereka menemui jendela langit bercorak bintang berbucu lapan selepas membuang lapisan plaster yang menutup siling Giralda.

Rajah 1: Bahagian hammam yang ditemui oleh Jimenez dan pasukan pemulihan. Sumber: Alvaro Jimenez.

Apabila mereka mengupas lebih banyak lapisan plaster, corak sebegini bukan saja mengesahkan ia merupakan sebuah hammam. Malah, corak sebegini dilihat biasa ditemui pada bangunan-bangunan yang dibina pada era kerajaan al-Muwahidun pada abad ke-12 Masihi. Semasa berada di kemuncak kegemilangannya, kerajaan ini menguasai sebahagian besar Semenanjung Iberia dan Maghribi.

Rajah 2: Corak bintang bucu lapan yang ditemui pada jendela langit. Sumber: Alvaro Jimenez.

Corak bintang berbucu lapan yang dilihat mereka terhasil daripada latar belakang lepa kapur berwarna putih dan dihias dengan corak geometri garisan, bulatan dan segi empat sama. Pada bahagian atasnya ialah lukisan bintang berbucu lapan berwarna merah kuning tanah dan roset multifoil berkelopak lapan. Tambah Jimenez, kedua-dua corak ini saling berkait dan beradaptasi dengan bentuk geometri berbeza yang terdapat pada jendela langit.

Menerusi penemuan ini, kerja-kerja pemulihan dan pembaikan digerakkan dengan teliti bagi memastikan ia terus terpelihara. Giraldi dijangka dibuka semula dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi selepas semua kerja dinyatakan selesai.

Yang pasti, bagi Castro dan rakan-rakan kongsinya, mereka melihat penemuan ini menambah lagi lapisan sejarah di sebalik bar mereka. Mereka turut memuji usaha Traver yang memulihara semua penemuan ini tatkala arkitek sezaman dengannya memilih membuang semua ini tanpa rasa bersalah. Pada mereka, tindakan arkitek itu menyelamatkan warisan sejarah Sepanyol daripada hilang ditelan zaman.

NOTA KAKI:

[1] Pengaruh senibina kebangkitan Moor yang diamalkan di Semenanjung Iberia dan Ibero-Amerika dari akhir abad ke-19 hingga abad ke-20. Ia digunakan sebagai cara mencorak bangunan moden dengan elemen Moor seperti gerbang Moor dan jubin arabes.

[2] Gelaran orang Eropah Zaman Pertengahan terhadap orang Islam yang menetap di Andalusia, Maghribi, Sicily dan Malta.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.