Korang tau tak yang Allah pernah mention bangsa Rom dalam al-Quran.
Allah berfirman:
Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya (Ar-Rum, Ayah 2 – Ar-Rum, Ayah 3)
Kalau kita baca sejarah dan tamadun Rom, memang sangat menarik! Selain terkenal dengan kehebatan dalam peperangan dan penjarahan kota-kota besar, bangsa ini juga sungguh bijak mentadbir dan menguruskan bandar. Beberapa aspek yang positif patut kita puji.
Bangsa Rom sangat cintakan kebersihan.
Tempat mandian umum banyak dibina dalam bandar. Masyarakat dari pelbagai latarbelakang dan status dapat masuk membersihkan diri serta bersosial. Bayangkan swimming pool zaman kita ni. Mungkin taklah secanggih zaman kita ni, tapi itu pun sudah cukup mengagumkan di zaman itu. Mandian panas juga dianggap sebagai satu aktiviti fizikal yang menyihatkan. Kalau dah mandi bersih, barulah segar kan.
Bandar-bandar di Rom juga melangkaui zaman dengan sistem perlongkangan yang sistematik.
Mereka melengkapi bandar dengan aqueducts yang kompleks. Ia mampu menyalurkan air segar daripada gunung berdekatan ke dalam bandar untuk kegunaan harian. Saluran yang sama juga dimanfaatkan untuk mengeluarkan sisa buangan dan sampah sarap kota. Dengan cara ini, masyarakat bandar Rom mampu mengekalkan standard kebersihan setiap hari.
Satu lagi sisi positif mereka ialah pada pengurusan kesihatan.
Mereka mempunyai doktor-doktor terlatih yang sedia merawat dalam pelbagai procedure kesihatan. Hospital pun dah ada zaman tu. Selain daripada itu, diorang juga tekankan pada mencegah daripada merawat. Bak kata pepatah Melayu, jangan dah terhantuk baru nak terngadah. Budaya kebersihan dan pengamalan herba banyak membantu aspek kesihatan ini.
Senang kata, orang Rom ni memang kejam dan licik dalam peperangan. Tapi pengurusan bandar diorang A+. Ambillah yang jernih, buanglah yang keroh.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih