Penguin ialah satu-satunya spesis burung yang menetap di Hemisfera Selatan hingga ke Kutub Selatan, kawasan geografi yang teramat sejuk dan mustahil untuk haiwan merangkak atau pokok tumbuh meliar. Haiwan ini juga sangat mahir berenang dalam lautan walaupun badannya dilihat begitu besar dengan sayapnya sama panjang dengan badan. Dengan badannya seperti memakai sut hitam lelaki dan mampu berdiri tegak memperlihatkan keunikan burung penguin ini berbanding spesis burung lain.

Burung penguin terbesar yang masih hidup ialah Emperor Penguin atau spesis Aptenodytes forsteri, dengan tingginya 1.2 meter dan beratnya mampu mencecah 45 kilogram. Tapi, tahukah anda bahawa ada spesis burung penguin yang lebih besar dari Emperor Penguin, sampai saiz dia sebesar gorilla?

 

Ilustrasi spesis penguin Kumimanu fordycei yang mendarat di pantai dikelilingi oleh spesis penguin Petradyptes stonehousei. (Sumber: Ancient Origins)

Ya, kita ada spesis burung penguin sebesar gorilla! Spesis yang saya maksudkan ialah spesis Kumimanu fordycei. Penguin K. fordycei  ini pernah hidup pada 57 juta tahun dahulu dan New Zealand merupakan habitat asal burung penguin ini. Fosil penguin K. fordycei pertama kali ditemui di bawah batu berdekatan pantai North Otago, New Zealand.

Menurut ahli paleontologi (mengkaji fosil haiwan kuno) bernama Daniel Ksepka yang mengetuai penemuan fosil ini, setakat kajian mereka burung penguin K. ialah burung penguin yang terbesar. Mengikut rekod terawal, penguin tertinggi dalam sejarah ialah spesis Palaeeudyptes klekowskii. Penguin yang diberi nama ‘Colossus Penguin’ ini hidup pada 37 juta tahun lalu di benua Antartika dan badannya berketinggian 2 meter, kalah dengan ketinggian Emperor Penguin.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Manakala spesis penguin terberat dalam sejarah ialah spesis Kumimanu biceae kerana beratnya mampu mencecah 121 kilogram! Spesis penguin ini hidup sekitar 60 hingga 56 juta tahun lalu dengan ketinggian mencecah 1.7 meter. Fosilnya pula ditemui pada bulan Disember 2017 di New Zealand.

Jika dibandingkan kedua-dua spesis penguin tersebut dengan penguin K. fordycei, spesis penguin ini dianggarkan mempunyai berat 154 kilogram dan setinggi 1.6 meter mengikut spesimen fosil. Ya, tinggi penguin ini memang sama tinggi dengan gorilla yang berdiri, mungkin mengalahkan gorilla itu sendiri kerana ada kajian menganggarkan ketinggian penguin K. fordycei mampu mencecah sehingga 2.5 meter!

Maka, penguin K. fordycei adalah penguin yang tertinggi dan terberat dalam sejarah haiwan buat masa ini. Sesuai dengan nama genus ‘Kumimanu’ dari bahasa orang Maori yang bermaksud ‘burung raksasa’. Bagi Ksepka, awal sangat untuk mengandaikan bahawa spesis penguin ini adalah punguin terbesar dunia. Mungkin ada fosil penguin akan datang yang berbeza spesis dan mampu melawan fosil penguin K. fordycei.

 

Perbandingan saiz rangka spesis penguin Kumimanu fordycei dan Petradyptes stonehousei dengan spesis Emperor Penguin yang masih hidup berdasarkan penemuan fosil. (Sumber: Ancient Origins)

Kewujudan penguin gergasi di New Zealand membuatkan kita tertanya-tanya. Kenapa saiz penguin begitu gergasi pada berjuta-juta tahun dahulu? Kisahnya bermula pada sekitar 66 hingga 56 juta tahun dahulu, atau dipanggil sebagai fasa Paleocene. Dalam fasa ini benua Antartika dan pulau New Zealand diduduki oleh banyak spesis penguin yang telah pupus pada abad ini.

Dulu, penguin sebenarnya boleh terbang. Tapi sejak menemui habitat yang selamat untuk menetap dan melahirkan generasi baru, penguin tidak memerlukan lagi sayapnya untuk terbang, sebaliknya menjadikan sayap sebagai ‘pendayung’ untuk mahir berenang di lautan mencari sumber makanan. New Zealand adalah ‘syurga’ untuk spesis-spesis penguin ini kerana tidak ada sebarang haiwan mamalia menetap selain kelawar,lokasi yang sesuai untuk membina sarang tanpa khuatir sebarang ancaman, dan mempunyai sumber laut mengelilingi pulau.

Beginilah anggaran ketinggian penguin terbesar dunia yang berganding dengan Daniel Ksepka sendiri. Mereka tidak dapat menemui rangka kaki penguin ini lagi jadi hanya anggarkan saiznya berdasarkan penemuan fosil terkini. (Sumber: Twitter)

 

Kerana kedua-dua faktor inilah, penguin mampu membesar sehingga saintis memanggil haiwan ini dengan nama ‘penguin gergasi’. Keadaan ini dipanggil sebagai ‘gigantism’ iaitu suatu bentuk evolusi di mana jika tidak ada pemangsa menetap di suatu ekosistem yang terdiri dari haiwan yang bersaiz kecil, haiwan tersebut akan mengalami pembesaran sehingga bersaiz gergasi, secara tak lansung menjadi ‘penguasa’ dalam ekosistem sendiri.

Jadi, spesis penguin seperti Palaeeudyptes klekowskii, Kumimanu biceae, dan Kumimanu fordycei, adalah antara spesis penguin gergasi yang mengalami ‘gigantism’. Tidak hairan jika suatu hari nanti kita akan menemui fosil penguin yang mempunyai saiz sebesar beruang kutub!


Alam kehidupan ni sangat menarik. Sebab tu kami terbitkan BIOLOGIA yang bercerita macam-macam pasal haiwan. Jom beli di Shopee: https://bit.ly/biologiashopee

RUJUKAN:

Nathan, Falde. 17 February 2023. Massive Penguins the Size of Gorillas Once Waddled Around New Zealand. Ancient Origins.

Daniel T. Ksepka, Daniel J. Field , Tracy A. Heath , Walker Pett , Daniel B. Thomas , Simone Giovanardi and Alan J.D. Tennyson. Largest-known fossil penguin provides insight into the early evolution of sphenisciform body size and flipper anatomy. Cambridge University Press. Published on 8 February 2023.

Mayr, Gerald; Scofield, R. Paul; De Pietri, Vanesa L.; Tennyson, Alan J. D. (12 December 2017). “A Paleocene penguin from New Zealand substantiates multiple origins of gigantism in fossil Sphenisciformes”. Nature Communications. 8 (1): 1927.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply