Porfirio Díaz mempunyai sejarah tujuh penggal sebagai Presiden Mexico yang bermula melalui suatu r4mpasan kuasa. Sepanjang pemerintahan ini, Díaz membawa kemajuan dan kestabilan yang menghentikan kemelut politik.
Tetapi dasar ekonominya banyak menguntungkan kroni dan pelabur asing. Namun bagi rakyat marhaen terutamanya di luar bandar, nasib mereka tidak begitu baik.
Pada 20 November 1910, rakyat bangkit menentang Díaz. Namun revolusi ini dikaitkan dengan sebuah syarikat daripada Amerika Syarikat milik John D. Rockefeller dan Henry Flagler.
Penemuan minyak mentah mengubah nasib perindustrian, dengan Standard Oil menjadi antara monopoli yang besar. Kuasa monopoli ini didapati terlibat dalam Revolusi Mexico melalui bantuan kewangan.
Selepas fasa awal, pemimpin-pemimpin revolusi mampu menguruskan operasi dengan lebih sistematik. Kekuatan kewangan mereka tidak mungkin berasal daripada r4mpasan semasa revolusi, seolah-olah ada pemberi dana asing iaitu Standard Oil.
Walaupun peserta-peserta revolusi berpendapat kos pemb3rontakan tidak begitu tinggi, aktiviti mereka memberi bukti sebaliknya. Mereka membeli banyak senj4ta dan pelvru daripada Amerika Syarikat untuk menguatkan angkatan mereka.
Kenapa Standard Oil Perlu Mexico?
Sekitar 1880-an, Mexico masih belum membuat pengeluaran minyak sendiri. Jadi Standard Oil pun memasuki pasaran negara ini untuk menjual petroliam dari Amerika Syarikat.
Mereka membuat pakatan bersama Syarikat Minyak Waters-Pierce hanya bagi tujuan pemasaran. Kedua-dua pihak mendapat keuntungan besar. Waters-Pierce pun menikmati keuntungan AS$0.07 sen bagi setiap 3.8 liter.
Namun monopoli ini dicabar apabila kerajaan Porfirio Díaz tahu tentang rahsia bumi Mexico. Rupanya negara itu pun ada minyak sendiri.
Dalam tempoh 13 tahun, Mexico menjadi antara pengeksport minyak. Hampir setiap lokasi dipilih mempunyai rizab minyak. Jadi Standard Oil/Pierce terikat untuk bersaing demi hak konsensi pula kerana Porfirio Díaz tidak mahu negaranya dimonopoli lagi.
Kemudian Standard Oil/Pierce berdepan dengan persaingan daripada sebuah syarikat British bernama Cowdray. Bagi Porfirio Díaz, persaingan ini boleh mengimbangkan kuasa politik Mexico yang tidak perlu takut dengan pendapat Amerika Syarikat. Pierce dan Cowdray berp3rang harga sampai kedua-duanya rugi.
Jadi Standard Oil tidak mempunyai pilihan lain. Porfirio Díaz terlalu berpihak kepada Cowdray. Jadi mereka pun perlu mempengaruhi politik tempatan.
Persaingan Standard Oil Dan Cowdray
Mexico telah menjadi medan persaingan antara Amerika Syarikat (Standard Oil) dan British (Cowdray). Jadi apabila kuasa Porfirio Díaz tergugat, Standard Oil pun membuat keputusan. Mereka membiayai kebangkitan Francisco I. Madero, dan Cowdray pula menyokong Jeneral Victoriano Huerta yang menggulingkan Madero.
Apabila Madero jatuh, Standard Oil berpihak kepada Venustiano Carranza pula yang menentang Huerta. Risiko ini bagi Standard Oil sangat berbaloi, kerana jaminan minyak di perut bumi Mexico.
Tetapi perkara ini dihidu Biro Penyiasatan Amerika Syarikat yang menemui bukti rundingan antara Standard Oil dan pemb3rontak Mexico. Standard Oil dituduh memberikan “pinjaman” sebanyak lebih daripada AS$1 juta (nilai sekarang AS$284 juta) kepada puak pemb3rontak.
Mereka tidak perlu membayar balik, jika menang… cukup jika Standard Oil diberikan bon emas sebanyak 6 peratus dan konsensi minyak besar-besaran.
Tawaran ini diterima puak pemb3rontak.
Meskipun dengan bukti kukuh, kerajaan Amerika Syarikat hanya memberi amaran supaya Standard Oil tidak meneruskan perniagaan sebegini.
Surat amaran dikeluarkan supaya Standard Oil menghentikan sebarang rundingan sementara menunggu siasatan lanjut pejabat Peguam Negara.
Standard Oil seperti biasa menafikan tuduhan ini.
Usaha Sembilan Tahun
Francisco I. Madero menggantikan Porfirio Díaz pada tahun 1911. Tetapi beliau digulingkan Victoriano Huerta dua tahun kemudian sebelum m4ti dibvnuh tiga hari kemudian. Kekalahan Huerta berakhir dengan pengusiran, yang mana beliau digantikan Venustiano Carranza pada tahun 1917.
Tetapi Carranza pun tidak bertahan lama, kerana Felipe Marcor pula menggantikannya hanya buat beberapa bulan sahaja. Sepanjang revolusi ini, ramai dalam kalangan pemimpin pemb3rontak dibvnuh. Álvaro Obregón yang menggantikan Marcor pun dibvnuh juga.
Mexico hanya pulih daripada kesan revolusi ini sekitar 1980-an, apabila pembaharuan ekonomi diusahakan oleh pemimpin-pemimpin semasa.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih