P3rang Saudara Amerika tercetus apabila sebelas negeri di Selatan membantah cadangan penghapusan sistem hamba, sebelas negeri di Selatan mengisytiharkan mereka keluar dari Kesatuan(Union) dan menubuhkan Negeri-Negeri Gabungan Amerika(Confederate States of America).

Cadangan pengharaman ini pertama kali diusul oleh Presiden Amerika Syarikat yang ke-16, Abraham Lincoln. Negeri Utara yang bebas dari sistem hamba lalu mendorong Abraham Lincoln yang juga berasal dari utara berkempen untuk menjadi presiden yang tidak mahukan sistem hamba diamalkan oleh mana-mana negeri.

Antara faktor lain adalah perbezaan sosiobudaya antara orang Utara yang rata-rata hidup di bandar dan mereka ini mahukan polisi yang dapat membantu ekonomi, manakala penempatan bagi orang Selatan tertumpu di pekan-pekan kecil dan kawasan perkampungan yang secara ekonomi banyak menjana hasil dari sektor pertanian dan penternakan.

Oleh itu, undang-undang pengharaman tersebut tidak dapat diterima oleh masyarakat Selatan kerana kebergantungan kerja-kerja di ladang dibuat oleh hamba berkulit hitam dari Afrika.

Apabila Abraham Lincoln naik menjadi presiden, banyak negeri Selatan mengambil keputusan untuk berpecah dari Amerika Syarikat dan negeri-negeri konfederasi ini kemudian membentuk gabungan negara baru.

Peta – Pecahan Negeri Kesatuan Dan Negeri Konfederasi

Pertempuran pertama p3rang saudara Amerika mengambil tempat di negeri Carolina Selatan pada 12 April 1861, Namun dikatakan pertempuran sudah meletus beberapa tahun di Arkansas sebelum peristiwa p3rang saudara Amerika benar-benar berlaku.

Menurut pelbagai sumber, penglibatan orang Islam semasa p3rang saudara Amerika menunjukkan seramai 291 orang Islam telah terlibat ke dalam kancah konflik Amerika – dan ada antara nama-nama yang bercirikan Islam dapat ditemui pada monumen peringatan ‘American Civil War’.

Bendera Konfederasi(Kiri) – Bendera Kesatuan/Amerika Syarikat(Kanan)

Orang Islam Dan P3rang Saudara Amerika

Pada tahun 1856, Hajji Ali (sekitar 1828-1903) dari Empayar Osmali (Uthmaniyah) direkrut oleh pemerintah AS berkhidmat dalam unit pasukan unta. Beliau tiba di USS Supply dan bekerja dengan US Camel Corps hingga ia dibubarkan pada tahun 1864.

Hajji Ali

Tentera U.S mengimport 60 ekor unta untuk digunakan dan ditempatkan di kawasan muka buminya yang bertandus di arah Barat Daya U.S. Ali meninggal pada tahun 1902 setelah memperoleh kerakyatan AS pada tahun 1880. Beliau juga dikenali sebagai Hi Jolly dan mungkin berasal dari keluarga Kristian Ortodoks Yunani yang telah memeluk Islam.

Menurut Veteran Muslim Amerika Amir N. Muhammad (2007), sebanyak 291 nama bercirikan seorang Muslim muncul dalam senarai pasukan untuk P3rang Saudara (1861-65).

Daripada jumlah itu, kira-kira 10 orang Muslim telah bertempur untuk Tentera Gabungan (Konfederasi), dan empat orang berkhidmat untuk pasukan Kesatuan (Union).

Selanjutnya, Seorang Muslim bernama Moses Osman merupakan seorang pegawai berpangkat kapten yang berkhidmat dalam Infantri Illinois ke-104.

Nicholas Said (1831-82) atau juga dikenali sebagai Mohammed Ali ben Said, Beliau berkhidmat dalam P3rang Saudara dari tahun 1863 hingga 1865.

Nicolas Said dilahirkan di Bornou (berhampiran sempadan moden negara-negara Afrika) sekitar tahun 1831, Beliau dibesarkan dalam keluarga yang menganut agama tradisional Afrika, dan kemudiannya memeluk agama Islam.

Pada tahun 1850-an, beliau telah menukar agama menjadi Kristian Ortodoks, tidak tahu  atas apa alasan sehingga beliau murtad.

Nicolas Said dikatakan mahir bertutur dalam beberapa bahasa, beliau tiba di Amerika Syarikat sebagai individu yang bebas walaupun beliau pernah menjadi hamba di tiga benua sebelumnya di Afrika, Asia, dan Eropah. Setibanya di Amerika Syarikat, Nicolas melanjutkan kerjaya sebagai seorang askar untuk Tentera Union dan mencapai pangkat Sarjan.

Selain itu, Individu yang dikebumikan di tanah perkuburan Tentera Nasional merupakan seorang Muslim bernama W. B. Osman yang meninggal dunia pada tahun 1865, beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Nasional Poplar Grove di Petersburg, Virginia.

Walaupun tidak banyak sumber menceritakan tentang penglibatan Muslim semasa p3rang saudara Amerika dengan secara terperinci kerana terdapat lebih 100-200 orang lagi masih belum dikenal pasti latar belakang mereka namun boleh disimpulkan bahawa melalui rekod-rekod kebanyakan orang Islam yang terlibat dengan Tentera Kesatuan(Union) terdiri dari golongan hamba kulit hitam dari Afrika dan sedikit jumlah Muslim menyertai pasukan Konfederasi.

Rujukan: – 

Muslim-American History – Edward E. Curtis IV


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Comments are closed.