Kalau selongkar habis dalam sejarah, British memang ada perangai tikam belakang dan berpaling tadah. Itulah rahsia kegemilangan mereka… dan juga kejatuhan mereka. Dalam banyak sisi sejarah, ada satu kisah pengkhianatan yang harus dibincangkan.

Sekitar 1920-an, politik dunia berpaksikan neo-liberalisme. Tiada siapa berani bawa arus yang berbeza. Jadi ultra-konservatisme dipupuk dalam diam. Jerman dan Itali sendiri takut nak tunjuk wajah sebenar. Realiti ini berubah sekitar 1930-an. Jerman dan Itali mengeluarkan taring kerana sudah ada pakatan yang agak kuat. Akibatnya? Eropah menghampiri peperangan besar (Perang Dunia Kedua).

Cita-Cita Jerman Yang Rakus

Pemimpin Jerman yang gila menunggang semangat kebangsaan untuk membentuk sebuah alam bangsa Jerman. Pihak British dan Perancis ketika itu lagi sudah bimbang dengan pendekatan Jerman. Namun kedua-dua negara tidak mahu berperang. Mereka mencuba sehabis mungkin untuk elak perang. Dan ketika ini British buat suatu pengkhianatan yang sampai sekarang bergema.

Memperkenal Perdana Menteri Neville Chamberlain yang membawa pemikiran berwaspada (caution politics). Chamberlain melihat Perang Dunia Pertama sudah cukup ngeri. Peperangan tersebut menyebabkan luka dan bengkak pada ekonomi dan masyarakat British yang masih belum dirawati (Crafts, 2014).

Jadi Chamberlain ingin elak berperang dengan Jerman. Pada tahun 1938, beliau turun di Munich untuk bertemu dengan pemimpin Jerman agar untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. Di sini Chamberlain (dan beberapa pemimpin Eropah yang lain) bersetuju membenarkan Jerman ilhak kawasan Sudetenland milik Czechoslovakia (Overy, 2014). Syaratnya? Jerman takkan tuntut  wilayah lain.

Pengkhianatan Terbesar British

Semua boleh bayang betapa terlukanya hati Czechoslovakia kerana dibelakangi Eropah. Neville Chamberlain siap balik London dan isytihar “peace for our time”.

Walau bagaimanapun, semua pakat mencuka apabila Jerman tiba-tiba menyerang Czechoslovakia pada Mac 1939. Jadi Perjanjian Munich adalah suatu kegagalan yang teruk. Namun Chamberlain masih tekad menggunakan kaedah rundingan dan kompromi sampai sanggup menyediakan “non-aggression pact” untuk elak berperang dengan Jerman.

Ketika ini tiada apa yang boleh mengubah pendirian Jerman. Enam bulan selepas merampas Czechoslovakia, pemimpin Jerman menzalimi Poland pula. Bermulalah Perang Dunia Kedua, yang Chamberlain cuba elak. Beliau meletak jawatan pada 10 Mei 1940.

Dasar Puaskan Hati Yang Tidak Menjadi

Sifat sejarah adalah berulang. Itu memang fitrah alam ini. Roh ultra-konservatisme sekarang dah timbul di Rusia, yang menuruti jejak Jerman ketika 1930-an. Rusia sekarang sedang cuba buat benda yang sama. Cuma nasib tidak menyebelahi Vladimir Putin kerana pentas dunia sudah bukan lagi milik United Kingdom.Ada beza antara Amerika Syarikat dan United Kingdom. Pertama sekali, Amerika Syarikat tidak boleh disentuh.

Jumpa kami nanti di KLAB2023! Simpan tarikh 23-26 FEBRUARI ya. Jemput ramaikan reruai kami.

Negaranya sangat besar dan kaya, serta berpengaruh. Atas sebab itu, Rusia sekarang stands alone dipinggir kawan dan lawan. Dan Amerika Syarikat melihat dasar puas hati (appeasement) Neville Chamberlain yang akhirnya memakan diri. Atas sebab itu, mereka bergabung tenaga dengan Kesatuan Eropah serta Jepun (melalui G7) untuk menghalang Rusia yang sudah tenggelam dalam kancah revanchisme (Nattrass, 2022).

Revanchisme adalah sifat dendam sebuah negara yang ingin mendapatkan semula wilayah-wilayah mereka hilang sama ada melalui peperangan atau gerakan sosial. Rusia sentiasa melihat Ukraine sebagai wilayahnya. Selepas Tsar Alexey menipu Bohdan Khmelnytskiy, Ukraine telah kehilangan fitrah kenegaraan yang lama dinodai dan dijajah Rusia sebagai “imperial subject”.

Ukraine akhirnya menebus maruah dengan kemerdekaan mutlak pada tahun 1991. Namun ahli-ahli politik mereka tidak bersyukur dan sengaja biar negara dalam kancah rasuah sampai imej Ukraine menjadi keji pada mata dunia. Kalau tengok esei ditulis Putin sendiri, bait-bait revanchisme sangatlah jelas:

Benar, Ukraine adalah sebuah negara gagal yang tidak memberi sebarang keuntungan kalau Amerika bantu. Walau bagaimanapun kalau tidak bantu sekarang, tentu sekali Rusia akan meletak mata pada negara-negara bekas Soviet yang lain… seperti Lithuania, Estonia dan Latvia misalnya. Malah Putin juga mengheret pasal Austria-Hungary dengan hujah lebih kurang sama macam “pemimpin Jerman” buat masa mengambil Sudetenland:

Sebab itu Poland punya berani mengetepikan Jerman dalam menentukan dasar anti-Rusia. Keselamatan mereka sudah terancam. Memang nauzubillah lah mereka nak kembali ke pangkuan Rusia setelah berzaman sengsara.

Kebimbangan mereka sangat berasas kalau kita ambil kira sisi sejarah. Chamberlain memenuhi kehendak Jerman dalam kes Sudetenland. Kemudian Jerman menikam belakang sampai ambil seluruh Czechoslovakia. Chamberlain masih memenuhi kehendak Jerman. Namun Jerman kemudian melanggar Poland pula. Maka kalau tidak halang Rusia sekarang, tentu sekali Ukraine bukan satu-satunya negara mereka dahagakan.


Kalau korang ingin tahu pasal selok-belok politik, jemput beli buku POLITIK UNTUK PEMULA yang akan meluaskan pada korang segala kerangka politik di dunia ni. Link: https://bit.ly/3frB0C5

RUJUKAN:

Crafts, N. (2014, Ogos 27). Walking wounded: The British economy in the aftermath of World War I. CEPR Vox.

Nattrass, W. (2022, Oktober 15). Russian revanchism runs deeper than Putin. Politico.

Overy, R.J. (2014). The Origins of the Second World War. Routledge.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply