Pengumuman  terbaharu yang  dibuat  oleh  Dr. Maszlee berkenaan pengiktirafan UEC memberikan sedikit kelegaan kepada golongan yang menentang pengiktirafan tersebut. Namun begitu, hal ini menimbulkan  perasaan kurang  puas hati dalam kalangan  masyarakat  Cina. Pendekatan yang diambil oleh KPM merupakan satu solusi yang sesuai dengan senario kini. Kajian menyeluruh harus mengambil kira sukatan mata pelajaran, sistem peperiksaan, penggubalan soalan,  sistem penandaan kertas  UEC, dan  pencapaian keputusan peperiksaan.

Sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran UEC sebenarnya sudah diubah suai sedikit demi sedikit. Semua  subjek (kecuali Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia) diterbitkan dalam bahasa Cina. Dalam  hal ini, mata pelajaran yang perlu diberikan perhatian oleh KPM ialah ketiga-tiga subjek bahasa iaitu bahasa Cina sebagai bahasa pertama manakala bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Selain itu, Geografi dan Sejarah juga harus dikaji terutama subjek Sejarah tingkatan lima (Senior Dua).  Silibus meliputi sejarah Malaysia Asia Tenggara tetapi dua bab terakhir tidak sesuai (Sila lihat gambar). Silibus subjek Sejarah tidak berulang.

Reformasi 1998 dan Perhimpunan BERSIH terkandung dalam buku Sejarah SMPC
Cakupan Mata Pelajaran Sejarah SMPC (dalam Bahasa Cina)

Sistem peperiksaan UEC diurus tadbir oleh Dong Zong sepenuhnya. UEC terbahagi kepada dua peringkat iaitu JUEC (seperti PMR) dan SUEC yang sedang dipertimbangkan pengiktirafannya. SUEC diambil pada tahun terakhir di SMPC, tingkatan enam tapi bukan level yang sama dengan STPM. UEC kelihatan lebih setara  dengan SPM. Selain  BM, BI dan Book Keeping, bahasa pengantar yang digunakan ialah BC. JUEC dan SUEC dijalankan serentak pada bulan Oktober. Keputusan UEC diumumkan pada akhir  bulan Disember.

Penggubalan soalan-soalan peperiksaan dilakukan oleh  guru-guru dari SMPC di seluruh Malaysia. Penggubal soalan yang dilantik oleh Jabatan Peperiksaan Dong Zong merupakan  guru-guru berpengalaman dan cemerlang yang dicadangkan oleh pihak sekolah. Soalan-soalan yang digubal dipilih dan ditapis oleh Jabatan Peperiksaan. Aras kesukaran soalan dan  format juga ditetapkan oleh DZ.

Penandaan skrip jawapan calon UEC juga dikawal selia oleh Dong Zong sepenuhnya. Penandaan berlangsung selama 10 hari. Para penanda akan berkumpul  di Dong Jiao Zong.  Penanda yang dilantik merupakan guru-guru SMPC yang dipilih oleh pihak sekolah. Bagi subjek Bahasa Malaysia sama ada JUEC atau SUEC,  boleh dikatakan 80 peratus ialah guru Melayu yang mengajar di SMPC.

Terdapat segelintir pihak (masyarakat Cina) yang menyatakaan kekesalan tentang  persepsi orang Melayu tentang  kurangnya  kemahiran komunikasi pelajar SMPC dalam menggunakkan  bahasa  Melayu. Bagi mereka, anak-anak mereka boleh lulus dalam subjek BM pun sudah memadai. Mereka juga mengatakan bahawa pelajar Cina yang bersekolah di SMK dan SMJK juga tidak  baik. Dalam tempoh 5 tahun ini,  semua  guru di SMPC perlulah berusaha, usaha  yang  bukan segigih  yang  biasa jika mahu UEC dipandang   berat.

Dalam hal pengawalseliaan UEC, adalah sangat penting dan sangat perlu jika Lembaga Peperiksaan Malaysia dilibatkan. Mungkin satu unit baharu yang mengendalikan UEC  perlu ditubuhkan dalam LPM. Selain itu, mungkin kertas soalan UEC perlu  digubal dalam dwibahasa iaitu dalam BM dan BC (kecuali subjek tiga bahasa). Kalau berasa terlalu berat untuk mengikuti Dasar  Bahasa Kebangsaan,  silibus setiap subjek perlu dirombak dengan pantauan KPM. Atau wajibkan semua pelajar tingkatan 5 SMPC mengambil SPM bukan seperti sekarang yang  bersifat opsyenal.

Bukan itu sahaja, BM dan Sejarah peringkat SPM mesti Kepujian. Kepujian bukan masalah bagi pelajar SMPC yang selalu memandang sinis pelajar SMK kerana markah untuk lulus dalam di SMPC  adalah 60 markah berbanding  markah untuk lulus SMK hanya 40 markah. Pengiktirafan UEC juga mesti mengambil subjek Pendidikan Islam yang tidak ada dalam senarai mata pelajaran SMPC.

Dan masyarakat Cina harus berhati-hati dalam  membuat tuntutan. Jangan sesekali  berani bercita-cita untuk mengganggu gugat hak dan keistimewaan bahasa Melayu. Akhir sekali, semoga Dr. Maszlee tidak membuat ‘pusingan U’ kerana masyarakat Cina sudah mula marah. Kita mahu memelihara keharmonian kaum tetapi cinta terhadap bangsa dan bahasa Melayu usah dikhianati.

Apa guna pasang pelita,
Kalau tidak dengan sumbunya,
Apa guna berkata cinta,
Kalau tidak dengan sungguhnya.


Sejak kebelakangan ini, kos operasi untuk menguruskan laman page dan portal The Patriots semakin meningkat. BANTU KAMI  UNTUK KEKAL MENULIS DI ATAS TALIAN dengan membeli buku-buku kami. Untuk keluaran Ogos, kami mempertaruhkan NAZI DI HUJUNG JARI dan DISEBALIK TIRAI LAYAR. Untuk pembelian, bolehlah ke pautan di bawah.

http://bit.ly/pratempah

ataupun

Nazi Di Hujung Jari – http://bit.ly/nazidihujungjari
Di Sebalik Layar – http://bit.ly/disebaliktirailayar


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah menengah. Berkelulusan Pengajian Melayu (major dalam Linguistik Melayu) di UM. Sejarah, bahasa, sosiobudaya, dan pendidikan merupakan isu yang boleh menarik perhatian mata, hati dan minda. Segala pengetahuan hanya asas dan baru mula mengintai ruang untuk menulis.

Comments are closed.