Kisahnya bolehlah dianggap seumpama ‘from zero to hero,’ dan boleh menjadi inspirasi kepada sesiapa jua. Hidupnya terlalu miskin sehingga terpaksa berkongsi tempat tidur di atas lantai bersama ahli keluarganya yang lain. Walaupun ada impian untuk belajar dalam bidang muzik, namun, kerana kesempitan hidup, dia terpaksa melupakannya.

Liu Yuning, yang berasal dari Dandong, China, melakukan pelbagai kerja pada zaman remajanya termasuklah mengedarkan risalah dan sebagai chef di restoran. Daripada pekerjaan inilah dia membeli gitar dan mempelajarinya sendiri. Minat yang mendalam bidang muzik membuatkan dia sanggup bermain gitar dan menyanyi di bar dan restoran meskipun tidak memperoleh sebarang bayaran.

Pada umur 20 tahun, Liu Yuning cuba memasuki ujibakat untuk sebuah rancangan, tapi gagal. Jadi, dia merakam video persembahan yang dia buat untuk diletakkan dalam pelbagai platform. Sehinggalah pada tahun 2014, dia tubuhkan band sendiri yang dipanggil Modern Brothers.

Bagaimana dia mula terlibat sebagai penyanyi runut bunyi (OST) ini?

Band mereka ni biasa melakukan persembahan di jalanan dengan penstriman langsung melalui saluran YY. Lama kelamaan, peminat mereka semakin ramai, dan akhirnya, melalui platform Douyin, nama band ini dan Liu Yuning sebagai penyanyi mula sebaris dengan selebriti ternama yang lain. Populariti Liu Yuning membuka peluang untuk dia memasuki dunia hiburan mainstream.

Liu Yuning mendapat peluang untuk menyanyikan OST pertamanya pada tahun 2018, iaitu untuk drama Tomb of The Sea. Menariknya, selepas produser tu dengar lagunya, dia terus tawarkan Yuning untuk berlakon, dan begitulah permulaannya karier lakonannya, iaitu melalui drama Hot Blooded Youth.

Suaranya yang unik serta kemampuannya untuk menyanyikan pelbagai jenis lagu membuatkan namanya sering menjadi pilihan sebagai penyanyi OST untuk pelbagai drama. Sehingga catatan ini ditulis, Liu Yuning telah menyanyikan 100 buah lagu OST sepanjang kerjayanya sebagai penyanyi. Paling menarik, dia adalah satu-satunya penyanyi muda dari Asia Timur yang mendapat peluang untuk merakamkan 100 buah OST ini. Malah, dia juga satu-satunya penyanyi dari China yang diberi peluang untuk menyanyikan lagu tema untuk Disney. Setakat ini, hanya penyanyi dari India seperti Udit Narayan dan Lata Mangeshkar yang banyak merakamkan OST untuk filem Bollywood.

Antara OST popular yang dinyanyikan oleh Liu Yuning ialah Colored Glass melalui drama Love and Redemption, Yearning untuk You Are My Hero dan As Love as Always untuk drama The Long Ballad.

Hari ini, Liu Yuning sudah mampu mencipta nama tersendiri sebagai penyanyi dan pelakon di China. Namanya juga turut dipilih oleh rakan selebriti yang lain untuk menyanyikan OST buat drama yang mereka bintangi.

 

Oleh: Farahi Kamaruddin


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Leave A Reply