Laporan the Economist bertarikh 23 Oktober 2021 baru-baru ini membayangkan bahawa pentadbiran Taliban yang baharu sahaja berjaya mendapatkan kembali negara Afghanistan daripada penjajahan kuasa Barat, khususnya Amerika Syarikat kini berhadapan dengan pergerakan insurgensi bawah tanah, suatu situasi yang pada penulis rencana tersebut sebagai sesuatu yang ironi.

Namun, apa yang berlaku bukanlah ironi semata-mata, tetapi lumrah alam yang terpaksa dihadapi. Dalam roda kehidupan, yang di atas pastinya akan turun, dan yang di bawah akan naik. Itulah yang kita saksikan hari ini.

Tetapi, ironi sebenar adalah Economist itu sendiri tidak menyedari bahawa mereka sendiri adalah ironi, kerana agak banyak negara di dunia hari ini, termasuklah kuasa besar, adalah ditubuhkan oleh mereka yang pernah menjadi insurgen di negara masing-masing, ataupun, pernah terpaksa menjadi pergerakan bawah tanah bagi menentang penjajahan negara mereka sendiri.

Sebagai contoh, Amerika Syarikat mendapat kemerdekaan pada tahun 1783 setelah berpe.rang selama lapan tahun untuk mendapatkan kemerdekaan. Para pengasas mereka pula terdiri daripada pejuang kemerdekaan mereka yang pernah dianggap sebagai pen.gga.nas dan penjenayah oleh bekas penjajah mereka, Britain.

China, kuasa besar di Asia hari ini dikuasai oleh Parti Komunis China. Suatu ketika dalam sejarah China, parti ini pernah diharamkan dan mereka dilayan sebagai penje.nayah dan peng.ga.nas.

Perancis, sebuah lagi kuasa besar dan pemegang kuasa veto di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga pernah berhadapan situasi dijajah oleh Nazi Jerman yang meletakkan boneka mereka Vichy Perancis sebagai kerajaan. Bagi menentang penjajahan tersebut, rakyat Perancis yang setia kepada kerajaan Perancis di bawah Charles DeGaulle mengangkat senjata dalam pergerakan insurgensi French Marquis.

Ironi lebih besar, pengalaman dijajah Jerman tidak menginsafkan kuasa besar tersebut yang meneruskan jajahan mereka ke atas Algeria, Vietnam dan lain-lain tempat, dan secara langsung menanam bibit pemberontakan oleh GIA yang akhirnya melahirkan pergerakan militan yang antara paling awal dilabelkan sebagai peng.gan.as Islam oleh barat.

Pengalaman Perancis tidak unik. Hampir setiap negara di benua Eropah yang pernah dijajah Nazi Jerman turut menyaksikan kemunculan pergerakan insurgensi yang mana para pemimpin mereka menjadi pemimpin negara masing-masing setelah tewasnya Jerman.

Israel juga melalui proses yang sama. Dengan pergerakan militan Yahudi Irgun, Haganah, dan Herut menyaksikan mereka dilabelkan sebagai peng.ga.nas antara tahun 1945 sehingga 1948 oleh British. Setelah Israel diberi kemerdekaan oleh British dan mengambil alih tanah di mana negara Palestin wujud ketika itu, mereka yang pernah menjadi peng.gan.as itu menjadi pemimpin negara mereka. Dan ketiga-tiga kumpulan militan yang dilabelkan pengg.an.as itu ditubuhkan secara rasmi sebagai tentera negara tersebut. Dan meneruskan agenda tak berperikemanusiaan mereka.

Rusia, sebuah kuasa besar yang turut memegang kuasa veto pernah diperintah oleh Parti Komunis Russia untuk berdekad lamanya. Sebelum mereka berjaya mengambil alih negara berkenaan, mereka juga terdiri daripada peng.gana.s dan penjenayah. Dalam hal ini, bukan sekadar disebut sebagai penje.na.yah semata-mata.

Joseph Stalin, salah seorang pemimpin parti berkenaan yang juga pernah memerintah negara tersebut semasa Pe.ra.ng Dunia Kedua memulakan kerjaya politiknya sebagai seorang pero.mp.ak bank, dengan hasil ro.mp.akan digunakan sebagai sumber kewangan parti.

Kita sendiri juga tidak jauh daripada penafsiran sama. Ramai para pemimpin negara turut serta mengangkat senjata menentang penjajahan Jepun sebagai pejuang insurgensi. Tun Razak sebagai seorang perisik bagi Askar Wataniah Pahang, Tun Hussein Onn, Tun Ghazali Shafie sebagai pasukan bersenjata dalam Askar Wataniah Pahang, Tun Datu Mustapha bersama dengan gerila di Selatan Mindanao, antara nama yang boleh disebut terlibat mengangkat senjata menentang Jepun.

Oleh itu, wajar kita menyedari bahawa ironi pandangan The Economist bukanlah kerana mereka merasakan situasi yang dihadapi oleh Taliban itu adalah ironi, tetapi ironi itu adalah mereka sendiri.

Dan dalam konteks ini, maka benarlah, pen.ggan.as bagimu, wira bagiku.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pemalas dari Sarawak. Royalist, Federalis, pemerhati dunia pertahanan, ekonomi dan geopolitik. Seorang pengumpul buku. Memiliki PHD (permanent head damage) selepas kepalanya jatuh terhantuk di atas jalan raya. Memegang ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Sains Malaysia serta merupakan seorang Akauntan Bertauliah dari Institut Perakaunan Malaysia.

Comments are closed.