Pengepungan Kut Al-Amara berlangsung daripada 7 Disember 1915 – 29 April 1916, ia juga turut dikenali sebagai First Battl3 Of Kut. Peristiwa ini menyaksikan operasi pengepungan t3ntera Empayar Uthmaniyyah terhadap kedudukan pertah4nan yang di duduki oleh hampir 9000 pasukan t3ntera Britiania-India di bandar Kut, selatan Baghdad pada tahun 1915.

Per!stiwa k0nflik yang agak panjang tempoh nya bagi sebuah kota kecil di Baghdad ini merupakan salah satu peristiwa bersejarah yang penting yang berlaku semasa Kempen Mesopotamia dalam P3rang Dunia Pertama.

PERCUBAAN PERTAMA

Pada 22 November 1915, Jeneral Charles Vere Ferrers Townshend mengepalai angkatan t3ntera di bawah kuasanya yang dianggarkan seramai kira-kira 9,000 anggota te3ntera dari 6th Indian Division sedang melaksanakan kempen ket3nteraan terhadap Uthmaniyyah di sekitar Mesopotamia. Mereka mara dalam kumpulan besar terus ke Baghdad dengan menaiki bot di sepanjang laluan air Tigris, di daratan telah tiada jalan yang sesuai kerana tanah yang gers4ng dilanda kemarau.

Di Ctesiphon, kira-kira 20 batu dari ibu kota, t3ntera India bersama Inggeris menghadapi t3ntera Turki yang lebih besar dari segi bilangan askar, pers3njataan yang lebih baik dan memiliki bekalan yang mencukupi untuk jangka masa sebulan bagi mereka mempersiapkan benteng pertah4nan.

Pasukan Townshend mengasak barisan pertahanan Uthmaniyyah, tetapi moral askar Inggeris dan India jatuh merudum berikutan dalam satu p3rtempuran sahaja angka k0rban dan c3dera di pihak Inggeris mencecah sehingga 40% . Akhirnya Inggeris tidak mampu lagi menahan ser4ngan balas Uthmaniyyah, apalagi jika hendak meneruskan s3rangan. Townshend memutuskan untuk berundur kembali ke Tigris, dengan membawa bersama 1,600 tahan4n Turki dan lebih daripada 4,500 yang terc3dera dari kedua-dua belah pihak.

Perjalanan yang panjang dan perlahan adalah nerak4 dunia bagi askar-askar yang ceder4, kerana Townshend telah kekurangan bot hingga beberapa askar yang cedera mat! di tengah perjalanan. Bahkan, bekalan ubatan yang diperuntukkan tidak pernah mencukupi. Manakala di India, Sir John Nixon, bangsawan yang bersikap terlebih optimistik itu menganggap bahawa pasukan t3ntera Townshend boleh mendapatkan segala keperluan mereka jika mereka berjaya tiba ke Baghdad.

Jeneral Charles Townshend

INGGERIS MENDUDUKI KUT

Setelah beberapa minggu Townshend menyusun dan menambah kembali kekuatan pasukannya dengan ketibaan pasukan sokongan dari India dan hasil mer3krut pemuda tempatan, dia sebenarnya sudah semakin menghampiri sasarannya.

Justeru, Townshend berjaya menghal4u pengawal-pengawal Turki Uthmaniyyah lantas membina kubu dan menempatkan pasukannya di Kota Kut, di pinggir sebuah sungai yang kedudukannya amat strategik. Ia merupakan salah satu daripada beberapa kejayaan cemerlang oleh Jeneral yang licik dan sangat mahir dalam menaikkan moral anggota t3nteranya.

Ibu Pejabat British di Kota Kut

Terdapat satu frasa menarik yang mengatakan tentang kejayaan pendudukan Inggeris di bawah Jeneral Townshend ini;

“Sebelum ini dia berkeras untuk tidak mahu meneruskan kemaraan ke Baghdad kerana kekurangan askar, makanan, artil3ri serta pengangkutan sungai dan sokongan medik. Tetapi, Jeneral bersama-sama pasukannya menjadi ‘mangsa’ kejayaan mereka sendiri.”

Pencer0bohan Mesopotamia hakikatnya adalah mengenai minyak, tetapi ia hanya memerlukan satu pendaratan di pantai Teluk untuk membersihkan bahagian selatan sekitar Basra. Tindakan sebegini akan menjauhkan Turki dari pelabuhan Parsi berhampiran Abadan, sebuah terminal talian paip Anglo-Persia yang pernah menjadi sumber bekalan minyak T3ntera Laut Diraja. Basra ditawan pada akhir tahun 1914 oleh satu pasukan penyerbvan kecil yang dilancarkan dari India.

Walau bagaimanapun pada akhir 1915, Kementerian Pep3rangan memerlukan satu kisah kejayaan untuk dijadikan propaganda bagi memulihkan moral t3ntera yang lemah, yang sebelum itu kalah teruk di Gallipoli, di mana ketika Inggeris bersiap untuk menarik diri, gagal untuk keluar, apatah lagi men4kluk Constantinople. Mengapa tidak melepaskan saja wilayah Basra dan pergi menawan Baghdad?

Kempen Gallipoli berakhir pada 8 Januari 1916. Pada masa itu, Kota Kut yang diduduki Jeneral Townshend dan pasukan t3nteranya telah dikepvng selama lebih daripada satu bulan. Termasuk dalam 13,500 orang, di dalamnya ada 3,500 orang India ‘non-c0mbatant’, 2,000 orang yang sakit dan terc3dera, dan 6,000 orang kaya Arab (kebanyakannya golongan Badwi yang merupakan rakan sekutu Inggeris) sedang kehabisan bekalan makanan.

Askar-askar India yang hanya tinggal r4ngka akibat kebvluran tanpa bekalan makanan

PENGEPUNGAN MUTLAK KUT

Mereka bertahan dalam kesejukan yang membeku dan kemudian dihujani dengan pelurv dari infantri, t3mbakan penemb4k tepat, s3rbuan, dan pengeb0man. Tiga percubaan masuk ke Kota Kut dilakukan pasukan sokongan Inggeris bagi menyeludup masuk bantuan dan bekalan makanan.

Kesemuanya gagal, dan dikatakan untuk setiap kegagalan itu mengakibatkan jumlah k0rban dianggarkan seramai 23,000 orang. Makanan mula kehabisan, dan kebanyakan te3ntera India terpaksa memakan apa sahaja yang berdaging, termasuklah lembu yang sepatutnya tidak boleh dimakan oleh askar India yang beragama Hindu, kemudian diikuti dengan kuda mereka sendiri, unta, dan akhirnya, kucing, anjing dan juga landak

Colmar von der Goltz

Setelah bertahan selama 147 hari tanpa bekalan makanan dan s3njata yang mencukupi, pada 29 April 1916, Jeneral Charles Townshend memutuskan untuk mengambil tindakan yang bakal mencalar imej Inggeris atau British keseluruhannya, yang dikenali sebagai empayar yang tidak pernah menyerah kalah selama 300 tahun itu akhirnya terpaksa menyerah kalah kepada pasukan p3ngepungan Uthmaniyyah di bawah arahan Nureddin Ibrahim Pasha.

Kemudian posisi ketua operasi itu diambil alih oleh bapa saudara kepada Menteri Per4ng Uthmaniyyah sendiri iaitu Halil Pasha (Halil Kut) yang berjaya menvndukkan Townshend di Kota Kut. Seorang lagi figura yang penting dalam kemenangan ini ialah Colmar von der Goltz atau Goltz Pasha, seorang Jeneral t3ntera Empayar Jerman yang merupakan sekutu Empayar Uthmaniyyah.

Sepanjang pengepvngan ini telah berlaku beberapa peristiwa menarik yang tercatat dalam sejarah. Berikut adalah antara fakta-fakta menarik yang melibatkan peristiwa ini:

– Dalam kepungan ini pasukan sokongan Inggeris telah cuba melakukan penghantaran bantuan bekalan makanan dan ubatan untuk pasukan Townshend bertahan meneruskan hidup, dan ianya merupakan kali pertama dalam sejarah dunia di mana bantuan dihantar dengan menggunakan pesawat ringan namun bekalan tersebut tidak sampai ke s4saran yang sepatutnya kerana tersasar ke kawasan kem t3ntera Uthmaniyyah. Misi itu diisytiharkan sebagai misi yang gagal. Gerakan-gerakan lain yang melakukan percubaan menghantar pasukan sokongan bersenj4ta juga turut gagal kerana berjaya dipintas oleh pasukan pengepung.

– British menganggap kekalahan ini adalah kekalahan yang paling h!na dan sangat memalukan dalam sejarah m!litari imperialism British. Pasukan Inggeris yang pada asalnya telah berkembang di dalam Kota Kut hingga memiliki kekuatan seramai 45,000 t3ntera telah mencatatkan seramai lebih kurang 30,000 t3ntera mereka terk0rban atau cedera termasuk t3ntera India.

– Colmar Freiherr von der Goltz juga dikenali sebagai Goltz Pasha yang merupakan seorang field marshal Prussia/German Empire selaku sekutu utama Uthmaniyah turut terlibat dalam peng3pungan ini bersama-sama dengan protege beliau iaitu Halil Pasha. Namun beliau men!nggal dunia di Baghdad pada 19 April 1916 akibat penyakit typhoid, hanya sekitar dua minggu sahaja lagi sebelum Inggeris menyerah kalah. Apa yang menarik, sembilan bulan selepas kemat!an beliau, seorang jeneral per4ng British bernama Frederick Stanley Maude juga telah men!nggal dunia di rumah yang sama Goltz men!nggal dunia.

– Jika Osman Nuri Pasha pernah dijulang sebagai Hero Of Plevne, maka Major General Halil Pasha juga turut dijulang sebagai Hero Of Kut di atas jasa nya mer4mpas kembali Kota Kut daripada Inggeris. Beliau merupakan bapa saudara kepada Menteri Peper4ngan Uthmaniyah iaitu Enver Pasha. Halil Pasha juga didakwa sebagai antara dalang yang bertanggung jawab di atas tragedi ‘Armenian & Assyrian Gen0cides’.

– Sebelum mengambil keputusan menyerah kalah, Inggeris atas dasar mahu menjaga prestasi empayar British sebagai bangsa yang tak terkalahkan, pernah cuba ‘membeli’ pegawai-pegawai Uthmaniyyah melalui orang kepercayaan Jeneral Townshend, Aubrey Herbert dan T.E. Lawrence (Lawrence Of Arabia) dengan menawarkan wang sebanyak 2 million pound (bersamaan 150 million pound pada 2016) dan berjanji tidak akan men3ntang Uthmaniyyah lagi jika Uthmaniyyah mengizinkan 13,000 t3ntera Inggeris termasuk Jeneral Townshend dibenarkan berundur secara senyap dan dirahsiakan supaya tidak mencal4rkan imej British. namun ditolak oleh Enver Pasha. Akhirnya Townshend menyerah kalah tanpa syarat. 13,000 t3ntera British menjadi taw4nan p3rang Uthmaniyah.

– Peng3pungan ini mendapat sokongan dan tentangan dari suku-suku Arab yang berpengaruh dan telah lama berpecah belah, dengan kehadiran t3ntera Inggeris dan Uthmaniyyah di rantau itu. Ketua-ketua kabilah Arab masing-masing akan memilih untuk memihak dan memberi sokongan kepada mana-mana di antara kedua-duanya. Rata-rata suku Arab ini datang dari kalangan puak fahaman Sunni atau Syiah dan kumpulan nomad Badwi.

– Ottoman Special Organization (Teşkilât-ı Mahsusa) memainkan peranan penting dalam membantu pasukan peng3pung Halil Pasha dari dalam kota. Pertubuhan ini bertanggungjawab melakukan kerja-kerja sab0taj seperti mer0sakkan bekalan makanan dan s3njata Inggeris. Organisasi ini bergerak secara sulit dan kebanyakannya dianggotai oleh para penduduk tempatan dari pelbagai etnik yang berkomunikasi melalui utusan-utusan rahsia Uthmaniyah.

– Sebuah siri drama televisyen Turki berjudul Mehmetçik Kut’ül-Amare dan Mehmetçik Kut’ül Zafer diterbitkan sebanyak dua musim bagi mengenang jasa dan peng0rbanan peju4ng-p3juang Uthmaniyah dalam m3rampas kembali Kota Kut dari pendudukan British.

RUJUKAN:

1914-1918 Online : International Encyclopedia Of The First W0rld W4r.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.