Tamadun Mesir Purba tidak pernah lekang daripada minda penggiat arkeologi. Inilah kiblat mereka sejak abad ke-19 lagi. Selama 200 tahun, bumi Mesir mendapat perhatian saintifik dan pelancongan (dulu penja.jahan).
Tiada siapa kisah tentang imbangan sosioekonomi Mesir. Yang miskin tidak dihiraukan; yang kaya pun tidak dipedulikan… asalkan dapat pergi Mesir untuk mengamati kekayaan sejarah 30 abad hasil tinggalan kerajaan-kerajaan Mesir Purba.
Kerana peradaban ini mempunyai sebuah sistem diraja yang unik, iaitu firaun.
Untuk pengetahuan semua, kuasa seorang firaun hanya boleh dipegang bangsa Qibti sahaja. Tradisi ini kekal terpelihara sehingga ambang kejatuhan Mesir Purba, iaitu selepas Firaun Nectanebo II ditewaskan Raja Artaxerxes III.
Raja terakhir yang digelar Firaun ialah Maharaja Rom iaitu Maximinus Daza. Ini bermakna Nectanebo II ialah firaun terakhir dalam kalangan bangsa Qibti.
Walau bagaimanapun, hujah ini boleh menyebabkan satu salah faham: sebelum jatuh, bangsa Qibti sentiasa dominan di Mesir. Tanggapan ini salah. Ada masanya, bangsa ini hilang dominasi di tanah air sendiri.
Pernah sekali sebuah bangsa pendatang berjaya mengambil delta Sungai Nil dan menubuhkan kerajaan sendiri di bandar Avaris.
Bangsa ini digelar Hekau Khasut, yang bermaksud “penguasa daripada tanah asing”. Asal-usul mereka barangkali daripada Lembah Syam.
Atas sebab tertentu, mereka berhijrah ke Mesir Purba. Aliran imigrasi menambahkan jumlah penduduk Hyksos yang akhirnya berjaya menguasai sebahagian daripada Mesir Purba (Machemer, 2020).
Walaupun masih menjadi perbualan sejarawan, Hyksos dipercayai membawa teknologi baru seperti kereta kuda dan ped.ang bersabit (Ilin-Tomich, 2016).
Apa yang pasti, mereka membawa budaya sendiri. Mereka menyembah dewa-dewi Syam, contohnya Baal-zephon yang menguasai hujan (O’Connor, 2009). Dewa ini menjelma sebagai Seth dalam mitologi Mesir Purba.
Dan mereka mengebµ.mikan may.at dalam kawasan penempatan sendiri, bukan macam bangsa Qibti yang membawa jauh (Bietak, 2016).
Namun pakar arkeologi telah menemui may.at wanita muda yang dipercayai menjadi kor.ban dewa-dewi (Bard, 2015).
Memandangkan Hyksos kemudian ditewaskan Qibti, arkeologi sahaja menjadi saksi kewujudan bangsa ini. Kerana penguasa Qibti telah memµs.nahkan tinggalan Hyksos dan menabur propaganda bahawa bangsa pendatang ini suka bµnµh-membµnµh.
Hari ini saintis telah menyingkap banyak rahsia tentang Hyksos yang tidak diceritakan dalam batu bersurat atau catatan sejarah. Hyksos mengamalkan sistem pengebµ.mian yang unik. Lelaki akan disimpan dalam sebuah mak.am tanpa sebarang kumbang atau tangkal perlindungan (Weisberger, 2020).
Hyksos cuma mengutamakan unsur kerasmian sahaja. Kerana pakar arkeologi membuat satu penemuan yang sangat menarik. Pada 27 April 2021, sekumpulan pakar membuat kerja penggalian di tapak Koum el-Khulgan yang terletak 150 kilometer daripada Kaherah, Mesir.
Mereka menemui 110 ma.kam Mesir Purba yang masih menyimpan rangka. Bayi dikebµ.mikan dalam pasu. Sekali tengok, semua nampak daripada zaman sama (mana tidaknya, semua tinggal tulang).
Tetapi ujian radiokarbon mendapati 73 rangka berusia antara 5,500 hingga 5,000 tahun lalu. Ketika ini, Mesir Purba masih dalam proses penyatuan yang menubuhkan sebuah kerajaan tunggal.
Sistem itulah yang menjulang darjat Mesir Purba sebagai penguasa rantau. Mak.am mereka pula berbentuk bujur, dan rangka-rangka tersebut dibaringkan dalam keadaan mencangkung dengan kepala menghadap arah barat. Menurut kepercayaan Mesir Purba, arah barat menuju ke Alam Bar.zakh.
Tetapi 37 ma.kam lain pula disediakan antara 1640 S.M. hingga 1540 S.M., ketika pemerintahan bangsa Hyksos.
Berbeza dengan 73 yang tadi, versi Hyksos berbentuk segi empat tepat dengan ma.yat disimpan dalam kedudukan terbaring menegak. Kepala mereka masih menghadap arah barat.
Bangsa Qibti dan Hyksos daripada dua zaman berbeza mempunyai satu persamaan: kedua-duanya menge.bµӎikan bayi dalam pasu. Hyksos menyimpan ukiran hieroglif dalam mak.am, sebagai dokumen pengebµӎian.
Sesiapa yang baca dokumen tersebut pada zaman itu akan tahu pembesar mana yang memberi kelulusan (untuk tanam may.at).
Penemuan arkeologi telah membetulkan tanggapan umum tentang Hyksos. Memanglah bangsa Qibti akan menabur propaganda buruk terhadap Hyksos.
Takkan mungkin mereka akan puji mµsµh, tambah pula sebuah bangsa pendatang yang berjaya membentuk kerajaan. Namun hari ini Hyksos semakin jelas memupuk budaya sendiri.
RUJUKAN:
Bard, K.A. (2015). An Introduction to the Archaeology of Ancient Egypt. John Wiley & Sons. Halaman 213.
Bietak, M. (2016). The Egyptian community in Avaris during the Hyksos period. Ägypten und Levante / Egypt and the Levant. 26: 263–274.
Ilin-Tomich, A. (2016). “Second Intermediate Period”. Dalam Wendrich, Willeke; et al. (eds.). UCLA Encyclopedia of Egyptology. Halaman 12.
Machemer, T. (2020, Julai 17). New research reveals surprising origins of Egypt’s Hyksos dynasty. The Smithsonian Magazine.
O’Connor, D. (2009). “Egypt, the Levant, and the Aegean: From the Hyksos Period to the Rise of the New Kingdom”. Dalam Aruz, Joan; Benzel, Kim; Evans, Jean M. (eds.). Beyond Babylon : art, trade, and diplomacy in the second millennium B.C. Yale University Press. Hlmn. 108–122.
Weisberger, M. (2020, Julai 15). Foreign dynasty’s rise to power in ancient Egypt was an inside job. Live Science.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih