Pada awal abad ke-20, dunia dilanda pandemik flu Sepanyol yang menyaksikan lebih dua juta populasi dunia menemui ajal. Dan kini, skrip sama seolah-olah berulang dengan kemunculan pandemik Covid-19 yang bermula di Wuhan pada Disember 2019 dan Januari 2020 kini melanda di seluruh dunia.

Di sebalik usaha keras pakar-pakar perubatan terutama di barisan hadapan dalam mendepani Covid-19, sebenarnya banyak pengajaran dari usaha merawat flu Sepanyol yang boleh diaplikasikan dalam situasi hari ini. Kadang-kadang kita perlu melihat semula sejarah untuk belajar dan mengambil nilai yang tersembunyi di sebalik pandemik itu.

  • Rawatan udara terbuka
Contoh rejim rawatan udara terbuka yang dibuat di Massachussets semasa pandemik flu Sepanyol pada tahun 1918.

Bagi yang menyingkap sejarah pandemik Covid-19, semua maklum tempat paling teruk untuk dijangkiti ialah berek dan kapal tentera. Kedua-dua tempat dilabel sedemikian kerana mempunyai sistem pengudaraan yang buruk dan meningkatkan risiko individu dijangkiti penyakit termasuk influenza.

Bila pandemik flu Sepanyol melanda pantai timur Amerika Syarikat pada tahun 1918, seperti dijangka golongan askar dan kelasi menjadi mangsa. Memikirkan kebanyakan mereka ini dijangkiti akibat tempat yang dihuni mempunyai sistem pengudaraan yang buruk, para doktor ketika itu merasakan mereka perlu diberi udara segar sebanyak mungkin.

Untuk mencapai kaedah itu, mereka diletakkan dalam khemah dan bila cuaca baik, pesakit-pesakit akan diletakkan di luar untuk beberapa ketika untuk menerima sinaran cahaya matahari. Bagi kebanyakan veteran Perang Dunia Pertama (WWI), rawatan sebegini bukan perkara baru kerana ia juga digunakan untuk merawat penyakit tuberkulosis (TB).

Mereka akan diletakkan di luar untuk menghirup udara segar atau diletakkan dalam wad di mana tingkap wad dibuka pada waktu malam bagi membolehkan udara segar masuk. Rejimen rawatan ini amat popular sehinggalah pengenalan antibiotik pada tahun 50-an.

Siapa sangka dengan rejim rawatan udara terbuka ini, ia berjaya mengurangkan kadar kematian pesakit di Boston dari 40% kepada 13%. Dan ini sesuatu yang harus dicuba oleh pakar-pakar perubatan termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

  • Udara segar pembvnvh kuman

Rejimen rawatan udara terbuka ini turut mendedahkan satu fakta menarik: udara segar merupakan pembvnvh kuman yang efektif. Dan ini dibuktikan menerusi satu kajian yang dibuat Kementerian Pertahanan pada tahun 1960-an.

Hasil kajian mereka mendapati Faktor Udara Terbuka dilihat jauh lebih merbahaya terhadap kuman berbanding udara dalam ruang dalaman dan amat efektif untuk rejim rawatan pada siang dan malam.

Faktor ini boleh diwujudkan secara tiruan dalam ruang tertutup dengan syarat sistem pengudaraan mempunyai kadar pengudaraan yang tinggi. Dan ini boleh dicapai di hospital yang mempunyai siling tinggi dan tingkap yang besar.

Resepi ini juga dianggap efektif dalam menangani kuman yang kebal dari serangan antibiotik dan mengembalikan unsur keberkesanan kesan udara segar terhadap pengurusan jangkitan penyakit atau rekaan hospital.

  • Cahaya matahari pembvnvh kuman

Menerusi rejim rawatan udara terbuka, ia membuka ruang kepada sinaran matahari membvnvh kuman-kuman merbahaya termasuk virus influenza. Semasa WWI, pakar-pakar bedah secara rutin menggunakan cahaya matahari sebagai cara merawat luka yang dijangkiti kuman.

Semua maklum cahaya matahari mengandungi khasiat Vitamin D tetapi tidak ramai tahu ia juga merupakan pembvnvh kuman yang efektif. Dengan meningkatkan bilangan Vitamin D yang diterima pesakit, ia mengurangkan risiko jangkitan pernafasan dan peluang dijangkiti influenza.

  • Keperluan topeng

100 tahun lepas, pakar-pakar perubatan yang mendepani pandemik flu Sepanyol tidak mempunyai akses kepada topeng N95 hari ini. Tetapi mereka juga bijak menghasilkan pelopor kepada topeng yang digunakan pakar-pakar perubatan hari ini.

Untuk menghasilkan topeng muka yang efektif untuk barisan hadapan, lima lapis kain kasa diletakkan pada sebuah rangka dawai yang boleh menutup hidung dan mulut. Rangka tersebut dibentuk mengikut bentuk muka si pemakai dan menghalang penapis kasa dari menyentuh muka.

Topeng tersebut akan digantikan setiap dua jam dengan rangka topeng disembur dengan cecair pembvnvh kuman dan diletakkan lima lapis kain kasa yang baru.

Ini menunjukkan betapa pentingnya PPE kepada petugas-petugas yang berada di barisan hadapan dalam mendepani sesebuah wabak. Kegagalan sesebuah negara menyediakan PPE kepada petugas-petugas perubatan bakal mendedahkan mereka kepada bahaya termasuk bahaya jangkitan wabak pada petugas-petugas barisan hadapan.

  • Hospital sementara
    Contoh hospital sementara yang didirikan AS untuk pesakit flu Sepanyol di Kem Funston, Kansas.

Paling penting, realitinya ialah sistem kesihatan moden tidak mempunyai keupayaan menangani pandemik wabak dan bakal menerima tekanan hebat. Justeru bagi mengelak situasi yang melanda dunia hari ini, negara-negara dunia perlu mendirikan hospital-hospital sementara bagi mengurangkan tekanan kepada sistem kesihatan moden hari ini.

Ini kerana dengan membina atau menukar kemudahan yang luas kapasiti sebagai hospital sementara, ia membolehkan hospital-hospital ini dapat menampung keperluan pesakit-pesakit wabak. Dan ini menjadi kunci bagaimana negara-negara dunia pada awal abad ke-20 berjaya mengurangkan kadar kem4tian dan jangkitan penyakit ketika itu.

Resepi ini kemudiannya ditiru China bukan saja semasa Covid-19 tetapi juga semasa penularan penyakit SARS pada awal dekad 2000. Kini, semakin banyak negara mempertimbangkan pilihan hospital sementara bagi mengurangkan tekanan kepada sistem kesihatan sedia ada.

RUJUKAN:

 Hobday, Richard. (2020). Coronavirus and the Sun: a Lesson from the 1918 Influenza Pandemic. Medium. https://medium.com/@ra.hobday/coronavirus-and-the-sun-a-lesson-from-the-1918-influenza-pandemic-509151dc8065


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.