Cakap pasal lagenda urban, ada satu lagenda urban yang biasa didengari oleh orang Sabah sendiri iaitu kisah seorang pemburu kepala manusia yang dipanggil sebagai ‘pengait’ yang popular pada era 1970-an hingga 1990-an.
Dikatakan pengait pergi mencari mangsa pada waktu malam, terutamanya kanak-kanak. Senjata yang digunakan untuk memancung kepala mangsa ialah parang atau sabit. Apabila dapat kepala mangsa, si pengait akan kumpulkan dalam satu karung dan membawa ke rumahnya.
Tengkorak manusia dikatakan mampu mengeraskan bahan binaan, terutamanya jambatan. Apabila pembinaan jambatan mula dilaksanakan, tengkorak manusia diperlukan, kononnya roh mangsa akan menahan jambatan dari runtuh.
Jadi, pengait akan aktif memburu pada waktu malam sampailah siap jambatan tersebut. Sebenarnya kisah macam ni berkait rapat dengan amalan kuno para pahlawan Borneo itu sendiri, iaitu tonggorib.
Tonggorib ialah amalan memiliki tengkorak musuh yang dipancung oleh pahlawan. Pahlawan Kadazandusun, Murut, dan Iban di Sarawak mengamalkannya apabila bertempur dengan musuh pada zaman dulu.
Memiliki kepala musuh setelah bertempur adalah suatu bentuk trofi bagi para pahlawan Sarawak ini, lebih kurang macam pingat atau piala yang biasa dijunjung selepas atlet mendapat gelaran juara.
Masyarakat di Sabah percaya dengan memiliki tengkorak manusia mampu membawa rezeki atas hasil tanaman padi mereka. Jadi, adalah logik bagi mereka untuk memiliki tengkorak dari penduduk perkampungan lain setelah bertempur.
Masyarakat Murut pula terkenal dengan amalan tonggorib sejak abad ke-16 hingga ke-18 Masihi, di mana mereka menyimpan tengkorak-tengkorak manusia yang asalnya musuh mereka di dalam rumah tradisi mereka.
Terdapat simpanan khas orang Murut bernama tangkob. Simpanan berbentuk silinder dan diperbuat dari kulit kayu ini ialah tempat menyimpan padi.
Bagi mengelak semangat padi yang disimpan itu diganggu oleh anasir-anasir yang tidak baik dan agar rezeki pemilik padi itu bertambah, maka tengkorak manusia digantung dibahagian atas tangkob bersama-sama beberapa helai daun silad kering serta tulang haiwan.
Sejak ketibaan Brooke dan memerintah Sarawak, amalan tonggorib di sana semakin berkurang dan dihentikan pada tahun 1920-an. Di Sabah pula amalan ini telah pupus seiring dengan kemajuan hidup dan ramai penduduk Kadazandusun dan Murut menganut agama seperti Kristian dan Islam.
Walaupun amalan tonggorib tidak lagi wujud, namun kisah pengait masih lagi digunakan untuk ibubapa bagi takutkan anak-anak supaya balik rumah pada waktu lewat petang atau Maghrib.
Dari sudut lain pula, tonggorib dijadikan sebagai kisah kegagahan dan keberanian masyarakat di Borneo pada zaman dulu, menyaksikan masyarakat dunia menggeruni Borneo sehingga gelarkan Pulau Borneo sebagai “The Land of the Head Hunters”.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih