Di dunia ini, masih wujud sesetengah individu yang percayakan perkara tertentu kerana percaya ia membawa tuah atau mengelak ma.la.ng. Di China, wujud tradisi di mana orang membaling duit syiling ke tempat tertentu kononnya ia boleh membawa tuah atau melindungi perjalanan mereka. Malangnya, amalan sebegini juga yang mencetuskan pelbagai masalah terhadap industri penerbangan di sana.
Beberapa hari lepas, seorang lelaki ditahan polis kerana membaling duit syiling ke dalam enjin kapal terbang penerbangan Beibu Gulf Airlines GX8814. Lelaki yang hanya dikenali sebagai Wang itu berbuat demikian bagi memastikan perjalanannya dan 147 penumpang dari Weifang, Shandong ke Haikou, Pulau Hainan berjalan lancar.
Pekerja-pekerja landasan kapal terbang mengesan sesetengah duit syiling di kawasan landasan sebelum penerbangan GX8814 berlepas. Penemuan itu segera dilaporkan kepada krew penerbangan dan mendorong mereka membatalkan penerbangan. Perbuatan membaling duit syiling ke dalam enjin pesawat dianggap merbahaya kerana berpotensi merosakkan enjin.
Tetapi ini bukan kali pertama penumpang penerbangan China membaling duit syiling ke dalam enjin pesawat. Pada Januari tahun lepas, seorang penumpang bernama Lu Chao, 28, ditahan staf-staf lapangan terbang dan perlu membayar pampasan 116,800 yuan (RM74,166.26) kepada syarikat Lucky Air. Ini selepas dia ditahan membaling dua duit syiling ke dalam enjin pesawat penerbangan Lucky Air dari Anqing ke Kunming pada Februari 2019.
Bila ditanya mengapa dia berbuat demikian, Chao memberitahu dia berbuat demikian agar penerbangan tersebut berjalan lancar. Dia dikatakan terbang dengan isteri dan anak lelakinya semasa ditahan. Penerbangan membabitkan 162 orang penumpang itu ditangguhkan untuk tujuan pemeriksaan sebelum ia dibenarkan berlepas sehari kemudian.
Sebulan demikian, satu lagi penerbangan Lucky Air terpaksa ditangguhkan selepas dua orang penumpang wanita ditahan kerana melakukan perkara sama. Kedua-duanya menaiki penerbangan 8L9616 dari Jinan, Shandong ke Chengdu, Sichuan. Penerbangan ditangguhkan selama dua jam sementara krew memeriksa enjin bagi memastikan ia tidak dimasuki oleh duit syiling.
Mengikut undang-undang China, mana-mana individu yang mengganggu operasi syarikat atau organisasi boleh dihukum pen.ja.ra 10 hari dan denda 500 yuan (RM4,491.50). Bagi penumpang penerbangan yang dianggap bermasalah, mereka boleh disenaraihitam dan tidak dibenarkan menaiki penerbangan oleh pihak berkuasa penerbangan awam China.
Jadi mengapa perkara sebegini rupa berlaku di sana? Kebanyakan orang China percaya dengan membaling duit syiling pada sasaran tertentu, ia diharap boleh membawa tuah atau menghalau semangat jahat. Ia boleh saja dari patung di taman hinggalah loceng di tokong-tokong Buddha.
Menariknya, majoriti warga China atau lebih tepat 70% tidak pernah menaiki kapal terbang. Ya, tak pernah dalam seumur hidup! Padahal, China bakal mengatasi Amerika Syarikat sebagai pasaran perjalanan udara terbesar di dunia pada tahun hadapan. Mungkin atas fakta inilah, ramai tidak tahu etika dan peraturan keselamatan semasa menaiki kapal terbang termasuk membaling duit syiling untuk mendapatkan tuah.
RUJUKAN:
Barnett, A. (2021). Unlucky! Chinese flight is cancelled after passenger throws coins into jet’s ENGINE for ‘good fortune’ before take-off. Daily Mail.
Coffey, H. (2021). CHINA FLIGHT CANCELLED AFTER MAN THROWS COINS INTO PLANE ENGINE FOR GOOD LUCK. The Independent.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih