Semasa kumpulan ahli arkeologi tempatan mlakukan kempen ekskavasi di kawasan pengebumian orang Inca yang lokasinya di utara Peru, mereka menemui kubur yang dikelilingi oleh artifak yang diperbuat dengan emas.
Kubur itu milik lelaki pertengahan umur di mana tubuhnya meniarap dan tengkoraknya terpisah dari rangka. Di hahagian wajah tengkorak ditutup oleh topeng emas yang mempunyai anting-anting besar dan pasangan mata yang terbeliak.
Yang anehnya terhadap tengkorak dan topeng emas ini ialah kedua-duanya dicalit dengan pigmen merah. Setelah diteliti, pigmen merah itu ialah pigemn dari batu minerl bernama cinnabar. Namun ketua penyelidikan dari University of Oxford bernama Elisabete Pires cuba memahami mengapa tengkorak dan topeng itu dicalit bersama.
Namun kajian seterusnya membawa saintis kepada kejutan yang tidak disangka. Pigmen merah itu sebenarnya darah manusia. Adakah lelaki ini sebenarnya dibvnuh atau dijadikan sebagai korban ketika beliau hidup?
Sebelum tamadun Inca wujud, kaum asal budaya Lambayeque atau dipanggil dengan nama orang Sicán pernah menetap di utara Peru pada abad ke-8 dan ke-14 Masihi. Orang asal ini mahir dalam pertukangan emas.
Topeng emas yang berusia 1,000 tahun ini ditemui di bahagian bawah kuil East Tomb of the Huaca Loro. Rangka si pemakai tersebut pula kira-kira berusia 40-50 tahun sebelum dikebumikan dengan barang kemas emas, perak, dan gangsa. Kubur yang ditemui pada 1990-an menjadi pusat dalam pengkajian sejarah orang Sicán ini.
Kajian lanjut oleh kumpulan Pires juga menemui protein albumin iaitu protein yang terdapat dalam telur putih. Telur putih itu ke kemungkinan telur itik Muscovy yang digunakan sebagai ‘gam’ melekatkan wajah dengan topeng emas itu, selain sebagai sumber makanan. Terdapat juga protein dalam darah manusia seperti antibodi immunoglobulin G. Mungkin juga darah Ini bukan milik darah si pemakai, ia adalah darah untuk mencalit muka si pemakai yang mewakili daya kehidupan
Mengikut cerita penduduk koloni terawal Peru, si pemakai yang dicalit dengan darah manusia berkemungkinan ialah individu yang penting seperti kerabat diraja. Namun pengkaji tidak dapat menganalisis siapakah pemakai itu kerana sampel darah telah dicemar dengan darah bukan milik si pemakai.
Lemak juga kekurangan dalam darah tersebut kerana biasanya lemak berupa lipid hadir dalam darah manusia. Berkemungkinan juga lipid mendapat reaksi dari protein albumin yang menjadikan ia tidak dapat dikesan oleh saintis.
Walau bagaimanapun, kumpulan penyelidik Pires mengandaikan apa yang berlaku pada si pemakai walaupun bukti kajian masih sedikit lagi. Dengan keadaan tubuh yang meniarap dan dikebumikan bersama rangka milik dua orang wanita remaja dengan keadaan bersalin menunjukkan bahawa orang
Sicán pada ketika itu mengadakan ritual korban membangkitkan semula ketua mereka yang telah meninggal dunia.
Kajian ke atas rangka dan topeng emas masih dijalankan demi memahami lebih lanjut akan budaya orang Sicán di utara Peru.
RUJUKAN:
Koumoundouros, Tessa. 28 October 2021. Ancient Golden Mask From 1,000 Years Ago Hides a Gruesome, Bloody Secret. Science Alert.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih