Pada bulan Februari 2020, fosil moyang buaya ‘bonecrushing’ yang pernah memburu dinosaur pada 230 juta tahun dulu ditemui di Brazil.

Dikenali sebagai Dynamosuchus collisemsis, fosil haiwan reptilia ini ditemui di kawasan pusat panas fosil dinosaur di Agudo, selatan Brazil. Yang menariknya, moyang buaya ini bernam hidup sezaman dengan raja dinosaur bernama T. Rex. Penemuan ini kemudian diterbitkan dalam jurnal saintifik bernama Acta Paleontologica Polonica.

Ketua kajian bernama Rodrigo Müller menyatakan kepada berita British SWNS, ini adalah sejenis reptilia penghancur tulang yang pernah wujud di zaman dinosaur.

Seperti buaya moden, buaya D. collisemsis adalah haiwan berkaki empat, namun ia menggunakan pasangan kaki belakang untuk berlari seperti Tyrannosaurus rex, raja dinosaur ketika zamannya. Panjang buaya ini adalah 7 kaki dan mempunyai muncung yang Panjang, rahang besar dengan giginya berbentuk pedang, dan cakarnya yang mampu merobek mangsanya.

Cebisan tengkorak D. collisemsis yang ditemui di Brazil menunjukkan ia mempunyai persamaan dengan tengkorak T. Rex.

Tengkorak D. collisemsis mempunyai persamaan dengan tengkorak T. rex. Tengkorak dinosaur karnivor mempunyai tengkorak yang amat keras bagi membendung tengkorak goyah apabila daya gigitan yang kuat digunakan. Menurut ahli paleontologi (pengkaji dinosaur), D. collisemsis berkemungkinan adalah scavenger atau pemakan bangkai dan memburu mangsa kecil yang mudah diburu kerana rahangnya yang tidak laju mengunyah daging, walaupun tahu memburu.

Müller juga berkata, moyang buaya ini berkemungkinan menangkap haiwan yang merangkak perlahan atau mencari bangkai. Tambahan lagi, fosil buaya ini adalah yang keempat ditemui selepas penemuan di Scotland pada abad ke-19 Masihi dan 50 tahun kemudian, fosil yang sama ditemui di Argentina.

Gambaran D. collisemsis mengikut penemuan fosil.

Kajian masih diteruskan terhadap moyang buaya ini. Walau bagaimanapun, inilah satu-satunya haiwan reptilia yang pernah menjadikan dinosaur sebagai diet pemakanan, yang hidup sezaman dengan T. Rex.

Artikel ini diterjemah dan diolah dari artikel: Dynamosuchus collisensis: ‘Bonecrushing’ Crocodile that Hunted Dinosaurs 230MYA Discovered in Brazil. https://paleontologyworld.com/exploring-prehistoric-life-paleontologists/dynamosuchus-collisensis-bonecrushing-crocodile-hunted

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.