Baru-baru ini, para ahli arkeologi dari Turki telah menemui kota bawah tanah yang begitu besar, sehingga mereka andaikan bahawa kota yang tersembunyi ini adalah kota paling besar di dunia. Walaupun mereka cuma menggali 3% dari keseluruhan kota yang masih tidak ditemui, mereka dedahkan beigtu banyak bilik, terowong, laluan tersembunyi, dan pelbagai artifak untuk kegunaan harian.

Kota bawah tanah terletak di Jalan Midyat, Mardin. Kota Mardin mempunyai kekayaan budaya dan sejarah sehingga dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia atau UNESCO (United Nation Educational, Scientific and Cultural Organization). Kota bawah tanah yang ahli arkeologi temui ini diberi nama ‘Matiate’ yang bermaksud kota gua.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Pada awal penemuan, kota ini ditemui secara tidak sengaja oleh staf kebersihan semasa membersihkan lorong dan kediaman bersejarah di Midyat. Mereka menemui laluan ke gua kemudian menembusi ke kota bawah tanah ini. Lokasi tersebut kemudian diambil oleh pihak akademik untuk menjalankan aktiviti ekskavasi.

Sepanjang penerokaan, mereka menemui 49 buah bilik, termasuklah tempat sembahan, pancuran air, gudang, beberapa koridor dan terowong. Walaupun banyak bilik mereka temui, namun penerokaan ini hanyalah 3% dari keseluruhan kota Matiate ini. Berikut ialah video penemuan Kota Matiate:

Menurut ketua ekskavasi dan juga pengarah muzium Mardin bernama Gani Tarkan, kota Matiate tidak pernah diusik selama 1,900 tahun. Asal pembinaan kota ini ialah sebagai lokasi persembunyian dan pelarian dari ancaman musuh. Pada abad ke-2 Masihi, sesiapa yang menganut ajaran Kristian adalah ancaman kepada empayar Rom.

Maka, para penganut Kristian membina kota Matiate sebagai tempat perlindungan dari buruan tentera Rom. Kota ini menampung seramai 60,000 hingga 70,000 ribu orang. Tidak hairan kota Matiate dianggap sebagai kota bawah tanah terbesar.

Staf ekskavasi membersihkan dinding kota Matiate.

Kota Midyat juga tidak kurang juga hebat dari segi sejarahnya. Kota ini berdiri di atas dataran batu kapur dan mempunyai 80 buah pekan bersama 100 buah gereja dan 70 buah kuil. Midyat telah dibina sejak fasa Assyria dan telah diperintah oleh beberapa kerajaan seperti Mitannian, Aramean, Armenia, Medes, Parsi, Yunani, Rom, Byzantine, Abbasiyyah, Seljuk dan terakhir sekali ialah Turki Uthmaniyyah.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Sebenarnya pengkaji Turki telah banyak menemui jaringan gua bawah tanah, namun petemuan mereka kali ini menjadi kejutan kerana tidak pernah mereka menemui kota bawah tanah yang begitu besar. Mungkin mereka menemui lebih banyak bilik lagi jika meneruskan penggalian kota ini.

Contoh kota bawah tanah sebelum Matiate ialah kota Derinkuyu di Cappadocia, Turki. Kota ini mempunyai 8 tingkat sehingga sedalam 80 meter. Kota Derinkuyu lengkap dengan paip pengudaraan, perigi, simpanan air, pangsapuri, dan makam. Pintu kediaman dalam kota tersebut ialah pintu bilik yang diperbuat dari batu seberat 450 kilogram. Kota ini juga mempunyai 600 laluan untuk keluar dari kota namun kebanyakannya tersembunyi.

Lorong ke kota Derinkuyu, kota bawah tanah sebelum penemuan kota Matiate.

Gani Turkan percaya bahawa penemuan kota Mediate bakal menggegarkan dunia jika aktiviti ekskavasi selesai dalam tempoh yang panjang. Mungkin kota bawah tanah ini akan dinobatkan sebagai kota paling besar dalam sejarah penubuhan.

RUJUKAN:

Gillan, J. 21 April 2022. Enormous Underground City Discovered in Turkey. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply