Aktiviti manusia sentiasa meninggalkan kesan untuk dikaji generasi terkemudian. Kesan sebegini kadangkala berpanjangan. Ada yang setahun dua. Ada juga yang sealaf dua.

Tertakluk kepada kaedah penjagaan. Penemuan bahan arkeologi memang penting untuk dihayati. Bayangkan seketul batu boleh bercerita habis pasal cara hidup manusia terdahulu… apatah lagi kalau sepasang kayu ski seperti yang ditemui di Gunung Digervarden pada tahun 2014 dan 2021.

Pertama sekali, kena faham dulu maksud “sepasang kayu ski”. Kalau zaman sekarang, kedua-dua kayu mesti sama macam kembar yang melengkapi satu sama lain. Sama pun atas faktor pengeluaran kilang yang membuat sebelah kanan dan kiri ikut kesesuaian kaki.

Tetapi zaman dulu, kayu ski dibuat tangan barangkali seseorang yang tidak begitu mahir pun. Sekadar cukup untuk luncur saja. Itulah sebab kenapa kayu ski Digervarden besar sebelah (Gershon, 2021).

Kayu ski Digervarden.

Penemuan ini membuktikan yang gaya hidup Norway tidak pernah berubah walaupun selepas 1,300 tahun. Ia juga membuktikan bahawa aktiviti ski bukanlah baru; sebaliknya sudah lama menjadi amalan orang ramai. Bukan setakat gaya hidup sahaja. Kayu ski Digervarden juga menunjukkan bahawa orang zaman dulu sudah pandai buat dan baiki kayu ski.

Kedua-dua kayu ski – sekurang-kurangnya 187 sentimeter panjang dan 17.8 sentimeter lebar – siap lengkap dengan bahagian untuk letak tumit. Bahagian kaki kemudian akan diikat dengan tali diperbuat daripada kulit.

Naratif Arkeologi Moden

Kayu ski Digervarden barangkali mempunyai kisah bersisi gelap. Saintis sedang bergelut dengan persoalan: macam mana sepasang kayu ski boleh ada di kawasan pergunungan yang tidak berpenghuni? Logiknya, kawasan ini mesti jauh lebih sejuk dulu.

Zaman sekarang berlaku benda-benda mengejut seperti pencairan ais yang berpunca daripada perubahan iklim. Malah kalau bukan kerana pencairan ais, mungkin kayu ski Digervarden takkan ditemui pun.

Semua bermula pada tahun 2014, apabila sekumpulan pengkaji menemui sebatang kayu ski (Finstad, et al., 2018). Sejak hari itu, mereka gigih mencari pasangannya. Minggu demi minggu, semangat mereka tidak luntur.

Contoh galian di tempat salji.

Dan tujuh tahun kemudian, keringat mereka beku dengan hasil lumayan… kerana mereka jumpa sepasang kayu ski purba paling terpelihara secara alami (Pilø, 2018). Rezeki datang bergolek selepas timbunan ais semakin cair berbanding tahun 2014. Imbasan satelit mendedahkan sesuatu yang mencurigakan. Jadi dua pengkaji naik semula pada 20 September dan mula menggali.

Keadaan kayu kedua rupanya lebih baik, mungkin kerana tertanam dalam timbunan ais. Kerja penggalian terhalang atas faktor salji.

Hipotesis Saintis

Sepasang kayu ski membawa cerita yang bernaratif kecil. Mungkin seorang penjelajah. Mungkin seorang pengembara yang minat daki gunung. Tetapi penemuan artifak dan monumen di sekitar kawasan Divergarden bercerita pasal pembμrμan rusa.

Jadi saintis berpendapat pemilik kayu ski ini sedang mencari rusa. Mungkin terjatuh daripada tempat tinggi. Mungkin terlalu sejuk hingga pergi buat selamanya dan menjadi santapan serigala. Yang pasti, ada sesuatu terjadi… kerana kayu ski kanan dan kiri terpisah 4.6 meter antara satu sama lain.

Dua batang kayu yang menjadi saksi orang dulu.

Walaupun usianya 1,300 tahun, kayu ski ini bukan yang tertua di dunia. Saintis menemui sebatang kayu ski daripada 6,000 tahun lalu di Rusia. Malah, China juga dipercayai mengamalkan aktiviti ski sejak 8,000 tahun lalu. Semua membuktikan bahawa kayu ski hanyalah kasut untuk meluncur salji.

RUJUKAN:

Finstad, E., et al. (2018). Prehistoric and Medieval Skis from Glaciers and Ice Patches in Norway. Journal of Glacial Archaeology. 3 (1): 43-58.

Gershon, L. (2021, Oktober 6). Archaeologists extract 1,300-year-old wooden ski from Norwegian ice. The Smithsonian Magazine.

Pilø, L. (2018, Oktober 4). The skis that came in from the cold. Secrets of the Ice.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply