Pompeii tidak pernah menghampakan pengkaji arkeologi yang membuat kajian di situ. Ada saja penemuan baru yang menambah lebih banyak maklumat tentang kehidupan orang Rom ketika itu termasuk di Pompeii. Terbaru, mereka menemui sebuah bilik ha.m.ba yang masih sempurna di sebuah tapak vila di Civita Giuliana, 700 meter di barat laut kota lama Rom itu.
Penemuan ini dibuat lebih setahun selepas pasukan arkeologi menemui dua mangsa le.tu.san Gunung Vesuvius pada 79 Masihi di vila sama. Mereka percaya dua ma.ya.t yang ditemui bersama berkemungkinan tuan dan ha.m.ba yang pernah menghuni vila tersebut.
Bilik ini bukan saja berperanan sebagai tempat tinggal ha.m.ba tetapi turut berperanan sebagai stor simpanan. Ia hanya mempunyai sebuah tingkap tinggi dan bebas daripada sebarang perhiasan dinding. Sementara katil-katil yang ditemui boleh diselaraskan dengan dua buah katil berukuran 1.7 meter dengan sebuah lagi katil berukuran 1.4 meter. Ini menunjukkan pasangan suami isteri berstatus ha.m.ba bersama anak mereka pernah tinggal di situ.
Beberapa barang peribadi milik ha.m.ba turut dijumpai dalam bilik berkenaan. Antara artifak yang ditemui ialah amfora besar untuk tujuan penyimpanan dan jag-jag buatan seramik. Sementara ketiga-tiga katil yang ditemui diperbuat daripada papan kayu dan tali.
Selain itu, mereka turut menemui barang-barang yang ada kaitan dengan kereta kuda seperti barangan perak dan tekstil – berkemungkinan abah-abah yang dipasang pada kuda. Pasukan pengkaji turut menemui elemen pemanduan kayu untuk sebuah kereta kuda.
Bagi pengarah taman arkeologi Pompeii, Gabriel Zuchtriegel, penemuan sebegini merupakan sesuatu yang luar biasa. Ini kerana ia memberi peluang kepada pengkaji arkeologi untuk melihat tetingkap masa realiti individu-individu yang hidup sebagai ha.m.ba pada ketika itu.
Sementara Menteri Kebudayaan Itali Dario Franceschini berpandangan penemuan ini menambah lagi maklumat komuniti arkeologi tentang Pompeii. Ini termasuk mengetahui kehidupan seharian penduduk Pompeii yang berstatus ha.m.ba di mana masih sedikit maklumat diketahui tentang mereka.
Kalau anda berminat dengan kandungan dan artikel berkaitan dengan Tamadun Rom, kami nak cadangkan buku terbaru kami, Kitab Tamadun Rom sebagai bahan bacaan di webstore kami: https://bit.ly/pratempahktmktr
RUJUKAN
Giuffrida, A. (2021, 6 November). Discovery of Pompeii DITAPIS room sheds rare light on real Roman life. The Guardian.
Associated Press. (2021, 6 November). Pompeii dig yields rare window on daily life of DITAPIS.
Sumber gambar: Getty Images.




No comments yet