Bandar Eilat terletak di bahagian paling selatan Isr-el yang ada banyak artifak sejarah. Ia merupakan salah satu daripada beberapa bandar yang mempunyai akses terus ke laut. Jadi walaupun cuaca panas dan populasi kecil, aktiviti ekonominya tidak pernah putus. Jarang sekali saintis jumpa bandar bercuaca terlalu panas tetapi masih menjadi penempatan sejauh 6000 S.M. Tengok zaman moden boleh nampak nilai geografinya. Kalau bukan kerana sempadan berpagar, penduduk Eilat boleh berjalan kaki terus ke bandar Aqaba yang terletak dalam negara Jordan.

Bercakap pasal Isr-el dan 6000 S.M., memang mustahil kalau tidak terbayang Bani Israil terdahulu. Tiada siapa tahu dengan tepat pasal jarak tahun antara kerasulan Musa (as) dan kerajaan Sulaiman (as). Tetapi 6000 S.M. adalah tempoh sangat berpotensi. Ada satu perkara tentang Bani Israil yang boleh dijadikan penunjuk.

Akidah Dwi-Tauhid Di Bumi Bani Israil

Bani Israil adalah sebuah bulatan komuniti yang berpuak. Setiap satu puak adalah dahan daripada pohon iaitu Nabi Ya’akub (as). Dan setiap satu puak diberikan tanah sendiri yang berada dibawah seorang raja berdaulat.

Pecahan Bani Israil.

Pada zaman kemuncak, raja ini adalah David dan Shlomo (Daud dan Sulaiman). Perpecahan bermula selepas zaman Sulaiman (as) oleh kerana persengketaan antara Rehoboam dan Jeroboam. Akhirnya Bani Israil dimusnahkan empayar-empayar asing.

Pertelingkahan ini menjadi punca kemusnahan Bani Israil. Tanpa semangat penyatuan, Bani Israil menjadi lemah. Malah seorang pengkaji Yahudi bernama Raphael Patai mengenal pasti yang penyatuan bukan segala-galanya. Patai mendapati Bani Israil sudah tidak lagi mengamalkan ajaran tauhid seperti diajar nabi-nabi mereka. Ada satu masa mereka menyembah Yahweh seperti biasa – tetapi kemudian, mereka menyembah Yahweh dan Asherah (Viegas, 2011).

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Malah dalam akidah mereka, Yahweh (iaitu Allah) berkahwin dengan Dewi Asherah. Dan kedua-dua figura ini disembah sebagai tuhan di dalam kuil Israil. Dapatan ini disahkan melalui arkeologi, apabila saintis terjumpa batu bersurat yang meriwayatkan: “Yahweh dari Samaria bersama Asherah-Nya” dan “Yahweh dari Teman bersama Asherah-Nya” (Hasson, 2018).

Berhala Asherah.

Penyembahan Asherah digambarkan sangat menyeluruh dalam kalangan Bani Israil. Kitab Jeremiah 44:19 bercerita tentang perkara ini: “kami membakar setanggi demi Ratu Syurga dan sediakan minuman kepada-Nya, apakah suami-suami kami tidak tahu yang kami menyediakan kek pada gambaran-Nya?” Ayat ini menggambarkan yang para ibu dalam Bani Israil ada hubungan akidah pada Asherah.

Bukti Di Eilat

Faktor geografi bukan satu-satunya anugerah Eilat. Bandar ini juga mempunyai khazanah arkeologi yang banyak. Usaha penggalian sudah lama berjalan. Dan baru-baru ini, saintis menemui suatu ukiran kayu yang dipercayai berhala Asherah (Rich, 2022). Sekelip mata fokus penggalian mereka berubah kerana kemungkinan besar tempat penggalian itu adalah kuil lama.

Jika tengok pada gambar, memang tidak nampak apa-apa bentuk. Tetapi saintis yang tahu ciri-ciri Bani Israil menemui rekabentuk menggambarkan “kesuburan”, “keibuan” dan “kewanitaan”. Tiga ciri ini membawa satu imej yang tunggal: Asherah. Tiada ada dewi selain Asherah yang membawa perwatakan sebegini lengkap. Dan buat masa ini, saintis masih tertanya-tanya jika ukiran ini adalah daripada Bani Israil.

Nampak macam batu biasa. Tetapi pakar sejarah tahu perbezaannya.

Mereka mendapati berhala tersebut berusia 7,500 tahun, berpadanan dengan zaman Bani Israil kerana 6000 S.M. adalah 8,000 tahun yang lalu. Bukan senang untuk sahkan berhala ini sebagai artifak Bani Israil. Kerana Dewi Asherah disembah kaum-kaum tempatan di situ sebelum zaman kerasulan Musa (as) lagi. Selagi garisan masa Bani Israil tidak dapat disahkan, selagi itulah persoalan akan timbul.

RUJUKAN:

Hasson, N. (2018, April 4). A Strange Drawing Found in Sinai Could Undermine Our Entire Idea of Judaism. Haaretz.

Rich, V. (2022, Mei 16). 7,500-year-old burial in Eilat contains earliest Asherah. Haaretz.

Viegas, J. (2011, Mac 18). God’s Wife Edited Out Of the Bible – Almost. NBC News.

 

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply