Dari dulu lagi Elon Musk kata nak “menjajah” (colonize) planet Marikh. Cita-cita yang menakutkan (golongan “futurist” pula rasa excited) ini semakin menjadi kenyataan dengan pelancaran roket Falcon Heavy.

Apa yang mendorong Elon Musk untuk menjajah planet angkasa lepas? Walaupun secara zahir Elon mengatakan ia sebagai solusi kepada masalah bumi seperti perubahan iklim dan “overpopulation”, namun sebenarnya cita-cita Elon merupakan pancaran semangat “frontier spirit” dan kepercayaan “manifest destiny” orang Amerika Syarikat.

Orang putih di Amerika Syarikat asalnya merupakan “settler” (pendatang) atau “colonist” (penjajah) yang datang daripada Eropah. Orang England mendirikan “colony” (jajahan) pertama pada tahun 1607, diikuti oleh Belanda pada tahun 1615. Istilah “penjajahan” (colonization) merujuk secara khusus kepada pendirian penempatan tetap oleh pendatang.

Mula-mula negara colonist yang bernama Amerika Syarikat hanya terdiri daripada 13 negeri di timur laut. Namun lama-kelamaan mereka berkembang ke arah barat dan akhirnya menggantikan orang asal Amerika (“Red Indians”) sebagai “tuan tanah” Amerika Utara. Kehendak untuk berkembang ini sebenarnya datang daripada kepercayaan “manifest destiny”.

“Manifest destiny” merupakan kepercayaan orang putih Amerika Syarikat (terutamanya golongan Inggeris yang menganut Protestan). Golongan Inggeris ini asalnya penganut Puritan yang melarikan diri daripada England yang mereka anggap sudah rosak dari segi agama, jadi mereka mahu mendirikan negeri yang mampu membawa kebenaran agama di Amerika Utara. Selepas sekularisasi pada abad ke-18, idea “Amerika sebagai pembawa agama benar” bertukar menjadi “Amerika sebagai pembawa kebebasan dan demokrasi”.

Maka Amerika mula menjajah dan meneroka sempadan (“frontier”) Amerika ke arah barat sehingga ke Lautan Pasifik. “Cowboy” yang kita tengok dalam filem Amerika sebenarnya merupakan peneroka sempadan. Mereka merupakan lambang “frontier spirit” yang berkait rapat dengan “manifest destiny”.

Kajian juga mengatakan imperialisme Amerika selepas Perang Dunia Kedua sebagai pancaran semangat yang sama. Semangat yang sama turut mendorong projek penerokaan angkasa lepas yang dilancarkan oleh Presiden Kennedy yang berjaya menghantar manusia ke bulan.

Cuba teka apa nama program yang dilancarkan oleh Kennedy? NEW FRONTIER. Perkataan ini mula timbul kembali selepas pelancaran Falcon Heavy yang dilihat oleh ramai sebagai pembukaan “frontier” yang baru.

Jadi tak hairanlah dari mana Elon mewarisi kehendak untuk membuka “new frontier” di Marikh. Walaupun beliau hanya menjadi rakyat Amerika secara naturalisasi, namun dalam darah Elon turut terdapat dua jalur keturunan settler/colonist iaitu Afrika Selatan (sebelah bapa) dan Canada (sebelah ibu). Memang kukuh jati dirinya sebagai “colonist”.

Selain Amerika, negara yang turut mendominasi angkasa lepas ialah Rusia yang melancarkan satelit Sputnik pada tahun 1957. Kalau penerokaan angkasa lepas oleh Amerika dipengaruhi oleh “manifest destiny”, apa yang mempengaruhi Rusia?

Jawapannya: Kosmosa atau “Cosmism” dalam budaya Rusia.

Dalam kepercayaan mistik Gereja Kristian Ortodoks Rusia, bumi merupakan tempat yang penuh dengan kejahatan dan ketidaksucian. Jadi manusia perlu melepaskan diri daripada bumi untuk mencapai penyatuan dengan Maha Suci (“union with the divine”). Macam Wahdatul Wujud kot. Ini menyebabkan dari zaman pertengahan lagi orang Rusia sudah berfikir macam mana nak terbang ke angkasa lepas. Maka tidak hairanlah “bapa sains roket” merupakan orang Rusia bernama Konstantin Tsiolkovksy (1857-1935). Dan seperti yang saya cerita dalam artikel semalam, reaksi sebahagian orang Rusia terhadap pelancaran Sputnik adalah “akhirnya kita boleh melepaskan diri daripada bumi”.

Jadi, semangat untuk meneroka, menjajah dan menguasai dunia hingga ke tahap angkasa lepas mempunyai asal muasal dalam budaya dan pegangan masyarakat. Walaupun saya tak menggalakkan bangsa kita pergi mengejar formula penerokaan dan penjajahan yang sama (bagi saya ia adalah satu “hubris” yang menganggap diri mempunyai kuasa tuhan), tapi hakikatnya, bangsa yang hebat mestilah lahir daripada jiwa yang hebat.

Bacaan Lanjut:
Steven J. Dick & Roger D. Launius. Societal Impact of Spaceflight (NASA, 2007).
Andrew Thomas. Kul’tura Kosmosa: The Russian Popular Culture of Space Exploration (Boca Raton, 2011).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.