Pendidikan Seks ada dalam Islam,dan ia berbeza dengan Pendidikan Seks acuan Barat,bahkan ia tidak dijenamakan dengan pendidikan seks.

Pendidikan seks acuan Barat hanya sekadar bersifat menekankan kaedah hubungan ‘seks selamat’,iaitu sekadar mencegah kehamilan serta penyakit bawaan seks(STDs) sahaja,tanpa melahirkan elemen tanggungjawab serta rasa malu dan amanah terhadap diri sendiri atau pasangan.

Berbeza dengan pendidikan seksual dalam Islam,ia bermula sejak awal perkembangan kanak-kanak memasuki alam dewasa lagi dengan memberi penekanan terhadap nilai kehormatan individu yang mesti dijaga.

Dalam Islam,seorang kanak-kanak dianggap telah masuk ke alam dewasa sebaik sahaja mengalami perubahan fizikal dan perkembangan seksual yang dikenal sebagai ‘Akil Baligh’.

Bagi kanak-kanak lelaki,proses Akil Baligh bermula selepas seseorang mengalami mimpi basah,atau sehingga usianya genap 15 tahun menurut perkiraan taqwim Qamari*.

Bagi kanak-kanak perempuan,proses tersebut bermula selepas ia didatangi haid pada usia sekurang-kurangnya 9 tahun genap menurut perkiraan taqwim Qamari,atau sekiranya tidak mengalami haid,ia dikira akil baligh selepas genap umurnya 15 tahun,menurut perkiraan taqwim Qamari*.

Maka Islam telah meletakkan langkah pencegahan awal sebelum fasa akil baligh lagi,dengan memerintahkan agar anak-anak yang berusia 10 tahun diasingkan tempat tidurnya mengikut jantina,supaya tidak timbul kecenderungan seksual.Ini sepertimana yang diriwayatkan dalam hadith;

عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.

Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka. (Riwayat Abu Dawud)

Ini secara tidak langsung bertindak sebagai langkah pencegahan awal bagi mengelak berlakunya rangsangan seksual di usia yang muda.

Selain daripada pemisahan tempat tidur,umat Islam juga,baik lelaki atau perempuan,juga disuruh agar menjaga pandangan,bagi mengelakkan berlaku ransangan secara visual.

Kemudian sebagai langkah akhir,ialah fasa hukuman terhadap pesalah seksual,baik kesalahan zina,rogol serta jenayah-jenayah seksual lainnya,dengan tujuan mendidik manusia bahawa hubungan seks bukanlah sekadar untuk melampiaskan nafsu tanpa mengira keharmonian manusia lain.

Inilah yang sewajarnya difahami oleh sebahagian aktivis pada hari ini sebelum sibuk turun dan mengelirukan remaja Islam dengan kempen ‘pendidikan seks’ yang hanya akan berakhir dengan pemberian kondom percuma yang seolah-olah menggalakkan hubungan seks bebas, asalkan ‘selamat’ tanpa memberi penekanan bahawa hal tersebut adalah suatu kesalahan.

Bantulah remaja kita keluar dari gejala seks rambang menurut acuan Islam dan kesusilaan Timur,bukan dengan mempromosikan kepada mereka kaedah seks ‘selamat’!

*Definisi akil baligh ini adalah menurut Madzhab Syafii’iy dan ada sedikit perbezaan mengenai had umur pada madzhab lain.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Orang Pekan atau nama sebenarnya Mohammad Faeez Harith bin Khairil Anuar merupakan seorang pendakwah bebas yang memegang Tauliah Jabatan Agama Islam Selangor. Beliau juga merupakan jurulatih kecergasan sepenuh masa di Clark Hatch Fitness, One World Hotel, Bandar Utama Petaling Jaya. Follow Twitter beliau di: https://twitter.com/H_Bakkaniy

Leave A Reply