Kasut but braces berambut pendek 

Apa yang dikatakan kami tak peduli

Wujudnya kami untuk kekal abadi 

Siapa berani padah yang menanti

Skinhead merupakan satu subculture terkenal yang berasal daripada England. Bermula dari situ subculture ini menjangkiti seluruh dunia dan Malaysia juga tidak terkecuali. Apa yang paling menarik sekali adalah lagu-lagu daripada subculture skinhead banyak memperjuangkan kelas pekerja dan memaki hamun kapitalis. 

Persoalannya macam subculture skinhead ni boleh wujud dan betul ke mereka memperjuang nasib pekerja?

Kita kembali semula kepada era pasca perang dunia kedua. Ketika itu Kuasa Bersekutu dan Britain adalah pemenang dalam perang dunia kedua menewaskan pakatan paksi. Kemenangan tersebut hanya membawa untuk seketika sahaja. Sebab Britain perlu menanggung kerugian yang sangat tinggi angkara perang.

Kasut but Skinhead

Ye lah banyak infrastruktur telah rosak termasuk stadium syaitan merah. Nak bina kembali bandar kepada asal memang kena banyak pakai duit. Nak tak nak, Britain kena bertahan dengan apa yang ada sebelum ekonomi mereka kembali stabil. Bagi memastikan wang kerajaan cukup untuk, British telah laksanakan dasar penjimatan.

Apa yang British buat adalah melaksanakan catuan terhadap semua benda. Bayangkan je lah makanan asas macam gula, daging, ayam dan telur pun kena catu. Kalau setakat makanan macam coklat ataupun sirap kena catu kira okay lagi sebab masih boleh hidup. Ini tidak, dengan sabun pun kena catu. Habis kempunan lah orang Britain. 

Masalah ini telah membawa kepada bibit-bibit awal kebangkitan kelas pekerja. Sebab mereka menjadi golongan paling terkesan di Britain apabila berlaku masa kemelesetan ekonomi. Walau bagaimanapun menjelang awal 1950an, ekonomi Britain memulih dan terus boom. Semua ini bermula daripada tindakan Britain yang menggalakkan produk tempatan di eksport keluar negara. Secara tak langsung banyak duit masuk ke dalam Britain.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Pada dekad itu, rakyat Britain menikmati sesuatu yang tidak pernah terjangkau di benak fikiran mereka. Kenaikan gaji dan mengurangkan masa kerja membuatkan ekonomi terus berkembang kerana rakyat menjadi sangat gila untuk berbelanja. Ditambah lagi Britain juga mengurangkan cukai pendapatan. Bab kurang dan tak bayar cukai ni memang rakyat suka.

Disebabkan ini semua, rakyat Britain tidak pernah berasa bimbang untuk tukar pekerjaan. Malah pihak majikan pun kalau boleh mahu berikan tawaran yang tinggi bagi mendapatkan pekerjaan terbaik. 

Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya gerimis mengundang. Kemakmuran yang dinikmati oleh Britain tampak seperti mahu tamat pada penghujung era 1960 an. Kenaikan kadar inflasi pada tahap sangat tinggi telah melanda Britain. Secara tak langsung harga semua benda dekat Britain meningkat. Deme semua cuba selesaikan masalah ini dengan menaikan gaji.

Mula-mula seronoklah sebab tangga gaji yang bersesuaian akan memboleh rakyat Britain meningkatkan kuasa beli. Sayangnya itu semua tak berlaku sebab harga baru turut meningkat. Cadangan menaikkan gaji ketika ekonomi tidak berkembang memang sangat mengarut.

Situasi itu membuatkan buruh arang batu mogok dan tak mahu bekerja. Sia-sia je kerja punya penat tapi dapat gaji kecik. Nak beli chicken grill tepi jalan pun tak lepas. Terpaksalah Britain mengamalkan kembali dasar penjimatan. Britain telah menyeru syarikat stesen televisyen menamatkan siaran lebih awal dan rakyat perlu berjimat.

Bermula dari sini budaya skinhead bangkit setelah anak muda dari kelas pekerja merasakan Britain bertindak tidak adil dengan mereka. Katanya Britain lebih mementingkan orang kaya berbanding rakyat miskin yang kebanyakan merupakan kelas pekerja. Tapi Britain bukan tidak langsung membantu tapi macam pelik sikit.

Jumpa kami nanti di KLAB2023! Simpan tarikh 23-26 FEBRUARI ya. Jemput ramaikan reruai kami.

Sebab wujud jurang yang sangat besar antara elit, pertengahan dan kelas pekerja. Nak senang faham macam T20, M40 dan B40 sangat berbeza dekat Britain. Kebanyakan golongan elit dan pertengahan ni tinggal dekat bandar. Manakala kelas pekerja tinggal PPR yang disediakan oleh Britain. Memang wujud rasa keterasingan diantara ketiga-tiga golongan sebab kurang bergaul.

Ditambah lagi kelas pekerja anggap elit dan pertengahan banyak rampas hak mereka. Apa yang kelas pekerja boleh buat hanyalah bergembira dengan buat muzik secara diy. Maka budaya serta muzik skinhead mula bangkit untuk menzahirkan rasa ketidakpuashatian rakyat kepada pemerintah. 

Selepas 10 tahun skinhead bermula di England, budaya ini mula menjangkiti seluruh dunia untuk memperjuangkan kelas pekerja. 

RUJUKAN

Anglis, J. (2021, Oktober 4). How skinheads transformed from an inclusive youth mvement into a racist hate group. All That Is Interesting. Dipetik daripada https://allthatsinteresting.com/skinheads-history

Eduqas. (n.d). Austerity, affluence and discontent, 1951-1979: Part 2. Dipetik daripada http://resource.download.wjec.co.uk.s3.amazonaws.com/vtc/2016-17/16-17_2-43/part2-never-had-it-so-good.pdf

Eduqas. (n.d). Austerity, affluence and discontent, 1951-1979: Part 5. Dipetik daripada https://resource.download.wjec.co.uk/vtc/2016-17/16-17_2-43/part5-changing-attitudes.pdf

Howard, H. (2022, November 18). Have we really never had it so BAD? 2022 is the year of soaring inflation, bills through the roof and rising interest rates but past decades saw the three-day week, inflation at 25% and four million out of work. Mail Online. https://www.dailymail.co.uk/news/article-11443067/How-Britain-struggled-post-war-austerity-1970s-three-day-week-early-80s-unemployment.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply