Apabila bercerita pasal zaman berakhirnya dominasi ilmu sains oleh orang Islam, kita takkan terlepas daripada bercerita tentang serangan Mongol terhadap Baghdad oleh Hulagu Khan. Dikatakan semasa kota Baghdad ditakluk Mongol, beratus ribu orang mati dibunuh tentera Mongol dan buku buku semuanya dihumban ke sungai Tigris sampai jadi hitam airnya dek dakwat.
Kejatuhan kota Baghdad adalah sebahagian daripada lipatan ekspedisi tentera Hulagu Khan dalam membesarkan wilayah Ilkhanat. Hulagu mulakan hal ini dengan memburu dan memusnahkan Hashashin, sekumpulan pembunuh upahan Syiah di Parsi dan seterusnya berarak ke Baghdad.
Khalifah Mutasim, khalifah Abbasiyah waktu itu yakin bahawa seluruh umat Islam akan backup baginda, ya lah, ketua segala orang Islam kot. Jadi dia buat bodo je dengan ancaman Hulagu Khan ni. Tapi tu lah, terlebih yakin ni bermasalah sebenarnya. Dia jadi lagi bermasalah bila Khalifah Mutasim pergi hina rakyat dia yang mengikut fahaman Syiah. Jadi, benda ini memungkinkan pendapat bahawa wazir Khalifah belot kepada Mongol sebab wazirnya pun Syiah.
Tak lama selepas itu, habis rakyat dalam kota Baghdad dibantai setelah kota tersebut dikepung lama. Harta emas dan berlian dirampas tentera Mongol. Buku buku ilmuwan Islam habis dibuang ke sungai sampai airnya berwarna hitam dan kuda boleh melintas air sungai tersebut sebab banyak sangat buku yang dibuang.
Dikatakan sekitar 200,000 orang mati semasa penjarahan ini.Khalifah Mutasim tu pula dibunuh dengan dibalut dalam karpet dan dipijak oleh kuda kuda tentera Mongol.
Pada waktu ini, memang orang dah pandang Mongol ni serupa Yakjuj Makjuj dah. Mana mana diorang pergi mesti akan hancur. Malah, setiap kali orang lain berperang dengan Mongol, mesti kalah seolah olah tentera Mongol ni kebal.
Perkara ini berlegar legar dalam masyarakat dunia sampailah Mongol tiba di Mesir dan akhirnya dikalahkan oleh koalisi tentera Mamluk dan Berke Khan yang merupakan orang Mongol. Serangan Mongol berjaya dipatahkan mereka, namun kota Baghdad kekal menjadi puing-puing sejarah yang hancur berbanding zaman kegemilangannya. Walaupun orang Islam selepas itu masih sahaja lagi mempelajari sains, tapi mereka tak mampu lagi untuk capai zaman kegemilangan sains semasa era kemuncak Baghdad dan Abbasiyah.




No comments yet