Kerajaan Malaysia dibawah pentadbiran sekarang nampak serius mengangkat martabat bahasa Melayu. Sekalipun bermotif untuk menagih undi, usaha ini pasti positif. Akibat bebanan politik, ramai mentertawakan usaha ini. Percaya tidak – itulah perangai orang Ukraine suatu masa dahulu, sering mengetepikan sebarang usaha untuk mengangkat bahasa ibunda.

Populasi Ukraine kini mencecah 40 juta orang. Namun bukan semua dalam kalangan 40 juta ini bertutur dalam bahasa Ukraine, oleh kerana pengaruh penjajahan Rusia di bumi Ukraine. Kalau tengok secara realiti, Ukraine sudah wujud beratus-ratus tahun. Namun fitrah kenegaraan Ukraine betul-betul kukuh sejak tahun 1991. Lama mereka ditindas Rusia, sejak zaman empayar lagi apabila bahasa Ukraine diharamkan di sekolah (Peterson, 2014). Perintah larangan ini tidak diendah blok Ukraine Barat yang takkan sesekali mengharamkan bahasa ibunda.

Hari ni kami beri potongan harga besar. Setiap buku asalnya RM28 HARI INI boleh dibeli RM20 sahaja! Rebutkan peluang ni dan layari https://shopee.com.my/thepatriotsasia untuk beli.

Semasa zaman Soviet, kerajaan Vladimir Lenin dan Joseph Stalin memberi janji palsu asalnya mahu bertoleransi. Namun mereka meneruskan penindasan, yang disambung pemimpin-pemimpin susulan. Bahasa Ukraine hanya diisytihar rasmi dalam Soviet Ukraine – tetapi pelaksanaannya masuk parit hanya misai tercacak keluar. Bahasa Rusia senantiasa menjadi “bahasa komunikasi antara-etnik” di seluruh Soviet. Malah antara zaman 1933-1957 dan 1963-1989, bahasa Ukraine tiada tempat langsung, kononnya terlalu nasionalistik (Farmer, 2012).

Bercakap pasal nasionalisme, kami mempelawa kalian untuk beli buku POLITIK UNTUK PEMULA. Dalam buku ini, kami terang habis berkenaan dengan institusi dan ideologi politik. Sistem kerajaan pun diulas begitu rapi untuk memudahkan kalian faham perbezaan antara demokrasi berparlimen dan berpresiden. Link pembelian: https://bit.ly/3vK4xw5.

Berdiri Di Atas Kaki Sendiri

Bahasa pun boleh ditindas, apatah lagi warga Ukraine sendiri. Ketepikan dulu kezaliman Soviet terhadap Ukraine semasa peristiwa Holodomor, yang sampai hari ini Rusia enggan iktiraf. Ketepikan juga pengstrukturan ekonomi Soviet Ukraine yang lebih mesra bangsa Rusia.

Peristiwa Holodomor yang takkan dilupakan.

Jadi buat masa ini, semua boleh nampak asbab di sebalik perjuangan Ukraine. Mereka takkan boleh bersahabat dengan Rusia. Ini bukan isu abang-adik. Pertembungan Rusia-Ukraine sebenarnya jauh lebih kritikal berbanding Rusia-Eropah. Maka selepas mendapat kemerdekaan, negara Ukraine pantas bergerak untuk mewangsakan Ukraine dari segi bahasa dan bangsa.

Tempoh 1991 dan 2022 belum cukup dua generasi, sekali gus mustahil untuk cabut akar yang mencengkam selama berabad. Bahasa Rusia masih dominan dalam stesen televisyen. Namun realiti ini semakin berubah sejak kebelakangan ini.

Selepas Moscow Menggempur

Ramai penduduk Kyiv sebenarnya tidak fasih dalam bahasa Ukraine. Selepas Vladimir Putin memperluas skop peperangan tahun ini, mereka nekad ingin berubah. Pada dasarnya, Putin menyerang atas justifikasi 1) ingin menghalang kemasukan Ukraine dalam NATO dan 2) ingin memelihara dominasi Rusia di bumi Ukraine (Simmons, et al., 2022). Justifikasi kedua jelas tuju pada usaha gigih Ukraine ingin mengangkat martabat bahasa tempatan.

Peperangan ini mengukuhkan lagi iltizam Ukraine untuk berbahasa Ukraine. Cuba fikir sejenak – Presiden Volodymyr Zelensky sendiri membesar dengan bahasa Rusia. Demikian hari beliau berkata, peperangan ini akan mengheret semua unsur keRusiaan sekali harung. Rusia akan selamanya terikat pada tindakan Putin. Dan siapa sangka, kata beliau mencerminkan pendirian rakyat, sampai seorang profesor bahasa bernama Svitlana Lukach sanggup ajar secara percuma di sebuah kedai buku (Luxmoore, 2022). Ribuan sudah berdaftar untuk belajar.

Wirawati bahasa Ukraine.

Menurut Svitlana, “aku tak mampu berjuang di barisan hadapan. Tetapi inilah perjuangan aku demi bangsa aku.” Tanggungjawab ini sekarang sudah mengangkat bahasa Ukraine yang dulu persepsinya ditutur “orang kampung tak berpelajaran”. Apabila Rusia mengisytihar perang, ramai warga Ukraine menaikkan status: “inilah ciapan terakhir aku dalam bahasa ni”.

Bayangkan – perjuangan bahasa dijulang golongan berkepentingan, warga cerdik pandai dan rakyat marhaen. Daripada doktor sampai petani. Perjuangan mereka sebenarnya mirip dengan apa yang sedang dibuat Malaysia. Cuma bezanya, peperangan mereka masih berterusan (malas nak cakap perjuangan belum selesai).

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Rusia sebelum ini belum ada ‘dosa perang’ macam Amerika Syarikat. Sebab itu ramai nampak menyokong apa yang Rusia buat, sedangkan ribuan nyawa marhaen sudah melayang… sama seperti Afghanistan dan Iraq. Namun era Richard Nixon dan George Bush sudah lama tamat. Amerika Syarikat sudah tidak mampu berperang. Nampak gaya, kini Rusia pula sedang ambil alih.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

RUJUKAN:

Farmer, K. (2012). Ukrainian Nationalism in the Post-Stalin Era: Myth, Symbols and Ideology in Soviet Nationalities Policy. Springer. Halaman 241.

Luxmoore, M. (2022, Ogos 6). Moscow’s Invasion Pushes Ukrainians to ditch Russian, Learn Ukrainian. The Wall Street Journal.

Peterson, B. (2014, Mac 16). The long war over the Ukrainian language. Boston Globe.

Simmons, A., et al. (2022, Februari 22). Putin orders deployment of troops in breakaway regions in Ukraine. The Wall Street Journal.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply