Sejarah Islam dan Turki boleh dibahagikan kepada tiga zaman yang melibatkan cara tadbir urus empayar-empayar silam itu. Zaman pertama adalah Zaman Khalifah Madinah, Damsyik dan Baghdad atau empat khalifah besar dan penerus legasi mereka, khalifah Umayyad dan Abbasid yang memerintah seluruh dunia Islam. Pembentukan sistem khilafah pada zaman itu menjadikan struktur hierarki pentadbiran mereka sering dirujuk dan dicontohi sebagai model untuk empayar-empayar Islam selepas zaman mereka.

Zaman kedua ialah Zaman Kesultanan, ia bermula dengan kerajaan Ghaznavid. Pada waktu ini, per4ng Salib telah menghancvrkan dunia Islam, kerajaan Khilafah Abbasiyah telah mulai lemah, manakala Dinasti Syiah Fatimid, yang bangkit di Afrika Utara, telah mengisytiharkan kekhalifahan nya, sekaligus telah menyebabkan Islam sedang kehilangan pusat induk nya.

Walau bagaimanapun, pembentukan sistem Kesultanan telah mula memberikan kesan positif dan berkembang dengan pesat. Sementara dominasi empayar-empayar besar sudah mula diiktiraf di tanah orang Islam, tentera salib berjaya dih4ncurkan, membolehkan pen4klukan untuk disambung semula. Hasilnya, sistem Kesultanan berjaya diteruskan sehingga lebih dari 1,000 tahun di seluruh dunia hingga sekarang.

Zaman ketiga adalah zaman negara bangsa, ia bermula pada tahun 1923 setelah kesultanan/khilafah Uthmaniyyah dibubarkan. kebanyakan negara-negara ini mula menyerap sistem demokrasi barat, bagi negara yang masih meneruskan Kesultanan seperti Malaysia, kita menggunakan konsep ‘Raja Berpelembagaan’ sebagai satu jaminan untuk agama Islam kekal dimartabatkan sebagai agama wajib bagi orang-orang Melayu.

Bangsawan Berketurunan Hamba

Pemerintah Muslim Pertama Yang Menggunakan Gelaran Sultan

Sultan Mahmud Al-Ghazni dilahirkan pada 2 November 971 di Ghazne, yang terletak di utara Kabul, Afghanistan. Nama penuhnya semasa zaman kegemilangan adalah Yamīn al-Dawlah Abū al Qāsim Maḥmūd ibn Sebüktigin dan gelaran rasminya adalah Sultan, sementara gelaran tidak rasmi adalah “Yeminüd Devlet” (tangan kanan kerajaan) dan nama keturunan atau nama keluarganya, adalah Bani Sebük ​​Tegin, nama penuhnya adalah hasil gabungan daripada nama penuh, gelaran rasmi dan gelaran tidak rasmi.

Bapanya Ebu Mansur Sebük ​​Tegin adalah seorang komander “Mamluk” yang setia kepada Empayar Samani, dengan kata lain, seorang askar bertaraf hamba. Ini kerana perkataan “Mamluk” adalah diambil daripada perkataan bahasa Arab yang bermaksud “Hamba”. Ibu Mahmud adalah seorang puteri dari sebuah keluarga bangsawan Parsi.

Apabila Empayar Samani yang berpusat di Bukhara mula kehilangan pengaruh dan menjadi kerajaan yang lemah, Sebuk Tegin secara tidak langsung telah menjadi kuasa yang dominan di Ghazne dan mula meluaskan kuasa di rantau itu. Lalu menjadikan Ebu Mansur Sebuk Tegin sebagai pengasas kepada kerajaan dinasti Ghaznavid, sebuah kerajaan yang menjadi empayar Islam yang besar dan bertahan selama 150 tahun.

Baik, sekarang kita telah tiba di titik yang terpenting untum cerita ini. Sesuai dengan namanya, Sebük ​​Tegin adalah seorang “mamluk” atau askar profesional berbangsa Turki. Beliau seorang pemuda yang kuat dari suku kaum yang terjajah, diserap ke dalam kempen orang-orang Arab yang melakukan kemaraan ke bahagian Asia, dibesarkan sebagai pahlawan Islam yang taat. Konsep yang hampir sama seperti askar Janissaries.

Satu-satunya perbezaan adalah Mamluk memusn4hkan dinasti yang lemah dan mendirikan empayar baru, sementara Janissari kekal sebagai tentera domestik dan hanya membuat pember0ntakan kecil dari semasa ke semasa. Negeri Ghaznavid adalah satu contoh empayar yang diasaskan oleh Mamluk.

Bakal Sultan

Menurut sebuah buku etika yang menulis tentangnya, Sebük ​​Tegin adalah seorang Turk dari suku “Barsahians” yang menjadi Muslim ketika beliau pergi ke negara Samani. Apabila dia menghapuskan dominasi dan penguasaan raja-raja Samani dan mendirikan negara sendiri di Ghazne, beliau fokus dalam membesarkan puteranya Mahmud supaya boleh dijadikan pewarisnya.

Hasilnya, Mahmud dianggap sebagai contoh pertama dan terawal seorang Sultan yang berpendidikan tinggi. Selain kelebihan Mahmud di dalam politik, keberanian di medan per4ng dan kemahiran dalam pentadbiran, Mahmud juga seorang pemimpin beragama yang amat menghargai seni dan budaya.

Walaupun Sebük ​​Tegin memperoleh kemerdekaan di Ghazne, negara Ghaznevid hanyalah sebuah kerajaan yang kecil, secara teknikal dan umum nya banyak bergantung pada Samanis sehinggalah Mahmud memperoleh kejayaan. Mahmud memenangi banyak peper4ngan bagi pihak bapanya dan Samanis ketika bapanya masih hidup. Panglima Samanis memberikan gelaran “Seyfü’d Devle” (Pedang Negara) kepada Mahmud atas kemenangannya dalam menguasai Khorasan, di barat Iran moden.

Pedang, Mawar, dan Sejadah

Walaupun Mahmud adalah dari sebuah keluarga bangsawan berketurunan hamba dan dibesarkan dengan penuh disiplin, kejayaannya bukan semata-mata berdasarkan faktor-faktor tersebut. Ketika bapanya meninggal dunia pada 997, abang Mahmud, İsmail mewarisi takhta terlebih dahulu, ini antara contoh kesukaran dan cabaran besar yang dihadapi Mahmud.

Oleh kerana Mahmud lebih berpengaruh dan mempunyai akses lebih kuat berbanding Ismail dalam setiap perkara, dia mula mencadangkan supaya negara itu dibahagikan menjadi dua lalu memerintah bersama-sama. Walau bagaimanapun, apabila İsmail menolak cadangan itu, kedua-dua adik-beradik itu berper4ng dengan satu sama lain, dan Mahmud muncul sebagai pemenang, sehingga menjadi seorang emir.

Jika mengambil alih takhta atau kedudukan paling berkuasa adalah matlamat utama setiap ahli politik untuk mengejar kuasa, ia kadangkala hanyalah alat atau batu loncatan untuk orang lain. Jadi, kisah sebenar Mahmud bermula ketika dia mengalahkan adiknya dan menjadi emir.

Sebenarnya, dia telah mematuhi sumpahnya sebelum mengambil takhta dan berdamai dengan suku Karahanis Muslim, malahan dia turut berjuang melawan umat Hindu anti-Islam. Dasar jangka masa panjang yang dilaksanakan Mahmud menjadikannya bukan sahaja dasar yang berjaya tetapi juga model pentadbiran yang relevan untuk penguasa pada abad-abad akan datang.

Idea untuk tidak bersaing dengan Karahanis dan mara ke India dalam ekspedisi berjalan dengan begitu lancar sehingga kedua-dua tanah besar itu diserap sebagai sebahagian daripada pemerintahan Gaznavi, manakala reputasi Mahmud dan keabsahan sebagai emir diperkukuhkan. Pada akhir abad ke-10 dan pada permulaan abad ke-11, umat Islam berada dalam krisis pemikiran dan konflik kebendaan yang parah.

Adakalanya, emir yang mempunyai kuasa memerintah kota-kota besar dan sekitarnya sanggup bekerjasama dengan musuh dan bukannya sesama Muslim untuk menentang musuh. Masalah ini membawa kepada kerugian yang besar di kedua-dua belah pihak. Sebagai seorang emir yang taat, berfikiran terbuka, berani dan berbakat, hanya dasar-dasar yang dibentuk oleh Mahmud sahaja yang memihak kepada umat Islam, kerana itu Mahmud secara umummya dihargai dan menerima sokongan yang meluas.

Islam di India

Mahmud berjaya men4kluk bahagian utara dan barat India dengan melancarkan 17 ekspedisi selama 30 tahun, ini adalah pencapaian dari konteks m!litari dan agama. Mahmud bukan sahaja dapat men4kluk wilayah-wilayah ini tetapi dia juga memastikan agama Islam disebar dan diterima di seluruh dunia.

Mahmud kemudiannya kembali meneruskan ekspedisinya terhadap raja-raja yang menentang, Mahmud memastikan dominasi kerajaan-kerajaan Hindu di barat India terus dilemahkan atau dimvsnahkan secara penuh, sambil memperkuatkan Islam dan kerajaan Ghazni.

Mahmud juga turut bert3mpur dengan dinasti Muslim-Turki yang lain, seperti Dinasti Karahanis di kemudian hari nya dan Dinasti Harezmis, jika dia terpaksa berbuat demikian, tetapi pilihan pertamanya sudah tentu lebih baik jika boleh menjalinkan hubungan damai dengan sesama muslim manakala untuk pihak atau entiti yang bukan Islam pula, beliau melaksanakan polisi khusus di mana kepentingan dan sumber tertentu dikhaskan hanya untuk entiti bukan Islam, contohnya pemilikan tanah untuk pertanian.

Sebenarnya dasar sebegini juga sedikit sebanyak akan menjejaskan banyak kerajaan yang berjaya dalam abad berikut. Perlu diingatkan bahawa Uthmaniyyah juga pernah menjadi empayar Islam yang terkuat dan mendominasi hampir seluruh dunia. Walaupun dikenali sebagai antara kerajaan Muslim yang paling tinggi toleransi terhadap bukan Islam, namun akhirnya dikhianati hingga ditamatkan kegemilangannya yang berusia 600 tahun.

Sultan Dan Syair

Apabila Mahmud Al-Ghazni meninggal dunia pada 30 April, 1030, dia mewariskan sebuah pemerintahan Islam yang terbesar pada masa itu.  Kerajaan Islam yang lain dan pewaris legasi nya sendiri adalah bukti kesungguhan dan kejayaan beliau dalam usaha menyebarkan Islam berasaskan Sunni, menghapuskan amalan menyembah berhala dan esoterisme. Dan yanh paling penting, Mahmud terus diingati sebagai Sultan yang berfikir di luar kotak dan mencintai seni, serta seorang komander tentera yang amat berpengalaman tinggi.

Disebabkan Mahmud lah, seorang penyair yang terkenal bernamal Firdevsi menulis karya  “Şehname,” salah satu epik terbesar kesusasteraan Islam di Turki, India dan Parsi.

Terdapat banyak anekdot mengenai hubungan antara Sultan dan penyair itu. Tidak diketahui mana yang benar, tetapi “Şehname” yang ditulis oleh Firdevsi bagi mengenangkan Mahmud, tetap menjadi warisan seni yang tidak ada tandingannya.

Mahmud Al-Ghazni semasa di kemuncak kegemilangannya telah pun menggunakan gelaran Sultan, menjadikan baginda sebagai pemerintah Muslim pertama yang menggunakan gelaran Sultan. Gelaran itu merupakan sebuah perkataan Arab diambil daripada Al- Quran yang membawa kepada maksud “kekuasaan”.

Baginda memerintah antara tahun 998 – 1030. Gelaran ‘Sultan’ kemudian menjadi gelaran yang biasa untuk pemerintah-pemerintah Turki Seljuk dan Turki Uthmaniyyah serta pemerintah-pemerintah Ayubbid dan Mamluk di Mesir. Pada zaman perkembangan Kesultanan yang seterusnya, gelaran “Sultana” sering digunakan sebagai gelaran untuk isteri-isteri Sultan.

Perkembangan Kesultanan Di Rantau Lain

Pengesahan rohaniah untuk gelaran ini dapat digambarkan dengan jelas lagi tepat adalah melalui fakta ketika Khalifah bayangan yang berpusat di Kaherah, Mesir, menganugerahkan pemerintah Empayar Turki Uthmaniyyah yang ketiga, Murad I, dengan gelaran “Sultan” pada tahun 1383. sekaligus menjadikan Murad I sebagai pemerintah Turki Uthmaniyyah yang pertama menggunakan gelaran Sultan kerana pemerintah-pemerintah Turki sebelum itu iaitu Osman dan Orhan menggunakan gelaran Bey dan menerima gelaran Ghazi selepas kemangkatan mereka.

Pada peringkat-peringkat kemudian, pemerintah-pemerintah Islam yang menggunakan gelaran “Sultan” berkurangan di rantau Asia Tengah tetapi berkembang di Asia Tenggara, serupa dengan pemerintah keluarga diraja Maghribi yang terawall atau keluarga diraja Saudi. Pada hari ini mengikut kiraan secara kasar, terdapat 52 buah negara Islam atau majoriti Islam di seluruh dunia manakala tak sampai sepuluh pun negara-negara Islam yang berkonsep Kesultanan. antaranya ialah;

  • Brunei – Kesultanan Brunei merupakan Kesultanan yang memiliki kuasa paling mutlak walaupun wilayahnya yang dahulu hampir meliputi seluruh Borneo namun kini terbahagi dua sebagai negara yang kecil.
  • Indonesia – Kesultanan Yogyakarta adalah Sultan untuk daerah istimewa Yogyakarta juga merupakan gabenor untuk daerah itu
  • Malaysia – Terdapat tujuh pemerintah Melayu yang masih menggunakan gelaran Sultan di Malaysia (Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu) dari sembilan pemerintah negeri Melayu. Ketua tertinggi Persekutuan Malaysia adalah Yang di-Pertuan Agong, secara asasnya adalah dilantik mengikut sistem giliran atau dipilih jika perlu, tempoh pemerintahan seorang YDPA adalah selama lima tahun. Walau bagaimanapun, kuasa politik terletak pada perdana menteri. YDPA memegang kuasa angkatan tentera dan agama Islam.
  • Oman – Sebuah negara Arab, dahulunya kesultanan Muscat dan Oman. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kemangkatan Sultan Oman.

Manakala di beberapa bahagian di Timur Tengah dan Afrika Utara, masih terdapat sultan-sultan serantau atau orang-orang keturunan sultan dan yang digelar seperti itu. Tidak kurang juga bekas pewaris Kesultanan yang telah lama jatuh, kini muncul kembali menuntut takhta, ada yang melalui cara kek3rasan seperti yang dilakukan di Lahad Datu oleh kononnya pewaris sah Kesultanan Sulu, ada yang menjadi bahan ketawa media sosial hingga dibuat parodi seperti Sultan Melaka.

Walaubagaimana pun, kita bangsa Melayu Malaysia harus bersyukur kerana masih di bawah naungan Sultan dan Raja Melayu kita. Seburuk-buruk mana sekali pun seorang Sultan dalam konteks di Malaysia ini, Sultan/Raja itu lah yang sedang menjamin kedaulatan agama Islam. Selagi Sultan dan Raja Melayu terus berdaulat, selagi itu agama Islam tidak akan beralih dari kedudukan yang sepatutnya di dalam perlembagaan persekutuan kita. Daulat Tuanku!

RUJUKAN:

The Dailysabah : The First Sultan

WorldAtlas : Current Monarchies Of The World


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.