Hadiah Keamanan Nobel tahun ini diberikan kepada World Food Programme (WFP), sebuah agensi United Nations (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) yang deal dengan isu makanan sejagat.
Katakan ada negara mengalami kebuluran, WFP lah yang akan hantar bantuan makanan ke negara yang berkenaan. Macam Yemen dan Syria yang mengalami kebuluran akibat peperangan, atau Korea Utara yang kebuluran akibat kemarau.
Pemilihan WFP sebagai penerima hadiah tahun ni agak suprise sebenarnya. Sebab tahun ni tahun COVID, so orang jangkakan tokoh/pertubuhan yang berkaitan dengan COVID-19 akan menerima hadiah. World Health Organization (WHO) atau Jacinda Ardern ni kira top choice lah.
Tapi kalau nak bagi kat WHO, apa significance WHO je sepanjang penularan COVID? Sepanjang penularan COVID, kebanyakan masa semua negara buat hal masing-masing. WHO tak mainkan peranan berkesan sebagai pertubuhan kesihatan global. So macam tak layak je.
Bagi kat Ardern? Kan dia terpaling cemerlang handle masalah COVID? Sampai sekarang New Zealand hanya ada 1866 kes je.
Sebenarnya Vietnam dan Thailand lagi cemerlang dalam handle COVID. Vietnam ada 1100 kes saja, tapi jumlah penduduk 95 juta (berbanding 5 juta New Zealander). Thailand 69 juta orang, yang kena COVID tak sampai 4000. Jangan sebab tengok pemimpin diorang lelaki terus tak nak highlight.
So mungkin sebab itu jawatankuasa Nobel tak nak bagi Hadiah Nobel kat tokoh/pertubuhan yang berkaitan dengan COVID.
Bagi kat WFP pun bagus juga sebab boleh mengalihkan fokus kita kepada soal makanan, dan sebenarnya COVID telah mendedahkan masalah keselamatan makanan (food security).
Malaysia ni bumi bertuah, jarang risau pasal bekalan makanan. Kalau di zaman dulu, Malaysia ni jarang ada kemarau ke apa, cucuk tanam semua tak ada masalah.
Di zaman sekarang, sektor pertanian dah kecil. Tanah semua dipakai untuk pembangunan industri dan perkhidmatan. Tapi dengan duit yang dijana, kita boleh beli makanan import dari negara luar. Masih bahagia.
Tapi bila berlaku COVID, baru kita nampak sebenarnya perdagangan antara negara bila-bila boleh disekat. Vietnam hari tu macam nak stop eksport beras untuk pastikan rakyat dia cukup makan dulu.
Kalau betul diorang buat macam tu, naya kita sebab kita import 30-40% beras dari Vietnam dan Thailand.
Tu baru beras, belum lagi benda lain macam daging lembu (80% import). Bayangkan apa akan jadi kalau negara luar stop eksport makanan, huru-hara weh.
Sebab tu pembangunan negara tak boleh fokus kat industri dan perkhidmatan je. Pertanian nampak tak glamour, tapi sangat essential bagi menjamin keselamatan makanan. Kalau tak ada keselamatan makanan, ready lah nak jadi negara penerima bantuan WFP.
Antara banyak-banyak pemimpin Malaysia, Pak Lah yang paling menekankan aspek pertanian dan keselamatan makanan. Tapi sayangnya beliau tak lama memerintah. Harap-harap lah ada pemimpin yang akan kembalikan idea dan visi “revolusi pertanian” beliau satu hari nanti.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih