Pada 1926, Amerika gempar dengan kes pembunuhan 24 orang Osage yang merupakan cabang Red Indian. Korang yang tengok cerita “Killers of the Flower Moon” mesti teruja baca ni.
Filem tersebut diadaptasi daripada buku David Grann bertajuk “Killers of the Flower Moon: The Osage Murders and the Birth of the F.B.I.”, yang memaparkan sekumpulan orang kulit putih terlibat dengan tragedi berdarah kaum Osage.
Daripada kisah benar, puak Osage jadi kaya raya bila mereka mendapat simpanan minyak bernilai $30 juta. Setiap warga Osage menerima bahagian wang dan ia boleh diberikan kepada waris setelah meninggal dunia. Di sinilah mulanya bala bencana mereka.
William K. Hale, seorang lelaki kulit putih merasa dengki dan tamak dengan kekayaan Red Indian. Dia mula merancang cara licik untuk merampas harta mereka. Hale menyuruh sepupunya, Ernest Burkhart untuk mengahwini seorang gadis Osage, Mollie Kyle.
Tak lama setelah berkahwin, ibu gadis berkenaan, Lizzie Q. Kyle ditemui mati dipercayai angkara racun. Anna Brown, anak Lizzie juga telah ditembak mati sebelumnya. Pada Januari 1923, sepupu Lizzie iaitu Henry Roan pula menemui maut. William K. Hale menerima wang pampasan $25,000 daripada pelan insurans hayat Roan.
2 bulan kemudian, rumah seorang adik beradik Mollie, Rita Smith telah diletupkan. Saudarinya itu terbunuh bersama suaminya, William E. “Bill” Smith. Dengan kematian ibu dan semua adik beradik Mollie Kyle, suaminya iaitu Ernest Burkhart bakal mewarisi semua hartanya setelah dia meninggal dunia. William K. Hale bersorak kerana helah untuk merampas estet Kyle-Burkhart hampier tercapai.
U.S. Bureau of Investigation yang hari ini dipanggil FBI telah menghantar ejen penyiasat. Mereka berjaya memberkas sang suami. Ernest Burkhart telah membocorkan Ramsey sebagai pembunuh Henry Roan dan semua rahsia pun terbongkar satu persatu. Mahkamah kemudian memutuskan Hale, Ramsey dan Burkhart bersalah dan dipenjarakan.
Tragedi ini diingati sebagai “the Osage Indian murders”. Mollie Kyle telah menceraikan suaminya selepas kes pembunuhan terbongkar. Dia meneruskan hidup dan pulih daripada racun yang pernah diberikan oleh bekas suaminya dahulu. Selepas tahun 1925, undang-undang federal telah diketatkan lagi bagi mengelakkan hak kaum Osage daripada jatuh ke tangan orang asing.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Korang yang berminat dengan kisah thriller, boleh baca Mahakarya – Psikopat Nirwajah. Mesti puas hati dapat mengharungi aksi-aksi yang mendebarkan! Klik: https://shp.ee/h0odxhb
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih