Pembunuhan beramai-ramai Parit Sulong berlaku pada 23 Januari 1942 yang dilakukan oleh anggota Division Pengawal Imperial (Imperial Guards Division) dari Tentera Imperial Jepun terhadap Tentera Berikat dari pasukan Division ke 8 Australia (Australian 8th Division) dan Brigade Infantri ke-45 India (Indian 45th Infantry Brigade) semasa penaklukan Tanah Melayu ketika Perang Dunia Kedua.

Beberapa hari sebelumnya, tentera Berikat telah menyerang hendap tentera Jepun berhampiran Gemas dan meletupkan jambatan di situ dalam pertempuran Jambatan Gemencheh. Semasa Penjajahan Jepun di Tanah Melayu, anggota pasukan Division ke 8 Australia dan Brigade Infantri ke-45 India, sedang berundur sambil bertempur apabila mereka dikepung berhampiran dengan jambatan di Parit Sulong. Pasukan Berikat bertempur dengan pasukan Jepun yang lebih besar selama dua hari sehingga mereka kekurangan bekalan peluru dan makanan.

Setelah gagal berunding di bawah bendera putih untuk membenarkan mereka yang tercedera untuk lalu, pemerintah pasukan Tentera Berikat mengandaikan bahawa pihak Jepun akan mematuhi Perjanjian Geneva (Geneva Convention) mengenai tawanan perang dan memerintahkan kesemua mereka yang sihat dan mampu diperintahkan untuk berpecah ke dalam hutan, satu-satunya jalan bagi mereka kembali menyertai barisan pihak Berikat.

Bagi sekitar 110 tentera Australia dan 40 tentera India yang cedera teruk untuk melarikan diri, pilihan mereka yang ada hanyalah untuk menyerah diri. Tahanan perang yang cedera ditawan. Mereka telah diseksa dengan ditendang dan dihentak dengan buntut senapang oleh Pengawal Imperial dan ditahan dalam bangunan kayu. Mereka kemudian dikumpulkan dan diperiksa oleh Ketua Pegawai Pemerintah, Leftenan General Nishimura Takuma, Division Pengawal Imperial yang memberikan arahan untuk “menghapuskan” tahanan yang tercedera.

Dalam perbicaraannya di Makhamah Tentera Autralia, Nishimura mendakwa bahawa tindakannya bermaksud “memindahkan mereka yang tercedera ke belakang” – tetapi Chief of Staff, Kolonel Imai Kamerjiro – yang tidak terselamat dalam perperangan – menambah, “Mayat tahanan hendaklah dibakar selepas selesai pembunuhan itu”. Teks penuh arahan tersebut diberikan kepada Lt. Fujitayang ditugaskan bagi menghapuskan tahanan.

Pada petang 22 Januari 1942, mereka diperintahkan untuk berkumpul di belakang baris kedai yang rosak berdekatan. Mereka yang tercedera dipapah oleh mereka yang mampu berjalan, setelah dijanjikan rawatan perubatan dan makanan. Sementara menunggu ditempat perkumpulan, samaada duduk atau terbaring lemah, tiga mesingan, tersorok di bilik belakang mulai menembak, menghala tahanan tersebut. Sejumlah tahanan yang masih hidup di tikam dengan bayonet. Selepas itu baris rumah kedai tersebut dirobohkan dan mayat tahanan diletakkan di atasnya. Enam puluh galon minyak dituang ke atas timbunan itu dan api dihidupkan. Menjelang tengah malam, timbunan kayu dan mayat membentuk abu setinggi dua kaki sebelum diisikan kedalam kawah bekas letupan bom di jalan berhampiran.

Menurut keterangan Russel Baddon, saksi lain yang menyatakan kisah berlainan: “Sesetengah daripada mereka diikat dengan kawat di tengah jalan sebelum ditembak dengan mesingan dan dicurah dengan petrol dan dibakar dibakar hangus, sebelum digelek ke hadapan & ke belakang secara teratur dengan lori yang dipandu oleh tentera Jepun.”

Kenyataan penduduk tempatan turut melaporkan bahawa tahanan perang (POWs) diikat beramai-ramai dengan kawat dan dipaksa berdiri di atas jambatan, sebelum seorang tentera Jepun menembak seorang, menyebabkan yang lain jatuh ke dalam sungai Simpang Kiridan & lemas.Tiga orang tentera Australia terselamat dan dua daripadanya masih hidup sehingga tamat perang. Dua tentera Australia yang tercedera dan sempat melarikan diri dari pembunuhan beramai-ramai itu dan menjadi saksi mengenai layanan Jepun terhadap tahanan perang.

Rekod rasmi menunjukkan seramai 150 orang yang tercedera dibunuh. Leftenan General Takuma Nishimura kemudiannya disabitkan terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong oleh Mahkamah Tentera Australia (Australian Military Court) dan digantung hingga mati pada 11 Jun 1951.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

1 Comment

  1. Name:Nurul Syazwani binti Kahar on

    kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya lebih kerap mempelajari sejarah supaya dapat memupuk semangat patriotik dalam diri

Leave A Reply