Kalau orang tanya kepada saya, apakah bukti paling utama keindahan ajaran Islam dan pengganutnya, saya akan cakap bahawa inilah peristiwanya. Tidak seperti Zionis, tidak seperti Tentera Salib, umat Islam menunjukkan contoh terbaik ketika membuka Baitulmaqdis.

Semua tahu kebangkitan Islam menjadi sebuah empayar telah menggegarkan dua buah empayar iaitu Parsi dan juga Rom yang mengapit empayar Islam ketika dibawah Khulafa Rashidun. Banyak pertempuran berjaya mereka hadapi, salah satunya ialah Yarmouk yang berakhir dengan kejayaan besar.

Selepas berjaya menang bergaya di Yarmouk, maka umat Islam diketuai oleh Abu Ubaidai bin Jarrah dalam persoalan kota mana yang mahu ditawan oleh mereka. Ada beberapa kota yang menjadi perdebatan antara panglima umat Islam, namun akhirnya pertanyaan itu diajukan kepada Umar.

Khalifah Umar terus mengarahkan Abu Ubaidah untuk mengetuai ketumbukan tentera Islam yang ketika itu turut diketuai oleh panglima seperti Khalid Al-Walid, Amr bin Ash dan banyak lagi untuk terus ke Baitulmaqdis. Lebih kurang 20, 000 orang tentera dibawah pimpinan Abu Ubaidah dibawa ke Baitulmaqdis.

Lagipun perlu untuk menawan Baitulmaqdis demi menjatuhkan moral tentera Byzantine yang menjadikan kota itu sebagai kiblat utama mereka. Pertahanan kota ini pun dah dikukuhkan ketika umat Islam giat menawan kota-kota lain Byzantine.

Dalam masa yang sama, patriach bagi kota ini iaitu Sophronius menghantar relik-relik utama yang berkaitan dengan ajaran Kristian seperti True Cross ke Constantinople. Ini penting sebab ia boleh lebih memb.un.uh moral tentera Kristian kalau relik ini jatuh ke tangan umat Islam berbanding jatuhnya Baitulmaqdis nanti.

Relik Truecross.

Sampai sahaja umat Islam di Jerussalem, dikatakan bahawa kepungan berlanjutan selama berbulan-bulan lamanya. Kota ini terlalu ampuh, tapi kepungan umat Islam pun boleh tahan hebatnya sehinggakan akhirnya orang Kristian pun menyerah, dan menghantar utusan ke tentera Islam.

“Kami orang Kristian boleh membuka pintu kota ini kepada kalian. Tapi ada perjanjian yang kami mahu kamu orang Islam setuju untuk tandatangan bersama kami. Dan kami mahukan Khalifah Umar sebagai wakil umat Islam!” – Sophronius

Asalnya umat Islam nak Khalid yang paling hampir menyerupai Umar dari penerangan fizikal untuk datang, tapi penyamaran itu gagal kerana Khalid sangat dikenali di wilayah Syam dek kejayaan demi kejayaannya mengalahkan Rom.

Selepas beberapa minggu, Khalifah Umar pun tiba ke Baitulmaqdis atas jemputan tentera Islam. Orang Kristian meminta jaminan keselamatan dan kebebasan mereka menunaikan ibadah dengan bebas di bahagian mereka, dan akan membayar jizyah dengan relanya.

Juga diceritakan bagaimana Khalid Al-Walid dan Yazid bin Abu Sufyan adalah sahabat yang menyapa Umar dalam pakaian yang mewah ketika ketibaan Umar di Jerussalem. Umar yang tidak puas hati melihat kemewahan itu membaling batu ke arah dua sahabat ini.

Umar sebagai seorang pemerintah yang Zuhud ni mana boleh tahan tengok panglimanya bermewah tapi Khalid dan Yazid menerangkan disebalik pakaian mewah itu untuk melindungi zirah besi dan baju yang disarungkan disebalik tubuh mereka. Dan berbalik kepada perjanjian yang diminta, seperti mana adab seorang Muslim dan Islam yang sejati, Khalifah Umar bersetuju dengan permintaan tersebut. Perjanjian ini kemudiannya dikenali sebagai al-ʿUhda al-ʿUmariyya atau Umariyya Covenant. Juga dikenali sebagai Mu’ahada Aelia. Petikan boleh dibaca:

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang. Inilah jaminan keselamatan (Aman) yang telah diberikan oleh hamba Allah, Umar, hamba orang-orang beriman kepada penduduk Elia. Umar telah memberi mereka jaminan keselamatan/perlindungan untuk hak hidup, hak harta benda, hak mendirikan bangunan gereja, hak memiliki salib mereka, hak orang-orang yang lemah dan bebas dan hak untuk semua mazhab diamalkan. Gereja-gereja mereka tidak akan diduduki,  tidak dimusnahkan oleh orang Islam. Tidak ada yang dikurangkan dari apa yang ada di gereja atau diambil dari tanahnya; bukan salib mereka, bukan harta benda mereka, penduduk tidak dipaksa untuk memeluk agama Islam dan tidak ada seorang pun yang boleh diapa-apakan.. ”.

Tapi bukan itu jer yang saya nak sentuh sebab ada beberapa kisah yang sangat menyentuh hati. Ketika Sophronius menjemput Khalifah Umar untuk solat di Church of the Holy Sepulchre ketika azan Zuhur berkumandang. Jemputan ini tanda toleransi pengganut Kristian kepada Umat Islam.

Tempat ini dianggap sebagai tempat paling suci umat Kristian kerana di sini atau sekitar sinilah mereka percaya Nabi Isa disalib dan juga Nabi Isa dibangkitkan semula. Umar faham kepentingan tempat ini, dan betapa pentingnya sebagai simbolik penganut Kristian.

Justeru beliau menolak kerana takutkan suatu hari nanti, umat Islam akan menggugat kedudukan Gereja sebagai tempat ibadat Kristian, dan orang Islam mungkin akan melanggar perjanjian mereka dan menjadikan gereja sebagai sebuah masjid.

Betapa hebatnya adab Khalifah Umar tunjukkan pada kita. Mungkin sebab ini umat Kristian di Baitulmaqdis tak ada masalah untuk menerima umat Islam sebagai penguasa mereka. Khalifahn Umar cakna, risau, takut perbuatannya akan menganggu ibadah dan simbolik orang Kristian.

Bukan macam Zionis hari ni, umat Islam sedang bersolat di Al-Aqsa pun dia kacau, dan sebab itu bezanya adab umat Islam dan Zionis Laknatullah ini. Padahal selepas 500 tahun Yahudi tak dibenarkan beribadah di Al-Aqsa selepas dihalau oleh Rom, mereka mampu jejak kembali ke sini.

Lupakah mereka betapa dulu di bawah Rom sekitar 70 Masihi, ketika mereka memberontakmelawan Empayar Rom, betapa Rom menghantar 60, 000 orang tentera memb.u.nuh lebih 100, 000 orang Yahudi. Dan apabila umat Islam memiliki Baitulmaqdis, betapa umat Islam menyantuni mereka?

Dan umat Islam masih merindui detik 637 Masihi ini, ketika mereka membuka Baitulmaqdis dengan aman tanpa pertumpahan darah. Percayalah, kalau Baitulmaqdis kembali dibuka dan berada dalam pimpinan umat Islam, nescaya adab yang dipamerkan Umar dan Salahuddin akan menjadi tauladan, bukan kebinatangan Tentera Salib dan Zionis.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.