Pelik betul dengan logik Warner Brothers sekarang. Mereka telah membatalkan filem Batgirl (watak DC), sampai Presiden Marvel Studios pun sudah bersuara. Sedih jugalah tengok nasib DCEU kini terhuyung-hayang, jauh berbeza untuk dibandingkan dengan MCU yang sangat stabil dan kukuh. DCEU demikian hari mendapat lampu hijau untuk filem Batgirl.

Mereka mengambil Leslie Grace sebagai Barbara Gordon (Batgirl) yang akan digandingkan dengan Bruce Wayne, dibintangi legenda agung Michael Keaton. Filem ini diarah Adil el Arbi dan Bilall Fallah, gandingan beragama Islam yang mengarah Bad Boys For Life dan dua episod Ms. Marvel.

Penggambaran hampir selesai – tiba-tiba Batgirl dibatalkan atas alasan “gagal ujian audiens”. Senang kata, Warner Brothers berpendapat filem tersebut pasti gagal. Jadi isu besar kerana pembatalan ini diurus begitu teruk. Pelakon dan kru perfileman dapat tahu melalui laporan media daripada New York Post.

Paling sedih, El Arbi dan Fallah berada di Morocco sempena perkahwinan El Arbi. Hancur hati mereka apabila diberitahu. Memang pelik. Betul, orang ramai tidak begitu kenal Batgirl. Tetapi orang ramai juga tidak kenal Ms. Marvel. Elok saja MCU buat siri televisyen, yang asalnya diserang puak rasis Amerika Syarikat. Namun sekarang Ms. Marvel diberi rating lagi tinggi berbanding Avengers: Endgame.

Batgirl patut ikut cara ini, kerana ada peluang sebenarnya untuk membuka jalan kepada watak adiwira Melayu yang pertama. Sebelum kita cakap pasal adiwira DC, ayuh kita sembang pasal pewiraan Tamadun Melayu terlebih dahulu. Kalau tanya pada orang ramai, tentu sekali sejarah Melayu susah disingkap kerana kekurangan sumber yang diketahui. Oleh itu, kami datangkan buku KITAB TAMADUN MELAYU untuk kalian semua. Dengan hanya satu pembelian, anda akan tahu banyak benda tentang bangsa Melayu! Link pembelian: https://bit.ly/3Q16n3U

Pasti Bukan Badang Lah

Tidak pasti berapa ramai pernah dengar nama Munira Khairuddin. Watak ini dicipta DC Comic, beragama Islam dan berbangsa Melayu. Munira adalah seorang agen perisik yang sangat hebat, berkhidmat bagi pihak Spy Smasher. Dan beliau juga adalah sahabat baik Barbara Gordon (Batgirl).

Bekas pelajar Universiti Gotham, Munira dilatih menjadi seorang pejuang hebat yang diberi nama adiwira Obscura. Malah kewujudan Munira sendiri adalah tanda sokongan antarabangsa untuk Malaysia. Pada mata penulis Gail Simone, inilah watak solidariti – dicipta pada 2014, tahun suram ketika Malaysia teruk dihina sentimen negatif kerana kejadian MH370 dan MH17.

Pada mata Simone, serangan anti-Malaysia ini tidak berasas. Jadi Munira dicipta untuk melawan sentimen jahat ini. Simone mempunyai seorang sahabat juga bernama Munirah. Jadi Munirah ini dibuat sebagai sandaran untuk melengkapkan ciri-ciri keMelayuan Munira Khairuddin.

Maka memang mengecewakan Batgirl dibatal begitu sahaja. Tiada masalah jika Munira tidak muncul sekalipun. Potensinya ada, tambah kalau Batgirl berjaya. Dewasa ini, penyokong DCEU cuma mahukan kualiti “dark elements” seperti disempurnakan Joker. Ikutkan Joker patut gagal, kerana bukan senang untuk lawan sentimen pro-Heath Ledger. Tetapi Joaquin Phoenix membawa watak Joker begitu elok sampai filem tersebut berjaya betul-betul, bersaing pula pada tahun Avengers: Endgame.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Setakat ini belum pasti jika Batgirl akan mendapat fenomena #ReleaseTheSnyderCut. Ramai betul-betul marah dengan cara pengendalian Warner Brothers, yang sememangnya tidak popular dalam kalangan peminat DCEU. Cuma sebelum ini, belum lagilah orang-orang utama MCU bising sekali. Ini memang buat julung kalinya, dan wajar juga – asalkan ada peluang Munira Khairuddin muncul.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply