Semua mungkin terbiasa apabila penjaga gol jarang diberi peluang bermain. Sergio Romero meskipun dipilih untuk menjaga gawang Argentina hanya bermain tujuh perlawanan liga untuk Manchester United. Namun bagaimana pula kalau peny3rang tidak pernah masuk padang (bukan sekadar jarang main)?

Itulah Carlos Henrique Raposo, yang berasal dari Brazil tetapi jauh sekali seperti Ronaldo, Ronaldinho dan Rivaldo. Raposo ditimangkan nama “Kaiser” kerana dikatakan seiras seperti Franz Beckenbauer semasa muda.

Tetapi sahabatnya cakap lain, bahawa Raposo nampak sama seperti botol b1r Kaiser. Kemahiran bola sepak Raposo mendapat perhatian kelab bola sepak Puebla di Mexico.

Namun beberapa bulan selepas diambil, Raposo dilepaskan tanpa satu perlawanan pun. Pada tahun 1981, Raposo diberikan jersi untuk bermain untuk kelab Botafogo. Tetapi beliau tidak pernah masuk padang dalam tempoh singkat bersama kelab tersebut.

Raposo mengenali pemain-pemain hebat seperti Carlos Alberto Torres, Renato Gaúcho dan Ricardo Rocha, masing-masing menempa nama dengan kelab terkemuka. Rocha sebagai contohnya bermain dalam 67 perlawanan bersama Real Madrid.

Rangkaian besar ini memastikan Raposo boleh mendapat sokongan pemain apabila beliau ingin menyertai mana-mana kelab. Dengan bentuk badan dan ketinggian bagaikan pemain, Raposo memang senang dapat nama.

Selepas menandatangani kontrak walau bagaimanapun, Raposo mengatakan beliau belum cergas (fitness). Jadi beliau perlu berlatih buat beberapa minggu dulu.Apabila berlatih dengan pemain lain, beliau akan berlakon s4kit hamstring. Pernah seorang doktor gigi terpaksa menipu beliau ada j4ngkitan kuman.

Jadi kelab-kelab yang mengambilnya seperti Flamengo, Gazélec Ajaccio, Bangu dan Fluminese (selepas Botafogo) terpaksa tunggu dan biarkan. Penipuan Raposo bertambah hebat apabila beliau mengaku pernah bermain untuk Talleres de Córdoba dan Independiente di Argentina.

Katanya, beliau memenangi Piala Libertadores 1984 dan Piala Intercontinental 1984, sambil menunjukk gambar Carlos Enrique (katanya ada iras juga).

Semasa di Gazélec Ajaccio, Raposo dikehendaki berlatih di hadapan penonton. Khuatir kantoi tidak pandai bermain, Raposo menendang bola ke arah hadirin sambil mencium lencana kelab.

Pada tahun seterusnya, Raposo pulang ke Brazil. Beliau mengenali beberapa wartawan yang menulis artikel bahawa beliau penjaring paling banyak gol di Gazélec Ajaccio (dimana beliau katanya bermain lapan musim).

Pemain empat musim Ajaccio mendedahkan bahawa Raposo tidak pernah masuk padang pun.

Tetapi itu tidak menjadi masalah untuk Bangu (di Brazil). Raposo diambil sebagai pemain dan sekali lagi menggunakan taktik kec3deraan untuk elak masuk padang. Pihak tajaan akhirnya hilang sabar dan paksa Raposo bermain.

Sedang panaskan badan, Raposo “terdengar” sekumpulan penyokong sedang menghina pemain-pemain Bangu. Tiba-tiba beliau dilihat bergaduh dengan penyokong sehingga dilayangkan kad merah (tanpa bermain pun).

Selepas perlawanan tamat, beliau dibawa berjumpa dengan badan penaja dan menipu digelar pencvri. Raposo dimaafkan dan kontraknya dilanjut enam bulan. Di Fluminese pula, Raposo menggunakan helah kec3deraannya. Kemudian beliau berpura-pura bercakap dengan kelab-kelab lain.

Katanya seronok bermain dengan Fluminese, tetapi pembantu pengurus mendapati telefon bimbit digunakan Raposo sebenarnya alat mainan semata-mata. Raposo menamatkan kariernya sebagai bola sepak yang tidak pernah turun padang bersama kelab América di Brazil.

Usianya hanya 27 tahun, tanpa sebarang perlawanan apatah lagi gol. Berbeza dengan Cristiano Ronaldo dan Neymar pada usia tersebut yang masing-masing menghampiri gol ke-300.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.