Petrosains, ada satu meja yang terangkan kejadian gerhana dengan objek lampu sebagai matahari, dan dua bola mewakili bulan dan bumi. Dari ujikakaji ini, maka terbuktilah bumi ini sfera, bukan rata macam satu geng yang pernah ajak aku berdebat dahulu.

Jadi sekarang, dengan teori bumi rata, cuba buat ujikaji ringkas macam dekat petrosains tu bagaimana gerhana bulan dan matahari boleh berlaku. Dah 2018 tahun selepas masihi bang, tak kan belum ada ujikaji ringkas dari mereka yang pandai sikit bab sains dalam geng teori bumi rata akan pembetukkan gerhana? Adohai…

Sebelum ni ada orang terjun dari angkasa guna payung terjun, banyak video tu di internet, tengok gambar buminya bulat, jika tak percaya video tu sebab bukan orang Islam, boleh tanya Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang tekah naik ke angkasa dan solat disana.

Cerita tentang solat ini, macam mana kalian tahu arah solat yang JAKIM sahkan? Sebab Jakim ukur arah kiblat dengan berpandukan bumi bulat. Sepatutnya kalian kena guna formula bumi rata, boleh? Lagi satu, macam mana ahli falak boleh tahu dengan tepat tarikh dan waktu gerhana bulan dan matahari?

Kejadian gerhana itu telah diketahui awal dengan guna formula bumi adalah sfera. Kata Pengarah Ukur Bahagian Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Dr. Azhari Mohamed berkata, orang ramai akan berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari dalam tempoh tiga tahun lagi selepas bumi, bulan dan matahari berada dalam kedudukan selari seperti hari ini iaitu pada 26 September 2019 dan 21 Jun 2020 di seluruh negara.

Bagaimana mereka boleh kira dengan tepat? Sebab mereka guna formula bumi adalah bulat. Jadi aku nak cabar kau orang yang kata bumi ini rata untuk bagi formula nak kira gerhana bulan akan datang di Malaysia, bila?

Jawapan dah ada, boleh guna formula Besselian atau Biruni, tapi kena anggap bumi bulat baru boleh hintung tarikh gerhana akan datang, hasil kiraan pakar Falak, diRAMALkan pada 26 desember 2019, kita rakyat Malaysia akan melihat gerhana matahari cincin (annulus). Tetapi hanya sebahagian kecil semenanjung iaitu di selatan Johor. Manakala lain-lain kawasan Malaysia menikmati gerhana separa. 2019 beb, lama tu, dah boleh ramal guna matematik.

Kau orang yang percaya bumi rata boleh bagi tarikh gerhana bulan seterusnya? Semua kuasa Allah? Hanya itu jawapannya sahaja? Bagi ilmu matematik kepada manusia juga daripada Allah. Nak buat formula matematik tak boleh main-main, jika kau orang yakin bumi rata, cubalah ramal tarikh gerhana bulan seterusnya jika kau orang betul.

Tapi itulah, matamatik fail, sains pun fail, tapi ada hati nak hujah ilmu sains, lepas tu lebih berani tafsir Al quran guna kepala otak, bahaya bang. Bahaya!

Sembang kencang semua orang boleh bang, nak lagi mudah untuk buktikan bumi bulat, cuba geng bumi rata ni kumpul duit banyak banyak, dan pergilah melancong di angkasa, kosnya hanya 20 juta dolar USD satu kepala untuk seminggu. Pada tahun 2001, orang pertama melancong ke angkasa dan boleh tengok bumi ni bulat adalah Dennis Anthony Tito, jutawan dari Amerika, siap naik Soyuz dan singgah di ISS.

Dari tahun 2001 hingga 2009, seramai tujuh orang jutawan dari pelbagai negara telah melancong ke angkasa, Last pelancong ke angkasa adalah Jutawan Guy Laliberté dari Kanada, bayar USD 40 Juta untuk percutian selama11 hari. Oh ye, pada tahun 2006, Anousheh Ansari, sempena hari jadinya sendiri, telah jadi wanita Islam pertama melancong ke angkasa, dengan kos USD 20 juta untuk orbit bumi selama 11 hari. Kata beliau, jika ada wang lebih di masa depan, nak melancong ke bulan pula.

Jadi kepada geng sembang bumi rata boleh kumpul derma sesama mereka, dan pergi sendiri, tak payah gaduh gaduh kata satelit tu CGI ke apa, sampai sana, mereka akan bawa kau orang keliling bumi setiap dua jam, (90 minit sekali pusingan) dan jika kau orang rasa mereka tipu dalam stadio, boleh request bilik kaca, dan sila pecahkan cermin ISS jika nak jadi arwah di sana, O ya, dengar cerita Rusia pun nak buat hotel di angkasa tak lama lagi, sediakan duit sahaja lah ya, sembang sampai gajah terbang semua orang boleh buat.

Tahukah kau orang, data pada tahun 2013, jumlah manusia ke angkasa adalah seramai 536 orang dari 38 negara. Dari jumlah itu, 533 orang telah sampai ke Earth orbit, 24 orang telah sampai lebih dari Earth orbit dan 12 orang sudah berjalan di Bulan. Antara mereka masih ramai yang hidup. Dan sekarang manusia merancang untuk menjadi manusia pertama ke Marikh, tapi kita di sini, kapal terbang tak mampu nak cipta, roket jauh sekali, tapi sibuk bergaduh bumi ini rata dengan teori tak masuk akal.

Oh ya, bukan semua angkasawan kafir, ada 10 orang Islam telah pergi ke angkasa termasuk dari Malaysia siap solat dengan fatwa ijma ulamak lagi dan siap tunjuk cara nak mengadap kiblat pada bumi yang bergerak. Tapi respon kau orang?

Baiklah, jika geng bumi rata sengkek sangat nak kumpul duit untuk ke angkasa, boleh kumpul duit dan pergi Britain jumpa Hussain Manawer, orang Islam yang akan ke angkasa dalam tempoh terdekat. Dijangka pada pertengahan tahun ini. Beliau sekarang sedang berlatih ilmu untuk hidup di sana. Jumpalah dia, cakap elok elok, suruh ambil gambar bumi dari angkasa dan wasap kau orang. Ini kira kos paling murah kot nak tahu bumi ni bulat ke rata.

Akhir kata, bila Ustaz Azhar Idrus dan Dr. Danial Zainal Abidin kata Bumi sfera dan keliling matahari tapi kau orang tolak pendapat ustaz dan Dokter Sains, lalu tafsir Al quran guna kepala otak dan hujah sains pun kelaut, apa faedahnya lagi bang. Apa faedahnya lagi berdebat isu ini?

Bila tunjuk gambar bumi bulat, katanya NASA menipu. Itu semua CGI. Baiklah, kami juga minta flat earth tunjukkan gambar bumi yang sebenar. Tak ada? Tolonglah geng flat earth buat versi CGI, nak tengok jugak, tak kan gambar lukis pakai tangan jer bang, adohai…

Sekian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Hamka keretamayat adalah seorang penulis, penceramah bebas, pembuat tanjak. Sudah tiga belas buah buku pelbagai tajuk di tulis oleh beliau seperti: Kisah Laki Bini, Kerana Dia Anak Syurga, Menangkap Dajjal DiWaktu Dhuha, Permata Yang Hilang Kini Dijumpai, Mengeteh DI Kubur Ayah dan banyak lagi. Untuk kenali Hamka Keretamayat secara lebih dekat, boleh godek godek atau follow link ini: Youtube Channel https://www.youtube.com/user/HamkaMayat. (YouTube) FB Page https://www.facebook.com/keretamayat/ (Facebook Page) IG https://www.instagram.com/hamka_keretamayat/ (Instagram) Blog http://keretamayat.blogspot.com/ (Blog) Telegram https://t.me/keretamayat (Telegram) Terima kasih sudi follow, walau hakikatnya, kereta mayat sedang follow anda semua. Woha!

Comments are closed.