Selalunya bila kita tengok pelangi, kita nampak dia dalam bentuk separa bulatan. Tapi, kalau kita tengok pelangi ni dari atasnya, kita akan nampak pelangi ni berbentuk bulatan penuh. Kenapa dia bentuk bulatan?

Untuk cerita benda tu, kita kena cerita dulu kenapa cahaya ada warna. Cahaya ni asalnya sejenis gelombang elektromagnetik, gelombang sama yang wujudkan sinar X-ray, UV, infrared, radio dan juga sinaran radioaktif. Cumanya, bila dia berlanggar dan tembus pada sejenis objek, kelajuan gelombang tu akan berkurangan. Benda ni kita panggil sebagai pembiasan gelombang.

Bila kelajuan dia berkurang, maka gelombang ni akan bertukar sifat. Contoh benda tu ialah kemunculan warna. Bila gelombang ni melanggar titisan air yang ada waktu lepas hujan, maka, maka gelombang ni melalui pembiasan cahaya, menjadi perlahan dan mewujudkan tujuh warna spektrum pelangi tu.

Disebabkan dia bergantung pada kewujudan titisan air, maka kita sepatutnya boleh nampak pelangi dari pelbagai sudut, dan benda ni menyebabkan pelangi muncul dalam bentuk bulatan. Cumanya, kita nampak dia sebagai separa bulatan sebab kita nampak pelangi atas permukaan rata yang ada bangunan, bukit dan gunung ganang yang menghalang kita daripada nampak pelangi dalam bentuk bulatan penuh.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply