Sejak metaverse atau mayaloka diumumkan menerusi pengumuman pertukaran nama Facebook kepada Meta, ia menunjukkan dunia Ready Player One semakin hampir menjadi realiti. Tidak kira siapa yang merealisasikannya, baik Facebook atau Tencent, ia bakal membawa perubahan besar kepada dunia. Dan ini termasuk pekerjaan-pekerjaan baru yang wujud dalam mayaloka.

Berikut beberapa pekerjaan yang akan muncul selepas mayaloka (metaverse) direalisasikan:

Boleh dapatkan buku terbaru The Patriots di webstore kami: https://bit.ly/pratempahktmktr

• Pencipta kandungan

Sebaik saja dunia ini berfungsi, ia memerlukan kandungan baru untuk memuaskan hati para penggunanya. Bagi syarikat-syarikat di sebalik dunia ini, pencipta kandungan dianggap arkitek yang membantu menambahbaik kualiti mayaloka termasuk pengalaman penggunanya.

Justeru, usah terkejut jika mereka mendapat bayaran lumayan atas kerja mereka untuk dunia berkenaan. Antara pencipta kandungan yang mendapat manfaat daripada mayaloka ialah artis, pereka animasi, penulis dialog, komposer dan pereka fesyen.

• Pengguna

Ready Player One telah menunjukkan bagaimana pengguna mayaloka meraih pendapatan semasa berada di situ. Pengguna bukan sekadar bermain permainan tertentu untuk meraih wang (Play-to-Earn/PTE) tetapi mengisi peranan lain seperti peniaga, pentadbir pertubuhan pengedaran autonomi (DAO) dan penggubah.

Mungkin ada memandang sinis konsep PTE. Tetapi bagi pemain permainan video tegar seperti Warcraft, Diablo III dan The Elder Scrolls, PTE amat berbaloi kerana ia membolehkan mereka mengumpul mata, pengalaman, watak yang dimahukan dan duit.

Caranya mudah, hanya perlu bermain dalam permainan tertentu pilihan pemain dan ikut arahan pembangun bagi membolehkan mereka mendapat ganjaran. Konsep ini sudah menjadi kegilaan di Filipina sehinggakan kerajaan pimpinan Rodrigo Duterte berkira-kira mengenakan cukai kepada pemain.

Selain itu, pengguna juga boleh menambah pendapatan mereka sebagai pencipta kandungan untuk permainan video mereka. Mereka boleh menghasilkan watak mereka mengikut kreativiti masing-masing dan meningkatkan tahap kemahiran watak mereka sebelum menjualnya kepada pemain lain.

• Artis/penghibur

Tanpa hiburan, mayaloka mungkin akan sepi dan membuatkan penggunanya bosan. Kandungan bersifat secara langsung atau lain dari yang lain pasti akan menjadi buruan para pengguna terutama yang melakukannya ialah artis pujaan mereka. Ini terpakai kepada semua penghibur dari penyanyi dan pemuzik hinggalah pelakon dan pelawak.

Antara entiti yang mengintai peluang dalam aspek ini ialah agensi hiburan terbesar Korea Selatan, SM Entertainment. Agensi ini bertanggungjawab melahirkan ramai artis K-pop popular seperti EXO, NCT dan SNSD. Malah, terdapat satu kumpulan yang dibikin khas untuk mayaloka iaitu aespa dengan aktiviti persembahan dan promosi dibuat di situ.

• Komuniti

Salah satu kelebihan mayaloka ialah ia bakal mewujudkan hubungan lebih erat antara pencipta kandungan dan penghibur dengan pengguna dalam komuniti mereka. Ini akan membawa kepada kewujudan pekerjaan pengendali komuniti. Pengendali komuniti bertanggungjawab untuk menarik ahli baru, menyokong aktiviti komuniti dan membantu ahli komuniti.

Bantuan di sini termasuk memantau tingkah laku ahli dan mencegah sebarang perilaku toksik yang boleh merosakkan keharmonian komuniti. Dari situ, ia akan membawa kepada pelbagai pekerjaan baru seperti pempengaruh, moderator, khidmat sokongan komuniti dan penasihat.

• Pembina

Mayaloka ibarat visi Inception yang menjadi nyata. Ini kerana dalam dunia inilah, pembina dunianya mampu menghasilkan apa yang dianggap mustahil di alam nyata. Kebiasaannya, ia berkait dengan pengalaman pengguna dalam pelbagai cara dari permainan hinggalah promosi jualan produk tertentu.

• Penghubung

Seperti Ready Player One, untuk menjayakan mayaloka memerlukan input dunia fizikal yang bertanggungjawab melancarkan semua proses dunia berkenaan. Atas sebab itu, profesion-profesion seperti sejarawan, penganalisis trafik pengguna, penyedia data dan pakar kesihatan awam diperlukan bagi memastikan mayaloka memberi manfaat kepada semua pengguna. Tanpa individu-individu ini, mayaloka hanya sekadar angan-angan Mat Jenin.

RUJUKAN

Park, D. (2021, 10 November). SM Entertainment to invite K-pop fans into their metaverse through NFTs. Forkast.

Takahashi, D. (2021, 9 November). How play-to-earn gaming brings rewards to players. Venture Beat.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.