Sebagaimana yang dinukilkan dari keterangan ciri pedang Baginda di dalam As-Syamaail Imam Tirmidzi, bahawa hulu pedang Baginda terbuat dari perak,sedangkan mata pedangnya ditempa mengikut gaya pedang Al-Hanafiyyah,sempena nama sebuah kabilah ‘Arab yang terkenal dalam menghasilkan pedang yang bermutu tinggi.

Kebanyakan pedang serta tinggalan lain milik baginda tersimpan di Muzium Topkapi selepas dipindahkan ke Turki pada zaman pemerintahan Uthmaniyah bagi mengelakkan kecurian serta pemusnahannya dalam siri penentangan golongan Wahhabi di zaman Sultan Abdul Hamid II sebagaimana catatan rasmi Muzium Topkapi.

Baginda mempunyai 11 bilah pedang,yang masing masing dinamakan seperti berikut;

1) Al Ma’thur

Ini merupakan pedang yang diwarisi Baginda dari ayahanda Baginda, Sayyiduna ‘Abdullah bin ‘Abdul Mutalib رضي الله عنه و سلام الله عليه

2) ذوالفقار Dzul Fiqar / Dzul Faqar

Dikatakan Dzulfiqar ini berasal dari warisan pedang Nabi Sulaiman bin Dawud على نبينا و عليهما السلام yang kemudiannya dihadiahkan kepada Balqis, ratu Saba’ bersama 6 bilah pedang yang lain sebelum akhirnya jatuh ke tangan Al-‘As bin Munabbih bin Hajjaj yang terbunuh di tangan Sayyiduna ‘Ali bin Abi Talib كرم الله وجهه و رضي الله عنه و سلام الله عليه di Pertempuran Badar, yang mana pedang itu akhirnya diserahkan kepada Rasulullah dan amat jarang terpisah dengan Baginda sehinggakan diriwayatkan oleh Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه bahawa Baginda membawa bersama Baginda akan Dzulfiqar pada hari Fath Makkah.

Pun begitu, diriwayatkan juga bahawa Baginda sering memberikan Dzulfiqar kepada Sayyiduna ‘Ali untuk digunakan ketika bertempur,sehingga dikatakan oleh sebahagian penyair, antaranya dinisbahkan kepada Sayyiduna Hasan bin Thabit رضي الله عنه:
لا فتى إلا علي و لا سيف إلا ذوالفقار

“Tidak ada sebaik-baik pemuda kecuali ‘Ali, tidak pula sebaik-baik pedang melainkan Dzulfiqar.”

Dzulfiqar kemudian diwariskan kepada Sayyiduna ‘Ali namun dikatakan hilang selepas peristiwa kesyahidan beliau dibunuh oleh ‘Abd Rahman bin Muljim/Muljam.

3) القضيب Al Qadhib

Salah satu pedang rampasan perang dalam ekspedisi pengusiran Yahudi banu Qaynuqa’

4) القلعي Al Qala’i / Al Qula’i

Salah satu pedang rampasan perang dalam ekspedisi pengusiran Yahudi banu Qaynuqa’

5)البتار Al Battar
Salah satu pedang rampasan perang dalam ekspedisi pengusiran Yahudi banu Qaynuqa’

6)الحتف Al Hatfa

Salah satu pedang rampasan perang dalam ekspedisi pengusiran Yahudi banu Qaynuqa’

7) الرسوب Ar Rasub
Merupakan pedang rampasan dalam ekspedisi Sayyiduna ‘Ali ke perkampungan Banu Taiy untuk menghancurkan berhala Al-Fuls.Diwarisi oleh Imam Ja’far As-Sadiq berdasarkan inskripsi nama beliau pada pedang ini.

8) المِخذَم Al-Mikhdzam
Merupakan pedang rampasan dalam ekspedisi Sayyiduna ‘Ali ke perkampungan Banu Taiy untuk menghancurkan berhala Al-Fuls.Dikatakan ini juga merupakan salah satu pedang yang diwariskan Sayyiduna ‘Ali kepada anak cucunya sehingga sampai kepada Imam ‘Ali Zayn Al-‘Abidin As-Sajjad.

9) الصمصامة Ash Shomshomah

Pedang ini dikatakan pada asalnya milik ‘Amru bin Ma’di Karb Az-Zubaydi yang sangat terkenal dalam bangsa ‘Arab sebagai sebuah pedang lagenda kerana kehebatannya,sebelum diserahkan kepada Rasulullah dan dsimpan sehingga kekuasaan khlifah Al-Wathiqu Billah,dari Dinasti Abbasiyyah

10) اللحيف Al Luhaif

11) العَضب Al-‘Adhb

Merupakan hadiah dari Sayyiduna Sa’ad bin ‘Ubadah Al-Ansari رضي الله عنه ketika perperangan Uhud.Baginda kemudiannya menyerahkan pedang ini kepada Sayyiduna Abu Dujanah رضي الله عنه untuk digunakannya dalam pertempuran tersebut.Pedang ini kini tersimpan di Masjid Husain di Kaherah,Mesir.

Dan Baginda mempunyai 7 buah perisai/baju perisai yang masing masingnya dinamakan seperti berikut;

1)ذات الفضول
Dzatul Fudhul

2)ذات الوشح
Dzatul Wisyah

3)ذات الحواشي
Dzatul Hawasyi

4)فضة
Fidhdhoh

5)السغدية
As Sughdiyyah

6)البتراء
Al Batra’

7)الخرنق
Al Khirniq

Dan Baginda mempunyai topi besi yang dipakai atas qalansuwah Baginda yang diberi nama;

المغفر
Al Mighfar.

Wallahu A’lam

RUJUKAN:

-Syamaail Muhammadiyyah wal Khasail Mustafawiyyah, oleh Imam Abu ‘Isa Muhammad bin ‘Isa bin Saurah Al-Tirmidzi

-Mawahib Al-Laduniyyah ‘Ala As-Syamaail Muhammadiyyah, oleh Imam Ibrahim bin Mhammad Al-Bajuri

-Wasail Wusul Ila Syamail Ar-Rasul oleh Al-Qadhi Yusuf An Nabhani

-Subul Al-Huda wa Al-Rashad Fi Sirati Khayr Al ‘Ibad oleh Imam Muhammad bin Yusuf As-Salihi


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Orang Pekan atau nama sebenarnya Mohammad Faeez Harith bin Khairil Anuar merupakan seorang pendakwah bebas yang memegang Tauliah Jabatan Agama Islam Selangor. Beliau juga merupakan jurulatih kecergasan sepenuh masa di Clark Hatch Fitness, One World Hotel, Bandar Utama Petaling Jaya. Follow Twitter beliau di: https://twitter.com/H_Bakkaniy

Comments are closed.