Seorang penyelam skuba amatur Israel membuat satu penemuan hebat semasa menyelam di sepanjang pesisiran pantai Carmel, Israel. Penyelam itu menemui sebilah pe.da.ng yang dikatakan berasal dari era Pe.ra.ng Salib dan berusia lebih 900 tahun.
Pe.da.ng yang diliputi oleh teritip ini berukuran 1 meter panjang dan dikatakan dimiliki oleh seorang kesatria berstatus Salibi. Kesimpulan ini dibuat oleh Inspektor Unit Pencegahan Ro.mp.akan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel (IAA), Nir Distelfeld. Selepas ia dibersihkan, pe.da.ng tersebut masih dalam keadaan baik, satu perkara yang jarang berlaku bila artifak sebegini ditemui.
Salibi merujuk kepada individu yang terlibat dalam kempen Pe.ra.ng Salib oleh kuasa-kuasa Kristian dari abad ke-11 hingga abad ke-13 Masihi. Ekspedisi keten.te.raan tersebut bertujuan untuk merampas Baitulmaqdis daripada kawalan umat Islam.
Pe.da.ng ini ditemui oleh penyelam Shlomi Katzin di dasar Laut Mediterranean sekitar Carmel. Selain pe.da.ng dan hulunya yang berukuran 30 cm panjang, Katzin turut menemui beberapa artifak lain seperti serpihan tembikar dan sauh lama. Kesemua artifak ini akan menjalani proses pembersihan dan pemuliharaan sebelum dipamerkan untuk tatapan orang ramai.
Artifak-artifak ini sudah pasti tidak akan ditemui jika tidak kerana pergerakan pasir di kawasan lantai laut. Perubahan ini membolehkan artifak-artifak ini lebih mudah ditemui. Disebabkan kawasan tersebut merupakan suak semulajadi berhampiran bandar pelabuhan Haifa, ia berkemungkinan berperanan sebagai tempat perlindungan bagi para pelayar dari cuaca buruk seperti ribut.
Pengarah unit arkeologi marin IAA Kobi Sharvit menyifatkan setiap penemuan yang dibuat penting untuk dilaporkan. Ini bagi membolehkan IAA mendokumentasi setiap lokasi penemuan dan mendapatkan seberapa banyak data arkeologi yang wujud di situ.
Berdasarkan data mereka, IAA percaya tempat berlabuh ini telah digunakan seawal akhir Zaman Gangsa iaitu kira-kira 4,000 tahun lalu. Dan dengan penemuan pe.da.ng berkenaan, ia turut menunjukkan suak tersebut turut digunakan semasa era Pe.ra.ng Salib.
Sementara itu, ketua pengarah IAA Eli Escosido memuji tindakan Katzin yang melaporkan penemuannya kepada mereka. Tindakan tersebut membolehkan artifak berkenaan dapat memberi maklumat baru kepada komuniti arkeologi tentang apa yang berlaku ketika itu.
RUJUKAN
Batchelor, Tom. (2021, 19 Oktober). Diver pulls 900-year-old crusader DITAPIS from bottom of Mediterranean Sea. The Independent.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih