Pada abad ke-10 hingga ke-15 Masihi, Greenland ialah tempat penginapan kaum Viking dari utara Eropah. Banyak artifak-artifak yang terperangkap dalam bongkah ais sejak mereka meninggalkan pulau besar ini. Para pengkaji masih berdebat sebab apa orang Viking ini meninggalkan pulau yang sekian lama menjamin kehidupan mereka.

Namun begitu, laporan kajian arkeologi yang diterbitkan dalam jurnal Proceedings of the Royal Society B menunjukkan bahawa pedagang Viking telah mendagangkan gading anjing laut dari Greenland hingga ke kota Kyiv sejauh 4,000 kilometer!

Jalan perdagangan gading anjing laut dari Greenland to kota Kyiv.

Bukti-bukti tentang aktiviti perdagangan gading dari kawasan ekskavasi telah ditemui oleh oleh kumpulan pengkaji yang diketuai oleh Natalio Khamaiko, ahli arkeologi dari National Academy of Sciences of Ukraine. Kawasan ekskavasi yang berada di 35 Spaska Street dalam kota Kyiv, Ukraine telah digali sejak tahun 2007 bagi mencari sebarang bukti barang dagangan berkaitan dengan pedagang Viking dan Muslim, antaranya ialah medagangkan bulu demi mendapatkan barangan perak dari dunia Islam.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Keadaan Sungai Dniepr semasa musim banjir memudahkan pencarian artifak-artifak dagangan ini. Sungai terpanjang dalam negara Ukraine ini mendedahkan lapisan-lapisan tanah selepas terhakis oleh hentaman ombak banjir. Salah satu lapisan tanah ialah tanah bertarikh abad ke-12 Masihi, mendedahkan artifak seperti jalur emas, kepingan kaca, ukiran gading, pedang besi buatan Jerman, dan beribu-ribu tulang haiwan.

Penemuan tulang-temulang anjing laut di Kyiv.

Apabila kajian dilakukan terhadap kesemua gading yang ditemui ini, keputusan genetik menunjukkan spesis anjing laut yang memiliki gading ini hanya ditemui di lautan Atlantik Barat. Pengkaji mengandaikan bahawa aktiviti perdagangan gading telah berlaku bermula perjalanan dari Greenland atau Kanada, berlayar sejauh 4,000 kilometer sehingga tiba di kota Kyiv.

Banyak kajian memfokuskan tentang kesan globalisasi ekonomi fasa pertengahan dan penempatan manusia terhadap populasi haiwan, salah satunya ialah kajian tentang gading anjing laut ini pada tahun 2020 yang diketuai oleh Professor James Barret dari Norwegian University of Science and Technology. Kajian beliau mendedahkan dua maklumat yang penting – pertama, gading anjing laut yang diukir itu didagangkan sebagai gading dibentuk dari tengkorak anjing laut. Manakala yang kedua pula ialah Greenland sebenarnya pembekal tengkorak anjing laut dari Eropah.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Kajian Barret juga mendedahkan bahawa saiz tengkorak anjing laut Eropah semakin mengecil selama lebih 400 tahun, bermula dari tahun 1000 hingga 1400 sehinggakan tengkorak jantan hampir sama saiz dengan tengkorak betina. Pengecilan saiz tengkorak ini berlaku akibat pemburuan berlebihan terhadap populasi anjing laut.

Permintaan terhadap gading berukiran semakin meningkat terutamanya dari dunia Islam, maka orang Viking melakukan pemburuan melampau sehingga tiada lagi anjing laut untuk diburu, seterusnya kerancakan aktiviti mendagang gading semakin berkurang. Menurut Søren Sindbæk iaitu ahli arkeologi dari Aarhus University menyatakan bahawa aktiviti ini adalah satu eksploitasi terhadap haiwan. Namun ini hanyalah andaian awal beliau kerana tidak mengetahui skala sebenar pemburuan ini.

Buah catur yang diperbuat dari gading pada tahun 1250.

Apabila Khamaiko dan kumpulannya menganalisis jejak kimia ke atas tulang anjing laut ini, mereka menemui potongan kecil terhadap cebisan tengkorak, menunjukkan tanda penemuan dalam budaya orang Scandinavia. Tambahan lagi, mereka menemui buah catur kuno yang diperbuat dari gading.

Melalui keseluruhan kajian ini, pengkaji mendedahkan sejarah perdagangan gading anjing laut bermula dari Amerika Utara, sehingga ke Eropah Utara, terus menembusi dunia Islam selepas fasa empayar Byzantine. Namun begitu, aktiviti ini juga memperlihatkan kerakusan manusia mengeksploitasikan sebahagian organ haiwan sehingga menjejaskan sistem ekologi.

RUJUKAN:

Sahir. 23 April 2022. Vikings Shipped Walrus Ivory to Medieval Islamic Merchants 400Olm Away! Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply