P3r4ng Salib Kanak-Kanak merupakan salah satu peristiwa pelik yang berlaku di Eropah pada Zaman Pertengahan. Peristiwa ini menyaksikan puluhan ribu kanak-kanak tidak bers3nj4ta berangkat dari Perancis dan barat Jerman pada tahun 1212 Masehi menuju ke Jerusalem demi merebut Tanah Suci itu dari tangan Muslim.
Walaupun disebut sebagai P3r4ng Salib, pasukan ini sama sekali tidak menerima restu daripada paus dan lebih malang, kelangsungannya hanya memalitkan d4r4h hitam pada lembaran sejarah.
Dalam puluhan ribu kanak-kanak yang terlibat, tidak seorang pun berjaya sampai ke destinasi. Ramai yang dib3rk4s dan dip3ras menjadi hamba sahaya, ramai juga yang tidak berpeluang pulang ke pangkuan keluarga.
PER-ANG-PER-ANG SALIB YANG UTAMA
Sepanjang kurun ke-11 hingga ke-13 Masehi, sebanyak tujuh P3r4ng Salib utama dilancarkan oleh umat Kristian di Eropah bagi men3nt4ng kaum Muslimin. Di samping itu, Gereja Katolik Rom turut mengisytiharkan beberapa P3r4ng Salib Kecil bagi men3nt4ng mereka yang dianggap sebagai penyeleweng agama.
Antaranya, P3r4ng Salib Albigensian (1208-1241 M) yang bertujuan membanteras golongan penyeleweng Cathar di selatan Perancis, dan P3r4ng Salib Utara (1193-1290 M) yang bertujuan m3m3rangi golongan pagan di Eropah Utara. Apapun, sepanjang berlangsungnya kempen P3r4ng Salib dalam dunia Kristian, tiada yang lebih aneh berbanding ‘P3r4ng Salib Kanak-Kanak’ yang berlaku pada tahun 1212 Masehi.
Menukil sebuah karya kurun ke-13 yang berjudul Chronica regia Coloniensis (Hikayat Diraja Cologne), P3r4ng Salib Kanak-Kanak membuka tirainya sekitar Hari Easter tahun 1212. Dicatatkan:
“Ribuan kanak-kanak, berusia dalam lingkungan enam hinggalah usia akil baligh, keluar meninggalkan jentera bajak dan gerabak yang dikendalikan mereka, keluar meninggalkan ternakan-ternakan yang digembala, dan keluar meninggalkan apapun jua perkara yang sedang mereka kerjakan; walaupun orang tua, sanak-saudara, dan sahabat handai mereka memujuk supaya tetap tinggal di rumah, mereka tetap juga keluar meninggalkan kehidupan sediakala. Seorang demi seorang berkumpul menyahut panggilan salib. Dengan demikian, berhimpunlah kumpulan-kumpulan anak kecil – seramai dua puluh orang, lima puluh orang, seratus orang – dan mereka pun mengangkat panji p3r4ng lalu berangkat menuju ke Jerusalem.”
Kononnya menurut kanak-kanak itu semua, mereka ditakdirkan oleh kehendak tuhan supaya menyertai P3r4ng Salib. Walaupun demikian, kempen mereka tidak berhasil mencapai tujuannya.
“Sebahagian daripada mereka berpatah balik semasa tiba di Metz, ada yang pulang setibanya di Piacenza, ada pula yang berpaling setelah sampai di Rome. Sebahagian yang lain sempat tiba di Marseilles. Namun, apakah mereka sempat menyeberang laut dan tiba di Jerusalem, tidak pula diketahui. Tidak juga kita ketahui bagaimana kesudahan mereka.”
Pengarang Chronica regia Coloniensis menyudahkan catatannya dengan kenyataan yang memilukan, “Cuma apa yang pasti; dalam puluhan ribu yang berangkat, hanya sedikit sahaja yang pulang.”
STEPHEN DAN NICHOLAS – PEMIMPIN PASUKAN SALIB KANAK-KANAK
Dalam penceritaan-penceritaan pada era yang lebih terkemudian, disebutkan bahawa terdapat dua kumpulan utama yang terlibat dalam P3r4ng Salib Kanak-Kanak. Kumpulan pertama berasal dari Perancis, diketuai oleh seorang kanak-kanak petani bernama Stephen of Cloyes.
Stephen mendakwa kononnya beliau didatangi Christ dalam mimpi, dan dalam perjumpaan tersebut, beliau diserahkan sepucuk surat dari Syurga. Setelah bangkit dari lena, Stephen pun menggalang sepasukan pemuda di kota Vendôme lalu berangkat menuju Saint-Denis yang terletak betul-betul di luar Paris. Di sana, Stephen berhasrat mahu menyerahkan isi kandungan ‘surat’ tersebut kepada raja Perancis, Philip II.
Namun, Philip II tidak menunjukkan sebarang keterujaan terhadap pasukan salib muda itu. Beliau bahkan enggan berjumpa dengan Stephen dan menyuruh mereka pulang. Maka, ramailah yang pulang. Tetapi, masih ramai yang setia berdiri di belakang Stephen. Menurut catatan, Stephen berjaya menghimpunkan seramai 30,000 orang kanak-kanak dan mengetuai mereka ke Marseilles, dan dari sana, mereka merentasi Laut Mediterranean lalu menuju ke Jerusalem.
Pada sekitar masa yang sama juga, Jerman turut menyaksikan penubuhan sebuah pasukan t3nt3ra salib kanak-kanak yang dianggotai oleh kira-kira 50,000 orang. Pasukan tersebut diketuai oleh Nicholas dari Cologne. Cuma tidak seperti Stephen, pasukan Nicholas ini turut disertai oleh orang dewasa. Mereka bergerak dari Jerman menuju ke Itali, merentasi Banjaran Alps, dan menemui paus di Rom.
Walaupun keberanian mereka meraih pujian paus, namun dek usia yang terlalu muda, mereka disuruh pulang. Justeru, ramailah yang berpatah balik ke kampung halaman masing-masing, namun ramai juga yang terbvnvh semasa dalam perjalanan. Bagi yang masih keras kepala, mereka menaiki kapal merentasi lautan lalu hilang tanpa meninggalkan jejak sejarah.
PERTIKAIAN TERHADAP KESAHIHAN PE-RANG SALIB KANAK-KANAK
Walaupun peristiwa P3r4ng Salib Kanak-Kanak tercantum dalam lebih 50 buah karya dari kurun ke-13 Masehi, ramai yang mempersoalkan kesahihannya. Malah, ada yang beranggapan ia adalah tokok-tambah bagi menyedapkan cerita sebenar.
Apapun, yang pasti, P3r4ng Salib Kanak-Kanak bukanlah p3r4ng salib sepertimana yang biasa kita fahami kerana kempen tersebut langsung tidak pernah diseru dan direstui oleh pihak gereja. Sebaliknya, ia sekadar satu gerakan sukarela yang didorong oleh kefanatikan agama dan gejolak darah muda yang malangnya, mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa manusia.
Bukan hanya kesahihannya sahaja yang menjadi persoalan. Sebahagian sejarahwan malah mempersoalkan apakah P3r4ng Salib Kanak-Kanak memang disertai oleh anak kecil sahaja? Persoalan ini dikemukakan, antara lain, oleh Peter Raedts pada tahun 1977. Menurut beliau, individu-individu yang terlibat dalam P3r4ng Salib Kanak-Kanak sebenarnya datang dari golongan terpinggir.
Selepas kegagalan demi kegagalan yang dialami oleh pasukan salib utama, golongan sebegini (termasuklah golongan miskin) berasa bertanggungjawab untuk mengangkat panji Kristian dan menggantikan tempat mereka. Dalam erti kata lain, Raedts menyimpulkan bahawa pasukan kanak-kanak bukanlah dianggotai oleh anak kecil, tetapi masyarakat miskin yang terpencil.
Pada tempoh kebelakangan, nama P3r4ng Salib Kanak-Kanak lazim dijadikan sebagai gelaran kepada gerakan-gerakan protes yang diketuai oleh golongan pemuda dan kanak-kanak.
Sebagai contoh, protes aman yang menentang dasar pengasingan di Birmingham pada tahun 1963 dinamakan sebagai P3r4ng Salib Kanak-Kanak Birmingham 1963. Begitu juga dengan protes terhadap penggunaan senjata api yang dilakukan oleh ratusan pelajar sekolah di Florida pada tahun 2018, ia turut disebut oleh sebahagian pihak sebagai P3r4ng Salib Kanak-Kanak 2018.
TERJEMAHAN
Wu Mingren. (9 November 2018). The Children’s CrUsade: Thousands of Children March to Holy Land but Never Return. Ancient Origins.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih