Dunia pernah digemparkan dengan peristiwa yang berlaku pada Oktober 1962 yang boleh dianggap hampir-hampir dapat mencetus p3-rang nuklear antara Amerika Syarikat, Soviet dan Cuba semasa P3-rang Dingin.

Hal ini kerana Soviet telah membangunkan dan menempatkan peluru berpandu berkuasa Nuklear di Cuba. Kegusaran Amerika Syarikat semakin tinggi terhadap rancangan blok Komunis ini kerana faktor jarak dan lokasi antara negara Cuba dengan Amerika Syarikat hanya 144KM saja.

turut didorong permusuhan Amerika Syarikat-Rusia sejak tamat p3-rang Dunia ke-2 pada tahun 1945 menghangatkan kembali perseteruan antara dua buah negara.

Maka tak hairan kenapa Amerika Syarikat sangat ‘panik’ sehingga selama 13 hari juga politik dan ketenteraan antara negara terbabit berada dalam kancah konflik.

Krisis ini berlaku semasa era Presiden John F. Kennedy(1917-1963) apabila A.S mengesan kehadiran peluru berpandu berkuasa nuklear itu di sebuah Pulau yang terletak di Cuba, dan bertindak membuat sekatan di laut bagi menghentikan kemasukan kapal-kapal Soviet yang membawa lebih banyak bekalan ket3nteraan.

John F. Kennedy – Bekas Presiden A.S ke-35

Kehadiran peluru berpandu berkuasa nuklear berpotensi mengancam keselamatan negara, justeru ramai orang bimbang dunia berada di ambang p3rang nuklear.

Kebimbangan Cuba terhadap ancaman menjadi kenyataan apabila sekumpulan pemberontak yang dilatih oleh CIA mendarat di Pigs Bay/Teluk Babi. Namun s3rangan itu berjaya ditumpaskan oleh angkatan bers3njata Cuba.

Lokasi Bay of Pis/Teluk Babi

Walau bagaimanapun, krisis sudah dapat dielakkan ketika A.S bersetuju dengan tawaran pemimpin Soviet, Nikita Khrushchev (1894-1971) untuk mengalih keluar peluru berpandu dari Cuba. sebagai ganti  Amerika Syarikat turut berjanji untuk tidak meny3-rang Cuba. Kennedy juga secara senyap bersetuju untuk menarik keluar peluru berpandu A.S dari Turki

Nikita Khrushchev – Setiausaha Agung Parti Komunis Soviet

Amerika Syarikat Mengesan Peluru Berpandu Di Cuba

Setelah pemberontak Kiri Sosialis-Marxism berjaya menggulingkan diktator dan merebut kekuasaan di negara kepulauan Caribbean itu, pada tahun 1959  pemimpin revolusi kiri, Fidel Castro (1926-2016) menjalinkan hubungan dengan Soviet Union.

Fidel Castro – Presiden Cuba 1959

Di bawah pimpinan Fidel Castro, Cuba secara ekonomi dan ket3n-teraan bergantung pada bantuan Soviet. Selama ini, A.S. dan Soviet dan sekutu masing-masing terlibat dalam P3-rang Dingin (1945-91).

Tambahan pula, dua buah negara yang selama ini masih berada dalam zon ‘konfrontasi’ menyaksikan selepas Amerika Syarikat melakukan penerbangan pengintipan, kapal terbang U-2 diterbangkan oleh Mejar Richard Heyser sehingga melewati kawasan Cuba pada tanggal 14 Oktober 1962.

Lanjutan daripada itu A.S mendapati bahawa peluru berpandu balistik jarak jauh SS-4 Soviet/R-12 Dvina sedang dibangunkan di pulau tersebut.

SS-4 Soviet Ballistic Missile/R-12 Dvina

Ancaman Baru kepada A.S.

Kegelisahan Amerika Syarikat terhadap rancangan Kesatuan Soviet itu mendesak tindakan mereka oleh  kerana peluru berpandu yang dipasang begitu dekat dengan daratan A.S. –  cuma 90 batu/144km dari Selatan Florida.

Dari titik pelancaran itu, mereka mampu mencapai sasaran jika dibenarkan beroperasi. peluru berpandu secara asasnya akan mengubah corak persaingan nuklear antara AS dan Kesatuan Soviet, di mana ia telah pun didominasi oleh A.S.

Lantaran itu Nikita Khrushchev mempertaruhkan niat sebenar untuk menghantar peluru berpandu nuklear ke Cuba dengan tujuan untuk meningkatkan kemampuan serangan nuklear negaranya.

Dalam keadaan genting ini Soviet telah lama berasa tidak senang dengan ancaman dari Amerika Syarikat yang mensasarkan senjata nuklear kepada mereka melalui sekutu Amerika di Eropah Barat dan Turki.

Faktor utama lain dalam skim peluru berpandu Soviet ialah hubungan permusuhan antara A.S. dan Cuba kerana Amerika gusar terhadap penerimaan fahaman Komunis oleh mana-mana negara.

Castro dan Khrushchev melihat peluru berpandu itu sebagai kaedah untuk mencegah pencerobohan A.S.

Boleh juga dikatakan bahawa Krisis Peluru Berpandu Cuba ini setaraf dengan Pengepungan Berlin sebagai salah satu konfrontansi besar semasa p3-rang Dingin.

 Krisis Tamat

Secara rasmi, pentadbiran Kennedy memutuskan untuk menerima syarat-syarat mesej pertama dan mengabaikan surat Khrushchev kedua sepenuhnya(peluru berpandu di Turki). Namun  pegawai Amerika juga bersetuju untuk menarik peluru berpandu negara mereka dari Turki. Peguam Negara A.S. Robert Kennedy (1925-68) secara peribadi menyampaikan pesanan itu kepada duta besar Soviet di Washington, dan pada 28 Oktober, krisis tersebut akan berakhir.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Comments are closed.