Tidak lama selepas tamat Pe.ra.ng Dunia Kedua (WWII), api pe.ra.ng tercetus di Semenanjung Korea pada 1950. Pe.ra.ng selama tiga tahun itu bertujuan menentukan siapa yang layak mentadbir Semenanjung Korea sama ada Republik Rakyat Korea (Korea Utara) atau Republik Korea (Korea Selatan). Penulis pernah mendedahkan pe.ra.ng ini sebenarnya didalangi oleh Joseph Stalin dan Kesatuan Soviet dalam buku Soviet Di Hujung Jari.
Menjelang 27 Julai 1953, konflik kedua-dua negara ditamatkan menerusi Perjanjian Gencatan Sen.ja.ta Korea. Ingin penulis ingatkan, perjanjian yang dimeterai bukan perjanjian damai formal tetapi gencatan sen.ja.ta. Jadi, secara teknikalnya, kedua-dua negara masih dianggap berpe.ra.ng sehingga hari ini. Bukan sekali cubaan untuk mengadakan perjanjian damai formal Korea Utara-Korea Selatan tetapi semua usaha berakhir dengan kegagalan.
Tetapi pengumuman terbaru berkenaan status ini diharap akan mengubah segalanya. Baru-baru ini, Amerika Syarikat, China, Korea Selatan dan Korea Utara secara dasarnya bersetuju untuk menamatkan ketegangan antara kedua-dua negara. Ini didedahkan oleh Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in semasa mengadakan lawatan rasmi ke Australia pada Isnin lepas.
Rajah 1: Presiden Moon Jae-in melihat prospek perdamaian Semenanjung Korea boleh direalisasikan selepas empat negara bersetuju dengan idea yang dibawa beliau baru-baru ini.
Begitupun, usaha ini masih belum dapat dimuktamadkan berikutan syarat Pyongyang yang mahukan semua bentuk kekerasan AS terhadap mereka dihentikan sebelum perbincangan diadakan.
Ini termasuk menarik balik semua ten.te.ra AS yang berpangkalan di Korea Selatan dan menghentikan semua bentuk latihan keten.te.raan kedua-dua negara. Ini kerana bagi Pyongyang, selagi mana mereka masih ada, mereka dilihat akan membantu Seoul untuk menakluk negara itu – satu dakwaan yang ditolak sekeras-kerasnya oleh dua negara sekutu itu.
Semasa menjawab soalan media di Canberra, Jae-in melihat usaha ini sebagai amat penting. Ini kerana perjanjian gencatan sen.ja.ta yang dimeterai lebih 70 tahun lalu dilihat sebagai tidak stabil dan tidak membantu hubungan dua negara berjiran itu. Dengan membawa usul perdamaian, ia diharap dapat merealisasikan keamanan di Semenanjung Korea yang diharapkan rakyat kedua-dua negara.
Jae-in pernah membangkitkan hal sama semasa berucap di Perhimpunan Agung PBB pada September lalu. Dalam ucapannya di hadapan semua delegasi negara anggota, beliau melihat sudah tiba masanya dua negara di Semenanjung Korea untuk berdamai demi kebaikan semua.
Selepas ucapan tersebut disiarkan, pelbagai pihak memberi reaksi baik terhadap usahanya itu. Adik Presiden Korea Utara Kim Jong-un, Kim Yo-jong menyifatkan inisiatif yang dibentangkan Jae-in sebagai cadangan baik. Sementara AS dan China turut bersikap positif terhadap prospek perdamaian yang dicadangkan beliau.
Rajah 2: Idea perjanjian damai untuk menamatkan Pe.ra.ng Korea disambut baik oleh Pyongyang menerusi adik Kim Jong-un, Kim Yo-jong. Sumber: AFP
Selepas dipilih sebagai Presiden Korea Selatan pada 2017, agenda perdamaian dengan Korea Utara merupakan antara agenda utama Jae-in. Begitupun, masa mencemburui beliau. Ini kerana dengan penggalnya bakal berakhir pada musim bunga tahun hadapan, tidak banyak masa yang ada untuk merealisasikan usaha tersebut.
Selain faktor masa, Jae-in juga harus mendapatkan sokongan orang ramai berkenaan prospek perjanjian damai yang dinyatakan. Ini kerana wujud pelbagai pandangan tentang idea tersebut. Bagi sesetengah warga Korea, idea perdamaian sukar diterima atas alasan Korea Utara membangunkan program pe.lu.ru berpandu balistik dan nuklear walaupun dikenakan sekatan oleh PBB.
Selain itu, ada melihat ini sebagai ganjaran kepada tingkah laku tidak bertanggungjawab rejim dan berpotensi mengan.c.am kedudukan Korea Selatan. Tidak sah tiada insiden provokasi berlaku setiap tahun membabitkan Korea Utara sama ada membabitkan pelancaran pe.lu.ru berpandu atau kenyataan retorik yang panas. Bagi mereka, rejim Kim Jong-un tidak boleh dipercayai.
Bagi penyokong perjanjian damai pula, ramai melihat ini sebagai kunci untuk pembentukan rejim yang lebih aman dan mesra antara kedua-dua negara. Tetapi menurut Kim Du-yeon dari Pusat Keselamatan Amerika Baru (Center for a New American Security), ia hanya boleh berlaku sekiranya perjanjian gencatan sen.ja.ta tidak diubah (permintaan AS) atau diubah (permintaan Pyongyang). Dengan kedua-duanya masih berlawanan dalam aspek ini, agak sukar untuk merealisasikan apa yang ingin dicapai Jae-in.
Ini bukan kali pertama agenda ini cuba dibawa oleh beliau. Semasa era Presiden Donald Trump, ia cuba direalisasikan menerusi persidangan Trump-Jong-un di Singapura dan Vietnam pada 2018 dan 2019.
Bagaimanapun, syarat AS yang mahukan Korea Utara memu.sn.ahkan simpanan sen.ja.ta nuklearnya ditolak mentah-mentah oleh Pyongyang. Sementara permintaan mereka yang mahukan semua sekatan ditarik balik ditolak oleh AS. Disebabkan penolakan isu-isu ini, kedua-dua pihak tidak mempunyai minat untuk meneruskan agenda perdamaian di Semenanjung Korea.
RUJUKAN
Smith, J. (2021, 27 Oktober). Explainer: S.Korea sees peace declaration as key to restarting N.Korea talks. Reuters.
McCurry, J. (2021, 13 Disember). North and South Korea agree ‘in principle’ on formal end of w.a.r. The Guardian.




No comments yet