Laut dan sungai adalah nadi kehidupan kepada penempatan manusia, seterusnya menjadi ‘jantung’ kepada pembinaan tamadun. Seperti Laut Mediterranean, ia menjadi saksi kepada perkembangan tamadun yang bergerak seperti roda: zaman awal, kegemilangan, dan keruntuhan. Dan kitaran ini berterusan namun laut ini tetap menjadi nadi pembinaan tamadun zama-berzaman.

Pada abad ke-12 Masihi, selepas keruntuhan empayar Rom, banyak kerajaan Kristian kecil ditubuhkan di tanah Itali dan kerajaan-kerajaan ini penguasa Laut Mediterranean. Namun begitu, pada tahun 1354 wujud ancaman baru dari timur, iaitu empayar Turki Uthmaniyah. Uthmaniyah pada masa ini tengah melaksanakan kempen penaklukan di luar kerajaan.

Kemaraan tentera termasuk armada Uthmaniyah menggugat keselamatan laut kerajaan-kerajaan Itali. Kemudian sebuah kerajaan Itali menjadi barisan hadapan menyekat kemaraan armada Uthmaniyah iaitu Republik Venetian. Dari sini berlakunya siri pep.era.ngan antara dua kuasa ini selama beberapa abad, semata-mata menguasai Laut Mediterranean.

PERMULAAN KEMARAAN TENTERA UTHMANIYAH

Eropah menganggap kemaraan Turki Uthmaniyah sebagai ribut taufan yang mengganas. Perkembangan tamadun Uthmaniyah begitu pesat sehingga jajahan harus dibesarkan seperti empayar-empayar terdahulu.

Tahun 1354 adalah detik hitam Eropah di mana tentera Uthmaniyah telah menyeberangi tanah Balkan. Setelah menumbangkan tentera Kristian Serbia dalam Pertempuran Kosovo pada 1389, pintu gerbang ke Eropah semakin luas untuk Uthmaniyah menakluk.

Republik Venice dan kerajaan Kristian Eropah lain semakin tergugat. Apa yang merisaukan republik ini ialah keselamatan laut yang dikuasai oleh Venice itu sendiri. Venice menguasai jalan perdagangan Laut Mediterranean pada pasca empayar Rom dan jajahan meluas dari perlabuhan di Lagun Venetian hingga ke pantai Adriatic dan Greece.

Ilustrasi Pertempuran Nicopolis. Pertembungan pertama tentera Uthmaniyah dengan tentera-tentera Kristian Eropah.

Pertembungan pertama Uthmaniyah-Venice berlaku pada 1396 ketika Pertempuran Nicopolis berlaku. P.era.ng ini dimenangi oleh Uthmaniyah dengan menumbangkan kesatuan kerajaan Kristian Eropah. Kemenangan ini adalah mimpi buruk bagi Eropah dan Uthmaniyah akhirnya menduduki timur Eropah selama beberapa abad. Dalam tempoh masa ini Venice bersama kerajaan Kristian lain tidak berhenti men.yera.ng Uthmaniyah.

Konflik antara Venice dan Uthmaniyah selalu berlansung di laut. Pertempuran armada pertama berlaku pada 1416 semasa Pertempuran Gallipoli. Pada mulanya, Venice menghantar armada kecil ke Uthmaniyah dengan mengharap ada pertemuan dengan wakil Uthmaniyah secara damai. Namun mereka harus bersedia jika taktik mereka tidak berjaya kerana meragui keberkesanannya.

Ternyata tekaan Venice benar. Tidak ada pertemuan damai. Yang berlaku adalah Uthmaniyah melepaskan tembakan meriam ke atas armada tersebut. Dari sinilah rancak pertempuran armada antara kedua-dua kuasa besar.

PERTEMPURAN DI LAUT AEGEAN

Selepas Pertempuran Gallipoli, Venice memperoleh kemenangan besar dengan memb.unu.h kapten armada, hancurkan kapal, dan merampas beberapa kapal dan menangkap anak kapal Uthmaniyah. Akhirnya Venice menguasai Laut Aegean dalam beberapa dekad.

Namun Venice terlalu yakin akan kekuatan armada mereka selepas pertempuran tersebut. Dalam abad kekuasaan armada barulah Venice tahu bahawa kekuatan tersebut bukan faktor utama dalam mengalahkan Uthmaniyah.

Pengepungan Thessalonica (1422 -1430) ialah peristiwa yang membuatkan Venice tidak harus memandang rendah akan kekuatan sebenar Uthmaniyah. Republik Venice terlibat dalam pengepungan ini pada 1423 sebaik saja pemerintah kota Thessalonica iaitu Andronikos Palailogos memberikan kotanya kepada Venice untuk mempertahankannya.

Pada mulanya, Venice berunding kepada Sultan Murad II tentang kota Thessalonica dan meminta untuk tidak menye.rangnya. Namun sultan tidak bersetuju dan menyatakan baginda mempunyai hak ke atas kota tersebut. Dari situ bermula sekatan laluan kapal laut ke kota Tessalonica.

Keputusannya, rakyat Tessalonica kebuluran dan Venice tidak dapat berbuat apa-apa untuk menamatkan kebuluran tersebut. Solusi terakhir adalah mengisytiharkan pep.eran.gan terhadap Uthmaniyah pada 1429. Walau bagaimanapun, rakyat kota tidak terdaya untuk turun berp.era.ng dan para aristokrat mengambil keputusan untuk tidak menghantar tentera. Akhirnya, sultan Murad berjaya menakluk Thessalonica pada 1430.

Selepas insiden Thessalonica, Venice cuba mengelak dari bertempur dengan Uthmaniyah dalam skala yang besar, cuba bertempur jika berlaku pertembungan kecil antara dua kuasa ini. Namun ‘ribut’ dari Uthmaniyah semakin tidak terkawal, kemudian wujud desakan kerajaan Papal di Tengah Itali untuk memaksa Venice bertindak, Maka, Venice mengisytiharkan p.era.ng dalam skala besar terhadap Uthmaniyah pada 1463.

Pertempuran Pertama Uthmaniyah-Venetian berlansung dengan beberapa kempen dan berterusan sehingga lebih sedekad. Akhirnya Venice kalah dengan kehilangan beberapa jajahan seperti Albania dan Greece, serta Pulau Negroponte yang telah menjadi naungan Venice selama berabad-abad. Bagi Uthmaniyah, kemenangan mereka menjadi batu loncatan untuk membina kuasa armada yang kukuh dan menguasai Laut Mediterranean.

PERTEMPURAN DI KEPULAUAN GREECE

20 tahun kemudian, berlaku lagi Pertempuran Kedua Uthmaniyah-Venetian dari 1499 hingga 1503. Sekali lagi Uthmaniyah menang dengan menakluk kubu Morea, Coron, dan Modon yang berpusat di Greece. Venice juga pernah merampas kota Ithaca dan Cephalonia seketika namun tumbang oleh ketumbukan tentera Uthmaniyah yang teramat besar.

Beberapa dekad kemudian, Pertempuran Ketiga Uthmaniyah-Venetian tercetus dari 1537 hingga 1540 kerana Uthmaniyah melanggar genjatan senjata yang telah ditandatangani oleh kedua-dua kuasa besar ini. Se.ran.gan Uthmaniyah ke atas kubu Klis milik kerabat diraja Habsburg menjadikan Venice risau s.era.ngan musuh seterusnya ialah kota-kota Dalmatia yang berada di persisiran pantai Laut Adriatic. Sangkaan Venice benar, Uthmaniyah meny.era.ng Pulau Corfu milik Venice di laut tersebut.

Armada Uthmaniyah juga semakin kuat semasa diketuai oleh kapten menggerunkan iaitu Hayreddin Barbarossa Pasha yang pernah menjadi lanun yang menguasai persisiran pantai Afrika Utara.

Dalam kempen musim panas pada 1538, Uthmaniyah berjaya menakluk rantaian pulau di Laut Aegean bersama kubu-kubu Venetian di Peloponnese. Penjajahan terakhir ialah tanah Dalmatia, kemudian berjaya menakluk kubu-kubu Venetian di sana.

Pokoknya, pertempuran ketiga sekali lagi dimenangi oleh Uthmaniyah. Venice banyak kehilangan jajahan-jajahan luar kerajaan dan tiada upaya lagi melawan Uthmaniyah di darat dan lautan.

PERTEMPURAN DI PULAU CRETE

3 dekad kemudian, sekali lagi kedua-dua kuasa ini mencetuskan p.era.ng seterusnya: Pertempuran Keempat Uthmaniyah-Venetian (1570-1573). Uthmaniyah sekali lagi memenangi dalam pertempuran ini. Sultan Selim II memulakan pertempuran ini demi menakluk Pulau Cyprus.

Ilustrasi Pertempuran armada Lapento pada 7 Oktober 1571 yang dimenangi oleh Venice.

Walau bagaimanapun, Uthmaniyah kalah teruk dalam Pertempuran Lepanto, p.eran.g armada yang dimenangi oleh Liga Suci, gabungan Venice dengan kerajaan-kerajaan Kristian lain. Namun Uthmaniyah tidak berputus asa membina armada baru dan memaksa Venice untuk berunding. Akhirnya Uthmaniyah sah memiliki Cyprus dan Venice membayar ufti sebanyak 300,000 ducat (syiling Eropah pada zaman pertengahan Eropah).

Kemudian, berlaku lagi Pertempuran Kelima Uthmaniyah-Venetian (1645-1669). Pertempuran ini dikenali dengan nama P.era.ng Cretan kerana pertempuran ini tercetus di ibu kota Candia. Pertempuran ini adalah yang paling berdarah dalam siri Uthmaniyah-Venetian bertempur semata-mata merampas kembali Crete.

Ilustrasi pertempuran armada Venice dan Uthmaniyah pada 1649 dalam P.era.ng Cretan.

Uthmaniyah berjaya mempertahankan sebahagian besar Crete namun sukar merampas Candia. Kedua-dua kuasa ini fokus menyekat kapal-kapal pembekal dan sebarang bantuan luar demi melumpuhkan kuasa masing-masing. Walaupun Venice mampu menyekat segala bantuan, namun mereka kekurangan armada untuk melaksanakan seratus-peratus.

P.era.ng ini berlarutan selama beberapa tahun, menyebabkan Venice kekurangan dana untuk mengukuhkan ketenteraannya. Uthmaniyah yang melihat kekurangan Venice terus bangkit dan mengepung Candia sebaik saja selesai masalah mendapatkan bantuan. Setelah mengepung selama 2 tahun, akhirnya Uthmaniyah berjaya menakluk Candia. Crete kembali dikuasai Uthmaniyah sehingga 1897.

VENICE KEMBALI BANGKIT PADA P.ERA.NG TERAKHIR

Walaupun Venice mengalami beberapa kekalahan yang teruk, namun Venice harus membuktikan kemampuannya dalam pertempuran seterusnya iaitu Pertempuran Keenam Uthmaniyah-Venetian atau dikenali dengan nama P.era.ng Morean (1684-1699). Kali ini kedua-dua kuasa bertempur di Peloponnese, selatan semenanjung Greece.

Dalam pertempuran ini Venice mempunyai kelebihan iaitu ketidakupaya Uthmaniyah untuk fokuskan armada ke Peloponnese. Armada Uthmaniyah banyak fokus ke utara menentang tentera Hungary. Dari sini, Venice memenangi pertempuran ini.

Tetapi kemenangan mereka hanya seketika saja kerana Uthmaniyah menebus kekalahan mereka dalam Pertempuran Ketujuh Uthmaniyah-Venetian (1714-1718). Dalam pertempuran ini, Uthmaniyah merampas kembali Peloponnese namun terlalu banyak korban sehingga menjejaskan kedua-dua kuasa ini.

Selepas pertempuran antara kedua-dua kuasa ini, Uthmaniyah mengalami kesukaran untuk meluaskan lagi empayar jauh ke utara Eropah kerana kekuatan tentera Austria yang menandingi tentera Uthmaniyah. Masuk abad ke-18 Masihi, Uthmaniyah menghentikan kempen penaklukan dan menandatangani perjanjian dengan kerajaan Kristian Eropah dalam sempadankan jajahan.

Ilustrasi tentera Venice menye.ra.ng kubu Uthmaniyah di Dalmatia pada 1717.

Republik Venice pula mengalami kehilangan kuasa akibat banyak kerajaan-kerajaan Kristian lain tidak lagi berhubung diplomatik dengan Venice dan kewujudan kuasa besar baru seperti Perancis di bawah perintah Napoleon Bonaparte. Pada tahun 1797, Republik Venice dimansuhkan.

Inilah sejarah pertempuran yang panjang antara empayar Turki Uthmaniyah dan Republik Venice. Kedua-duanya mempunya kekuatan armada yang kuat namun Uthmaniyah umpama ‘ribut’ yang tidak berhenti melanda Eropah.

Uthmaniyah mengalami nasib seperti empayar-empayar terdahulu, harus melaksanakan kempen penaklukan demi menampung jumlah populasi yang tidak terkawal. Manakala kerajaan-kerajaan Kristian Eropah terutamanya Venice juga berpe.rang bukan kerana menegakkan agama seperti P.era.ng Salib dahulu. Ia semata-mata survival kerajaan untuk mempertahankan tanah air dari dijajah kuasa asing. Beginilah lumrah kuasa-kuasa kerajaan dan empayar dunia.

RUJUKAN:

Theotokis, G. and Yildiz, A. 2018. A Military History of the Mediterranean Sea: Aspects of W.ar, Diplomacy, and Military Elites. BRILL.

Vuckovic, A. (20 September 2021). The Ottoman-Venetian Wars: 322 Years Of B.attles Between East and West. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.