Ramai percaya permulaan kejatuhan sistem republik Tamadun Rom bermula dengan pembu.nu.han Julius Caesar. Tetapi hakikatnya, Pe.ra.ng Cimbri merupakan pencetus sebenar kemu.sn.ahan sistem berkenaan hasil tindakan seorang konsul bernama Gaius Marius. Kerana Marius, ia membuka laluan seluas-luasnya kepada Caesar dan seterusnya Augustus menjadi pemerintah Empayar Rom.
Untuk sepertiga abad selepas Carthage ditewaskan pada 146 SM, Rom tidak dicabar oleh sesiapa di Laut Mediterranean. Bagaimanapun, an.ca.man baru timbul dalam bentuk puak Cimbri dan Teuton yang berkelana dari tanah air mereka di Jutland ke selatan dari 120 hingga 115 SM. Salah satu tempat yang disinggahi mereka ialah Noricum (Austria moden) yang bersekutu dengan Rom ketika itu pada 113 SM.
Kurang senang dengan kehadiran mereka, Noricum meminta bantuan Rom untuk mengusir penceroboh-penceroboh ini keluar dari wilayah mereka. Lantas, satu ketum.bu.kan ten.te.ra diketuai Konsul Gnaeus Papirius Carbo diutus ke Noricum pada 112 SM. Bagaimanapun, operasi Rom berakhir dengan kegagalan dengan Carbo berjaya melarikan diri ke Rom.
Puak Cimbri dan Teuton bagaimanapun memilih untuk tidak mengejar Carbo dan sebaliknya berpusing ke Gaul. Gaul yang bimbang akan menjadi mangsa am.uk.an mereka seterusnya segera meminta bantuan Rom. Ini mendorong Senat mengutus dua orang konsul yang mengetuai bala ten.te.ra seramai 80,000 orang untuk menamatkan an.ca.man mereka pada 105 SM.
Angkatan ini merupakan yang terbesar pernah dibina Rom selepas kekalahan teruk mereka di Cannae oleh Hannibal lebih seabad sebelumnya. Bagaimanapun, keengganan kedua-dua konsul menggabungkan angkatan masing-masing akhirnya membawa padah. Puak Cimbri dan Teuton sekali lagi memberi pukulan ma.ut kepada Rom dalam Pertem.pu.ran Arausio.
Dengan Rom dianggap lemah dari segi keten.te.raan, Cimbri memilih meneruskan kemaraan ke Sepanyol dan menjarah banyak wilayah. Sementara puak Teuton pula memilih kekal berada di Gaul dengan berperanan sebagai pelindung kedudukan rakan sekutu mereka.
Terdesak, orang Rom memilih melanggar perlembagaan yang digubal mereka dan melantik Gaius Marius sebagai konsul pada 104 SM untuk tempoh lima tahun. Marius dipilih kerana bertanggungjawab menundukkan Numidia sekaligus berpengalaman membentuk ten.te.ra diperlukan untuk menyingkirkan dua puak berdarah Jerman itu.
Bagaimanapun, wujud satu masalah besar untuknya: hak untuk berkhidmat sebagai ten.te.ra Rom mestilah berasaskan kepada pemilikan tanah. Akibat pe.ra.ng yang berterusan dengan Carthage dan Macedonia, ten.te.ra-ten.te.ra yang berstatus petani terpaksa menjual tanah mereka sebagai cara untuk menyelesaikan hutang. Kekalahan teruk di Arausio terus mengurangkan bilangan ten.te.ra yang diperlukan Rom dan Marius.
Lantas, beliau memutuskan untuk membuang syarat kelayakan berkenaan dan merekrut ten.te.ra yang miskin dan tiada tanah ke dalam angkatannya. Disebabkan puak Teuton dan Cimbri tidak mara ke Itali, ini memberi peluang kepada Marius untuk melatih dan menambahbaik kemahiran mereka.
Menjelang 102 SM, enam legion berjumlah 40,000 orang yang diketuainya mara ke selatan Gaul untuk bersemuka dengan puak Teuton. Pada ketika itu, puak Cimbri sudah kembali ke Gaul dan mengambil keputusan untuk menye.ra.ng Itali dari dua arah berbeza. Puak Teuton akan mara sepanjang pesisir pantai Mediterranean dengan puak Cimbri pula mara di sepanjang laluan Brenner di Alps.
Marius bernasib baik semasa angkatannya bersemuka dengan puak Teuton, puak Cimbri telah bertolak terlebih dahulu. Begitupun, mereka masih berdepan ten.te.ra Teuton dan sekutu mereka berjumlah 120,000 orang. Di atas kertas, kelebihan terletak di tangan pihak musuh.
Tetapi Marius memilih untuk menye.ra.ng sekutu Teuton, puak Celt Ambrones terlebih dahulu. Caranya ialah dengan mengarahkan hamba-hamba orang Rom mengambil air di sungai sebagai provokasi kepada mereka. Melihat pihak musuh termakan dengan helahnya, pihak Rom turun dari kawasan tanah tinggi dan berjaya menewaskan mereka.
Dua hari selepas itu, kedua-dua angkatan bertembung di kawasan hutan berhampiran. Tanpa pengetahuan pihak Teuton, Marius mengarahkan lebih 3,000 orang ten.te.ranya bersembunyi di situ sebelum mendapat isyarat untuk menye.ra.ng bahagian sisi ketum.bu.kan Teuton. Puak Teuton yang berada di kawasan lembah menghujani mereka yang berkubu di tanah tinggi dengan lem.bi.ng tetapi tidak berhasil.
Sebaik sahaja se.ra.ngan tersebut berjaya dipatahkan, pihak Rom pula mara dan memaksa mereka berundur. Semasa berundur, angkatan Teuton menjadi haru-biru apabila dise.ra.ng oleh pihak Rom di setiap sisi ketum.bu.kan mereka. Mengikut catatan Plutarch, 100,000 orang Teuton ma.ti atau ditawan termasuk raja mereka Teutobod. Setelah itu, Marius bertolak pulang ke Itali untuk bergabung dengan angkatan konsul Quintus Lutatius Catulus.
Tindakan Catulus yang berundur daripada mengawal garison di Brenner membenarkan puak Cimbri mara ke utara Itali tanpa sebarang ten.ta.ngan. Begitupun, kesibukan mereka menjarah wilayah-wilayah di situ membenarkan Marius tiba tepat pada masanya dan bergabung dengan rakan konsulnya itu. Gabungan mereka menyaksikan lebih 50,000 orang ten.te.ra Rom berdepan dengan puak Cimbri.
Pada awalnya, puak Cimbri merasa yakin mereka tidak akan dapat ditewaskan kerana menyangka puak Teuton akan menyertai mereka. Tetapi apabila Marius menunjukkan kelibat Teutobod yang dibelenggu dengan rantai, pihak musuh mencabarnya menetapkan lokasi pertem.pu.ran. Lantas, Marius memilih Lembah Raudine di Vercellae berhampiran tempat pertembungan Sungai Po dan Sungai Sesia.
Puak Cimbri cuba bermain helah dengan menghasilkan awan habuk yang besar bagi menutup kekurangan bilangan ten.te.ra mereka. Selain itu, ia juga diharap dapat mengumpan ten.te.ra Rom masuk ke dalam perangkap dan menjadi mangsa ten.te.ra berkuda mereka. Bagaimanapun, Marius langsung tidak tertipu dengan helah mereka.
Sebaliknya, angkatan berkuda mereka mu.sn.ah di tangan salah seorang komander Catulus, Lucius Cornelius Sulla. Terima kasih kepada Sulla, pihak Rom mempunyai kelebihan besar terhadap pihak musuh. Bagi memaksa pihak musuh membuang perisai mereka, Marius mengarahkan setiap hujung lem.bi.ng digantikan dengan penyumbat kayu yang berat sekaligus memberi tekanan kepada perisai mereka.
Apabila lem.bi.ng-lem.bi.ng ini juga terkena kepada perisai, ia akan patah sekaligus tidak lagi berguna sebagai se.nj.ata. Dan itu yang dilakukan oleh puak Cimbri dengan membuang perisai mereka selepas dikenakan tekanan hebat oleh pihak Rom. Pahlawan-pahlawan Cimbri memilih merantai diri mereka bersama dengan harapan sama ada mereka menang atau ma.ti.
Pihak Rom dengan rela memberi apa yang mereka mahukan iaitu kema.ti.an. Orang-orang Cimbri yang terselamat cuba melarikan diri ke kem mereka tetapi hampir kesemuanya ma.ti dibu.nu.h. Mana-mana orang Cimbri yang terselamat memilih mengambil nyawa mereka sendiri daripada dijadikan sebagai hamba. Mengikut catatan, 60,000 orang ditawan dengan 120,000 lagi gugur di medan pertem.pu.ran.
Rajah 3: Marius selepas berjaya menewaskan puak Cimbri.
Marius kembali ke Rom sebagai wira yang dijulang. Tetapi dengan usahanya merekrut ten.te.ranya sendiri, ini menjadikan semua ten.te.ranya setia kepada komander mereka dan bukan kepada Republik Rom. Dan ia menjadi pencetus konflik berda.ra.h selama 60 tahun sebelum Empayar Rom berdiri megah di atas asas republik yang cuba diselamatkan oleh Brutus dan rakan-rakan konspirasinya.
RUJUKAN:
Tsouras, Peter. (2014). The Cimbrian DITAPIS, 113-101 B.C. HistoryNet
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih