Selepas berdekad-dekad diselubungi pe.ra.ng saudara, pembu.nu.han dan perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin Rom, Republik Rom akhirnya tumbang menyembah bumi pada akhir abad pertama Masihi. Ia kemudiannya membawa kepada pembentukan sistem monarki Rom menerusi pertabalan maharaja pertamanya, Augustus. Di bawah Augustuslah, Rom menikmati keamanan dan kemakmuran selama lebih 200 tahun yang dikenali sebagai Pax Romana.

Rajah 1; Augustus

Di sebalik namanya mencerminkan keamanan kepada Rom, itu tidak bermakna Pax Romana bebas daripada pertumpahan da.ra.h. Bukan sekali maharaja-maharaja seperti Caligula, Nero dan Tiberius bertindak za.li.m terhadap musuh-musuh mereka termasuk ahli keluarga mereka sendiri. Malah, Rom tidak teragak-agak mengha.pu.skan pemberontakan penduduk setempat di wilayah seperti Judea dan Britannia.

Atas sebab itulah, seorang pemimpin Caledonia bernama Calgacus menggelar perbuatan Rom sebagai membawa kemu.sn.ahan di sesebuah kawasan sebelum menggelarnya sebagai keamanan. Tetapi bagi orang Rom, Pax Romana merupakan era emas untuk kesenian, teknologi dan kesusasteraan. Era ini juga merupakan saksi keluasan empayar bertambah sebanyak dua kali ganda dari Britannia hingga Afrika Utara.

Selepas berjaya menewaskan ramai musuh termasuk kelompok individu bertanggungjawab membu.n.uh Julius Caesar, Augustus sedar kedudukannya dalam ba.ha.ya jika tidak membuat perubahan drastik. Sejak Gaius Marius memperkenalkan sistem pengambilan ten.te.ra sebagai tindak balas terhadap puak Cimbri berpuluh tahun sebelumnya, ia mendorong ramai komander membina legion yang setia kepada mereka sahaja.

Tidak mahu pisang berbuah dua kali, Augustus mengarahkan semua upah yang diterima ten.te.ra Rom ialah dari perbendaharaan kerajaan dan bukan lagi pihak persendirian. Dengan keputusan tersebut, ia membolehkan semua ten.te.ra Rom menumpahkan taat setia mereka kepada maharaja. Dari situ, mereka dihantar ke mana-mana kawasan sempadan bagi mempertahankan empayar yang dibina.

Bagi Profesor Edward J. Watts, penulis buku The Eternal Decline and Fall of Rome: The History of a Dangerous Idea, langkah tersebut menunjukkan kebijaksanaan baginda mengendalikan polisi keten.te.raan Rom. Ini kerana dengan mengelak daripada terlibat dalam kempen pepe.ra.ngan yang memakan masa, ia dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan populariti baginda dalam kalangan rakyat.

Augustus turut mengintegrasikan wilayah-wilayah jajahan baru Rom dengan memberi kuasa pentadbiran kepada pemerintah tempatan di peringkat wilayah. Sebagai tukaran kepada pengiktirafan kedudukan mereka, mereka menerima kehadiran ten.te.ra Rom dan membenarkan perlaksanaan cukai. Begitupun, para pemerintah tempatan diingatkan agar tidak mengamalkan budaya dan agama yang bertentangan dengan undang-undang Rom.

Para pemerintah ini turut memberi sokongan kepada Augustus selepas baginda melaksanakan pelbagai reformasi politik. Ini termasuk menubuhkan perkhidmatan awam tetap di mana kuasa beralih daripada golongan bangsawan kepada golongan birokrat. Ini sekaligus mencipta mekanisme kerajaan untuk menyiasat dan menghukum mana-mana pegawai kerajaan termasuk gabenor wilayah jika wujud elemen penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Dengan kuasa kini di tangan maharaja dan bukan lagi di tangan pihak Senat, ia menjamin kestabilan politik Rom. Dan ini membenarkan kegiatan pinjaman wang dan perdagangan jarak jauh rancak dilaksanakan. Perdagangan maritim berkembang maju terima kasih kepada pengha.p.usan aktiviti la.n.un oleh ten.te.ra laut Rom.

Ini membenarkan mereka berlayar sejauh rantau Timur Jauh termasuk China dan India serta memasarkan produk mereka seperti gelas dan permaidani. Semua ini tidak akan terjadi tanpa perlaksanaan pelbagai projek infrastruktur besar seperti jalan-jalan, jambatan dan akueduk.

Rajah 2: Kuil Augustus dan Livia di Vienne, 35 km di selatan Lyon. Kuil ini merupakan salah satu kuil yang dibina semasa era Augustus.

Semasa era Augustus sahaja, baginda meluluskan pembinaan 50,000 km jalan-jalan untuk memudahkan pergerakan ten.te.ra dan aktiviti perdagangan. Manakala pada era Trajan, baginda mengarahkan jambatan-jambatan dan pelabuhan-pelabuhan dibina bagi merancakkan lagi aktiviti perdagangan. Tambah Watts, ini menunjukkan para maharaja semasa Pax Romana melihat tugas merancakkan kegiatan ekonomi wilayah-wilayah sebagai sebahagian daripada tanggungjawab pemerintahan mereka.

Era Augustus turut menjadi permulaan kepada maharaja menjadi penaung kepada golongan sasterawan dan karyawan. Pada era inilah, pelbagai karya sastera klasik Rom dihasilkan seperti sajak epik Virgil, Aeneid dan Roman Odes yang dihasilkan Horace.

Rajah 3: Virgil reading the Aeneid to Augustus dan Octavia oleh Jean-Joseph Taillasson.

Di peringkat wilayah, golongan elit tempatan digalakkan untuk mencontohi budaya Rom dalam pelbagai segi seperti gaya rambut, pakaian dan kesusasteraan. Ini dapat dilihat di sebelah barat empayar yang tidak mempunyai kebudayaan kota yang tinggi dalam kalangan populasi mereka. Golongan elit ini juga turut digalakkan memohon kerakyatan Rom dan memohon kedudukan sebagai senator.

Penyebaran budaya Rom tidak terhenti setakat di situ saja. Di setiap kawasan yang pernah dijajah Rom, ada saja pelbagai tinggalan monumen seperti rumah mandi awam, amfiteater dan forum. Kebanyakan monumen ini menonjol kerana ia mempunyai gerbang dan kubah yang menjadi simbol kekuasaan diraja Rom. Dan ia takkan terjadi tanpa resepi konkrit mereka terdiri daripada pasir gunung berapi, kapur bergred tinggi dan batu kecil/serpihan batu-bata.

Konkrit membenarkan maharaja-maharaja Rom membentuk semula kota seperti Rome, London dan Beirut dari kota sederhana kepada kota yang menjadi tumpuan ramai. Semasa era Pax Romana, pelbagai monumen dibina atas arahan mereka seperti Pantheon dan Colosseum.

Malah, pada era Augustus, baginda meluluskan pembinaan lebih 12 buah kuil, sebuah dewan Senat baru, dewan-dewan orang ramai dan menambah keluasan Forum Rom. Sebelum baginda menghembuskan nafas terakhir, Augustus sempat bertitah, “Aku menjumpai Rom penuh dengan batu-bata. Aku tinggalkan kamu dengan Rom penuh dengan batu marmar.”

Pax Romana berakhir dengan kemangkatan Marcus Aurelius pada 192 Masihi di mana sebelum baginda mangkat, menamakan puteranya Commodus sebagai pengganti. Begitupun, baginda tidak secekap Aurelius dan hanya tahu bersuka-ria. Akibatnya, Commodus dibu.n.uh lalu ia mencetuskan pe.ra.ng saudara dan era ketidakstabilan yang menjadi punca kejatuhan Empayar Rom pada abad kelima Masihi.

RUJUKAN:

Klein, Christopher. (2021). How Ancient Rome Thrived During Pax Romana. History.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.