Pax Mongolica (bahasa Latin bagi ‘Keamanan Monggol’) merujuk kepada suatu zaman dalam sejarah dunia di mana sebahagian besar Eropah dan Asia berada di bawah kekuasaan Monggol setelah berlangsungnya kempen-kempen ketenteraan yang dilancarkan oleh Genghis Khan dan para penggantinya. Pen4klukan-pen4klukan ini menyumbang kepada kestabilan di wilayah-wilayah yang dikuasai oleh Monggol, sekaligus membawa kepada sebuah era yang aman.

SUASANA DI LALUAN SUTERA SEBELUM PAX MONGOLICA

Empayar Monggol ditubuhkan oleh Genghis Khan pada kurun ke-13 dan perluasan wilayahnya dilanjutkan oleh para penggantinya. Empayar ini merupakan empayar daratan paling besar yang pernah wujud dalam sejarah, dan pada zaman kemuncaknya, wilayah naungannya terbentang dari China di sempadan timur hinggalah ke Eropah Tengah di sempadan baratnya.

Pada masa dahulu, kedua-dua penghujung benua itu dihubungkan oleh Laluan Sutera. Kewujudan laluan ini membolehkan berlakunya pertukaran barang dagangan, kebudayaan, dan juga teknologi antara dunia Timur dan Barat.

Laluan Sutera sudah pun wujud sebelum bermulanya era Pax Mongolica. Namun pada era pra-kebangkitan bangsa Monggol, laluan ini tidak lagi selamat seperti dahulukala. Di Barat, agama Kristian dan Islam saling berp3rang. Manakala kawasan steppe pula dikuasai oleh suku-suku nomad yang gasar. Dalam kata-kata, suasana sebegini menghadirkan kesusahan, atau bahkan ancaman bahaya, buat pengembara untuk mengharungi Laluan Sutera.

Pandangan dekat Atlas Catalan yang menggambarkan Marco Polo berkelana ke Timur semasa era Pax Mongolica

SUMBANGAN-SUMBANGAN PAX MONGOLICA

Keadaan sedemikian berubah dengan bermulanya era Pax Mongolca. Sebaik sahaja Monggol menguasai seluruh kawasan di Laluan Sutera, mereka juga berupaya menebarkan pengaruh dan kekuasaan di sana. Bahkan, Genghis Khan dan para penggantinya sendiri menggalakkan penggunaan Laluan Sutera, dan mengambil sikap proaktif dalam mengekalkan keselamatan para pengembara.

Sebagai contoh, tentera-tentera pengawal ditempatkan di sepanjang laluan utama, dan pengawalan yang meliputi kawasan yang luas ini dipicukan lagi oleh kelebihan pasukan tentera Monggol yang sememangnya efisien dari segi saiz dan mobiliti. Kualiti keselamatan di Laluan Sutera pada era Pax Mongolica sering dimetaforakan kononnya seorang gadis sunti yang membawa jongkong emas boleh merentasi empayar tanpa menghadapi sebarang gangguan.

Para penunggang kuda Monggol membawa tawanan. Gambaran dari Gami’ at-Tawarikh karya Rashid ad-Din

Perdagangan antarabangsa juga mengalami kepesatan berkat Pax Mongolica, dan barangan mewah dapat diangkut dari Timur ke Barat atau sebaliknya. Salah satu langkah yang diambil oleh Monggol untuk menggalakkan lagi aktiviti perdagangan adalah dengan menggubal satu sistem tariff dan percukaian yang seragam.

Sebelum era kekuasaan Monggol, setiap entiti politik yang menguasai Laluan Sutera mengenakan sistem tariff dan percukaian yang tersendiri, sekaligus menyukarkan para pedagang. Selain itu, Monggol juga menubuhkan sistem pos yang dikenali sebagai Yam. Sistem ini membolehkan surat mahupun pesanan disampaikan dengan pantas, sekaligus memudahkan lagi komunikasi jarak jauh.

Surat daripada pemerintah Monggol, Oljeitu kepada Raja Perancis, Philippe le Bel pada tahun 1305

Bukan pertukaran barang dagangan sahaja yang dimanfaatkan melalui Laluan Sutera, namun idea dan teknologi juga dapat dipindahkan dari satu kebudayaan ke satu kebudayaan lain dengan efisien.

Catatan sejarah merekodkan betapa Laluan Sutera membolehkan Buddhisme bertapak di China pada era Dinasti Han. Begitu jualah yang berlaku pada era Pax Mongolica. Berkat keamanan yang dibawa oleh Monggol, Buddhisme-Tibet berjaya memasuki China dan Monggolia, Islam tersebar ke Eropah Timur, dan agama Kristian-Nestorian mengalami pertumbuhan di Eurasia.

Sebahagian khan Monggol memeluk mana-mana kepercayaan yang datang ke wilayahnya, namun ada juga yang mengekalkan agama tradisi yang dianuti. Apapun, penguasa Monggol secara relatif sama sekali tidak memaksakan amalan keagamaan mereka ke atas rakyat jelata dan kebebasan agama dinikmati oleh semua warga.

Miniatur Parsi yang menggambarkan pemerintah Ilkhanate, Ghazan memeluk agama Islam

MALAP DAN SIRNANYA CAHAYA PAX MONGOLICA

Kemekaran Laluan Sutera kemudiannya mendorong kepada malapnya era Pax Mongolica. Pada kurun ke-14 Masihi, wabak bubonik menyerang. Berikutan penggunaan Laluan Sutera yang intensif, wabak berkenaan dengan pantas menular ke setiap pelosok dunia.

Di Eropah, pandemik dikenali sebagai Wabak Hitam. Dianggarkan sehingga 25% populasi Asia dis3rang wabak tersebut. Eropah pula kehilangan 50-60% populasinya. Depopulasi yang gawat ini merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada tamatnya era Pax Mongolica.

Pengebumian mangsa-mangsa wabak di Tournai. Perincian sebuah miniature dari ‘The Chronicles of Gilles Li Muisis’ (1272-1352)

Selain itu, terdapat satu lagi kemelut signifikan yang dialami oleh Monggol, iaitu perpecahan empayar. Menjelang lewat kurun ke-13 Masihi, Empayar Monggol terbahagi kepada empat buah khanate – iaitu Dinasti Yuan, Ilkhanate, Chagatai Khanate dan Golden Horde.

Selain Dinasti Yuan yang kemudiannya digantikan oleh Dinasti Ming, khanate-khanate yang lain itu semuanya berpecah kepada kelompok-kelompok yang lebih kecil. Dalam erti kata lain, suasana sebegini mengembalikan Laluan Sutera kepada keadaan asalnya, yakni sebelum bangkitnya bangsa Monggol. Dengan demikian, maka berakhirlah era Pax Mongolica.

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (25 Oktober 2018). The Pax Mongolica: When the Mongols Brought Peace to Europe and Asia. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-important-events/pax-mongolica-0010888


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.