Tidak lama dahulu, penulis pernah bercerita tentang seorang wanita yang memulangkan artifak zaman Rom yang diambil dari Pompeii. Boleh rujuk pautan di bawah:

Kerana Sumpahan, Artifak Pompeii Ini Dipulangkan: https://thepatriots.asia/kerana-sumpahan-artifak-pompeii-ini-dipulangkan/

Kisah sebegini hanyalah sekelumit daripada ratusan artifak Rom yang dicuri dari pelbagai tempat sama ada tempat tumpuan pelancong atau tapak arkeologi yang diekskavasi. Kecurian artifak sebegini dianggap satu je.na.yah kepada warisan dan sejarah Itali kerana ia menafikan peluang kepada generasi hari ini dan seterusnya daripada mengetahui sejarah silam negara mereka. Justeru, ini mendorong pihak berkuasa Itali menggiatkan usaha mendapatkan kembali artifak-artifak yang telah dicuri kembali ke tanah air.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Satu daripada artifak yang berjaya dibawa pulang ke Itali ialah sebuah patung tanpa kepala yang dikenali sebagai Togatus. Patung ini dijumpai secara tidak sengaja oleh dua pegawai Carabinieri[1] di sebuah kedai antik di Brussels, Belgium awal tahun ini. Ia dikatakan telah dicuri dari tapak Villa Marini Dettina pada 2011 dengan nilainya mencecah €100,000 (RM494,412.62).

Kedua-dua pegawai berada di Brussels kerana sedang menjalankan satu penyiasatan berasingan di ibu negara berkenaan. Selepas selesai bekerja pada satu malam, mereka memilih bersiar-siar di Sablon, satu kawasan Brussels yang terkenal dengan lorong kedai-kedai antiknya. Di sinilah, mereka ternampak kelibat Togatus dan melaporkan penemuan mereka kepada pihak berkuasa Belgium.

Mengikut kenyataan kerajaan Itali, patung tersebut telah dirampas oleh Belgium dan kini telah dipulangkan ke negara itu. Mereka turut mengumumkan seorang penjual antik Itali telah ditahan dan bakal didakwa di mahkamah atas kesalahan menerima barangan curi dan mengeksport patung tersebut secara tidak sah.

NOTA KAKI:

[1] Pasukan polis ten.te.ra yang diberi kuasa sebagai polis dan penguatkuasa undang-undang domestik Itali. Merupakan cabang keempat dalam Angkatan Ten.te.ra Itali sekaligus meletakkan mereka di bawah kuasa Kementerian Pertahanan Itali. Fungsi mereka sebagai polis dan penguatkuasa undang-undang diatur oleh Kementerian Dalam Negeri Itali.

RUJUKAN:

BBC. (2021). Stolen Roman statue found in Brussels antique shop.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.