Kerja-kerja ekskavasi yang dijalankan sekumpulan pakar arkeologi di bandar Alabanda, barat daya Turki membawa kepada satu penemuan yang mengujakan. Ini kerana mereka telah menemui serpihan patung Maharaja Hadrian. Alabanda terletak di wilayah Aydin hari ini tetapi dikenali sebagai Caria semasa era antikuiti.
Penemuan menarik ini dinyatakan oleh pensyarah Jabatan Arkeologi Klasik, Universiti Ataturk Ali Yalcin Tavukcu. Berdasarkan pemerhatian dan analisis pada enam serpihan patung berkenaan, ia dipercayai berusia 1,900 tahun. Patung baginda dipercayai dihasilkan sebagai penghormatan kepada Hadrian semasa mengadakan lawatan ke Alabanda pada tahun 120 Masihi.
Ketika ini, pasukan pengkaji sedang mencari maklumat pada patung termasuk gelaran yang diberi kepada baginda. Yang pasti, setelah patung berukuran 2.5 meter itu siap menjalani proses kajian dan pemuliharaan, ia bakal menjadi bahan pameran terbaru Muzium Arkeologi Aydin. Bagi pengarah pelancongan dan kebudayaan Aydin Umut Tuncer, ia sudah pasti dapat menarik kehadiran pelancong di wilayah berkenaan.
Hadrian memerintah antara 117 hingga 138 Masihi. Selain dikenali sebagai pembina Tembok Hadrian yang menjadi simbol kebudayaan Rom di Britain, baginda turut dikenali kerana suka mengadakan lawatan ke wilayah-wilayah yang menjadi jajahan takluk Rom.
Turki hari ini pada era antikuiti diperintah oleh Rom dan penggantinya Rom Timur/Byzantine selama 1,400 tahun. Ia turut berperanan bukan saja pintu masuk ke wilayah-wilayah di sebelah timur tetapi turut berperanan sebagai pusat pemerintahan selepas era Maharaja Constantine.
Selepas kejatuhan Rom pada abad kelima Masihi, Byzantine terus memerintah hingga 1453 selepas ibu kotanya Constantinople jatuh ke tangan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Dengan penaklukan kota berkenaan, ia turut menandakan berakhirnya hayat empayar tersebut untuk selama-lamanya.
RUJUKAN:
Middle East Eye. (2021). Turkey: Statue of Roman Emperor Hadrian found in southwestern Aydin province.
Sumber gambar: DHA
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih