Cao Cao adalah salah satu kuasa yang menjadi pesaing utama di rantau ini semasa tahun-tahun terakhir Dinasti Han. Mengikuti perjalanan Mandat Syurga, setelah pemerintahan dua maharaja yang sangat teruk, Dinasti Han berpecah belah dan dilanda beberapa ben.cana alam.
Kema.tian Cao Cao sendiri pada tahun 220 menjadi antara faktor berakhirnya Dinasti Han, kerana selepas dia meninggal dunia, anaknya menggulingkan Maharaja Xian dan mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai maharaja Empayar Cao-Wei.
Cao Cao cuba menyatukan seluruh China dalam Pertem.puran Chibi, tetapi gagal. Di sepanjang karier politiknya yang panjang, dia membantu menundukkan pemberontakan Serban Kuning, memperoleh kekuasaan di negeri Wei, mengalahkan tentera yang kuat dengan kekuatan yang jauh lebih kecil, mendominasi pemerintahan dinasti, kekalahan Perte.mp.uran Chibi yang penting, dan mempromosikan dasar untuk membantu wilayahnya terus makmur.
Dia dilahirkan pada tahun 155 di Anhui. Dia dilahirkan di tengah-tengah kancah politik dan ekonomi. Sejak sekitar tahun 135 dan seterusnya, terdapat banyak pembu.nu.han dan konflik dalaman berlaku di istana. Paksi utama di istana adalah golongan sida-sida yang merupakan pegawai istana, klan Dinasti Han, dan para birokrat Konfusianisme.
Dua maharaja bernama Maharaja Huan dan Maharaja Ling bergantung pada para sida-sida untuk memerintah, dan mereka dikatakan sebagai maharaja yang sangat teruk yang menghabiskan waktunya bersama ratusan gundik dan membazirkan kantung wang perbendaharaan ketika negara dilanda krisis ekonomi. Di bawah Maharaja Ling yang memerintah selama sekitar dua puluh tahun, dikatakan bahwa para sida-sida melelong jawatan di pejabat pentadbiran dan memerintah bagi pihak Maharaja.
Pada tahun 175, Cao Cao menjadi pegawai tentera di Luoyang. Ketika Pemberontakan Serban Kuning meletus pada tahun 184, dia dihantar untuk menghentikan pemberontakan. Seiring dengan konflik di istana pemerintah, pera.ng saudara wilayah antara pasukan pemberontak dan pemerintah wilayah dan tentera Han. Pemerintah wilayah menjadi lebih berkuasa daripada istana. Pada tahun 194, berlaku ben.ca.na kebu.luran yang dahsyat kerana wabak belalang.
Pada tahun 195, Maharaja Xian berlindung dibawah sayap Cao Cao. Maharaja Xian tinggal di Xuchang yang merupakan salah satu kota yang berada di dalam wilayah Cao Cao. Dia memerintah atas nama maharaja dan mendapat gelaran Ketua Komandan. Cao Cao mengumpulkan tentera besar yang mer.an.gkumi puluhan ribu bekas pejuang Serban Kuning. Terdapat banyak perte.mpu.ran di beberapa tempat berlaku di sepanjang dekad ini.
Pada tahun 200, seorang pemerintah wilayah utara bernama Yuan Shao memimpin pasukan seramai 100,000 tentera untuk menyer.an.g Xuchang. Cao Cao menghadapinya dengan tentera seramai 20,000 tentera di Sungai Yangtze. Kedua-dua pihak terikat seri untuk sementara waktu, dan kemudian tentera Cao Cao menang apabila mereka menyer.an.g sumber bekalan utama tentera Yuan Shao. Menjelang tahun 207, Cao Cao menguasai kawasan di utara Sungai Yangtze. Liu Bei adalah pemimpin di wilayah Shu-Han di barat daya sekitar Sichuan, dan Sun Quan adalah pemimpin di wilayah Dong Wu di tenggara.
Kehidupan rakyat biasa pada fasa kejatuhan Dinasti Han sangat tra.gis. Kebu.lu.ran yang berleluasa akibat wabak belalang pada tahun 194 telah membu.nuh begitu ramai orang. Orang ramai berhijrah untuk mencari kedamaian dari pera.n.g dan kumpulan penyamun.
Cao Cao ingin memperkukuhkan kerajaannya, jadi dia mendidik rakyat dan membentuk dasar-dasar pertanian. Cao Cao mengenakan cukai kepada petani di negeri Wei untuk menyokong kempen pepera.ngannya, tetapi wilayahnya kekal aman dan stabil, sehingga petani dapat menuai hasil tanaman mereka dengan aman.
Dia juga memutuskan bahawa anak-anak Wei yang berbakat harus dipilih untuk menerima pendidikan di sekolah. Para pegawai diperintahkan untuk memilih anak-anak yang berbakat dalam bidang tertentu di wilayah pentadbiran masing-masing, dan sekolah-sekolah didirikan untuk mereka.
Cao Cao berjaya mengembangkan wilayahnya dan mengalahkan saingannya hingga tiba di Pertemp.ur.an Chibi. Pada tahun 208, dia berarak menuju ke selatan dengan angkatan tentera yang besar. Saingan utamanya adalah Sun Quan di Dong Wu dan Liu Bei dan Zhuge Liang dari Shu Han yang telan menjalimkan pakatan. Tentera Cao Cao dikatakan berjumlah sekitar 200,000 orang. Tetapi dia dikalahkan oleh sekitar 50,000 pasukan pesaingnya. Armada Cao Cao kalah dengan taktikal se.ra.ngan api yang dilaksanakan Zhuge Liang dan sekutunya.
Pada tahun 220, Cao Cao meninggal pada usia 64 atau 65 tahun. Kemudian anaknya yang bernama Cao Pi memaksa Maharaja Xian untuk melepaskan takhta. Dia mengisytiharkan dirinya sebagai maharaja baru untuk pemerintahan baru yang dinamakan sebagai Empayar Cao-Wei.
Cao Cao meninggal dunia di Luoyang kerana sejenis penyakit yang tidak direkodkan (dipercayai barah dalam otak). Terdapat banyak penjelasan mengenai penyebab kema.tiannya melalui kisah-kisah lagenda, yang kebanyakannya dijelaskan berdasarkan kepercayaan tahyul.
Menurut Romance of the Three Kingdoms yang turut menjelaskan beberapa legenda tersebut, Luo Guanzhong sendiri telah menulis secara teori mengenai penglibatan Hua Tuo dengan kemat.ian Cao Cao, Hua Tuo adalah seorang tabib dan pakar bedah terawal dalam tamadun China yang terkenal.
Ketika Cao Cao mula mengadu sakit kepala pada hari-hari terakhir dalam hidupnya, beberapa pegawainya mengesyorkan Hua Tuo, seorang tabib yang kemahirannya dikatakan umpama dewa. Setelah diperiksa, Hua Tuo mendiagnosis penyakit Cao Cao sebagai sejenis masalah reum.at.ik di dalam otak.
Hua Tuo menyarankan agar Cao Cao diberikan satu dos candu (ada yang kata ganja) dan kemudian membelah tengkoraknya dengan kapak yang tajam untuk mengeluarkan nanah di dalamnya.
Namun, disebabkan oleh insiden sebelumnya dengan tabib lain yang pernah cuba membu.nuh Cao Cao, Cao Cao menjadi seorang yang sangat skeptikal terhadap mana-mana tabib, bahkan Cao Cao pernah cuba dibun.u oleh Dong Cheng, salah seorang ahli kerabat dan keturunan Maharaja. Dong Cheng kemudiannya dihukum bun.u.h tetapi dipercayai dia sempat membunu.h dirinya sendiri terlebih dahulu.
Cao Cao percaya Hua Tuo berniat hendak membu.nu.hnya bagi membalas dendam atas kem.at.ian Guan Yu. Dia kemudian menyumbat Hua Tuo ke penjara, di mana tabib terkenal itu meninggal dunia beberapa hari kemudian. Akhirnya, tanpa mendapatkan rawatan dengan kaedah yang tepat, Cao Cao akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir sebelum sempat menyatukan seluruh China.
Ada yang percaya kem.atiannya adalah akibat sumpahan yang menimpa dirinya kerana dia menebang sebatang pohon yang dianggap suci.
Hua Tuo dipercayai cuba membu.nuh Cao Cao untuk membalas dendam terhadap kema.t.ian Guan Yu (yang sebenarnya dib.unu.h oleh tentera Wu) kerana Hua Tuo pernah melakukan pembedahan terhadap lengan Guan Yu yang dipanah dengan racun dalam keadaan Guan Yu masih sedar.
Kemudiannya Hua Tuo tidak dib.unuh malah dilepaskan dengan selamat oleh Guan Yu selepas pembedahan berjaya kerana tradisi pepe.ra.ngan zaman China purba dahulu adalah mereka akan mempergunakan sesiapa saja yang pakar dalam perubatan selama yang mungkin kemudian pakar-pakar ini akan dibun.u.h bagi mengelakkan kemahiran mereka jatuh ke tangan pihak musuh.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih